Selasa, 31 Mei 2011

Pertempuran Ain Jalut (Catatan Sebelum Bermula)


Peperangan A'in Jalut pada 25 Ramadhan 658 hijriah ( 3 September 1260 ). Ianya hampir-hampir tidak dicatatkan oleh para sejarawan kerana kekangan pihak-pihak tertentu. Perang ini berlaku di hujung pemerintahan kerajaan Mongol di dunia islam pada akhir abad ke 13 masihi. Sebagai Umat Islam, kita memang telah tahu tentang tragedi serangan mongol ke atas dunia Islam yang telah membinasakan sama sekali kegemilangan, peradaban dan ketamadunan Islam ketika itu. Para ulama, sejarahwan yang masih hidup ketika serangan itu berlaku mencatatkan, hampir 18 juta umat Islam telah menjadi korban keganasan Mongol. Para ulama Islam ketika itu, hamper-hampir tidak sanggup untuk merakamkan semula peristiwa serangan yang langsung tidak berperikemanusiaan ini. Tidak pernah berlaku perkara sedasyat itu dalam mana-mana sejarah pun.

Apa yang pasti, kata-kata ketika melanggar kota Baghdad, wajar direnungi,




"aku adalah bala yang diturunkan tuhan ke atas muka bumi untuk menghukum kamu..."

Umat Islam ketika itu sedang berada di kemuncak kegemilangan tamadun. Baghdad adalah kota yang termoden di dunia. Ia adalah pusat ilmu, perdagangan dan sosial yang tiada tolok tandingannya. Barat ketika itu masih lagi dizaman kegelapan. Akan tetapi, lazimnya manusia apabila sudah terlalu mewah, mereka lupa akan Allah SWT. Ibadah solat mudah sekali ditinggalkan.

Sejarah mencatatkan ada di antara khalifah di Baghdad yang sanggup membatalkan solat Jumaat hanya semata-mata untuk menyambut hari kelahiran baginda. Arak menjadi minuman kaum bangsawan. Yang tinggal hanyalah para ulama yang tidak jemu-jemu berdakwah agar muslimin kembali ke pangkal jalan. Amaran mereka tentang azab Allah tidak diendahkan.

Selain itu, peperangan merebut takhta juga berlaku sesama negeri-negeri Islam. Khalifah di Baghdad, Al Muktasim ketika itu amat tidak senang dengan kerajaan Khwarizmi yang berpusat di Asia Tengah yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Shah Al Khwarizmi. Perpaduan dan ukhwah umat muslimin amat rapuh dan bila-bila masa saja akan diganyang oleh yakjuj wa makjuj yang sedang berkumpul di padang rumput steppe di Rusia. Mongol mula menyerang kerajaan Khwarizmi disebabkan keangkuhan Sultan Muhammad menyiksa utusan Genghiz Khan yang datang untuk berbincang tentang perniagaan. Malangnya ketika serangan ini berlaku khalifah di Baghdad enggan membantu. Genghiz Khan amat marah dan mula merancang satu strategi perang.

Khabarnya beliau telah mengatur satu plan tindakan untuk menyerang dan menghancurkan dunia Islam dan ia akan mengambil masa selama 18 tahun. Ternyata pelan ini telah berjaya menepati sasarannya walaupun Genghiz Khan mati di pertengahan pelannya. Ia telah diteruskan oleh anak-cucunya. Umat islam yang sedang tenat itu dengan mudah ditewaskan. Khalifah telah dibunuh dengan kejam dengan bantuan pengkhianat ketika itu. Umat islam disembelih beramai-ramai hinggakan longgokan mayat setinggi bukit dan dikatakan di mana saja berjalan, akan terpijak pipi anak muda dan gadis. Kemuncak serangan ini ialah apabila mereka sudah hampir ke kota Madinah dan Mekah. Ketika itu kekuatan Islam sudah lumpuh sama sekali dan tidak ada apa yang dapat menghalang Mongol dari masuk ke kedua kota suci itu.

Allah SWT telah menetapkan kaum Mamluk sebagai pembela umat islam yang kemudiannya mempertahankan 2 kota suci muslimin. Demikianlah bila Allah memuliakan satu kaum. Kaum Mamluk asalnya adalah golongan hamba abdi yang berjaya merampas pemerintahan kerajaan Mesir. Mereka telah tidak dihormati lantaran status hamba abdi yang mereka miliki. Akan tetapi merekalah yang berjaya menewaskan tentera Mongol yang dikatakan tidak terkalah lagi. Tidak ada negara di dunia ketika itu yang sanggup berdepan dengan Mongol. Tentera Islam Mamluk dipimpin oleh Sultan Qutuz yang amat masyhur itu. Mereka bertembung dengan bala tentera Mongol yang amat besar dan jauh lebih berpengalaman di satu kawasan mata air yang dipanggil A'in Jalut. Inilah peperangan yang termashyur dalam sejarah Islam yang disimpan rapi oleh sejarah islam
Sedangkan kaum Mamluk adalah golongan hamba yang tidak berpengalaman langsung. Tapi itu bukan ukuran. Allah telah berfirman :  

"Berapa banyak gerombolan yang kecil telah dapat menewaskan gerombolan yang besar dengan izin Allah?" .

Pengkhianatan Dan Kejatuhan Baghdad (1258M)

Keupayaan Mongol dan kejayaan mudah Mongol menghancurkan umat Islam, membunuh berjuta-juta jiwa umat Islam, mengambil alih Baghdad dan menguasai dua per tiga wilayah Islam  adalah akibat dari pengkhianatan yang dilakukan oleh Al-Alkami. Al-Alkami adalah menteri Khalifah Mu’ tasim Billah. Dia memperdaya Khalifah Mu’ tasim Billah supaya melakukan perjanjian damai dengan Mongol dan pada masa yang sama mengikat perjanjian rahsia dengan Mongol, menjanjikan pelepasan dari sebarang halangan semasa serangan dengan syarat Mongol melantiknya menjadi Khalifah dan membenarkannya mendirikan kerajaan sendiri di Baghdad.
Pengkhianatan ini membawa kepada kematian Mu’ tasim, pegawai-pegawai yang ikhlas serta ulama yang diutus untuk berunding. Al-Alkami sendiri akhirnya dibunuh oleh kaum Mongol dan perjanjian tidak member apa-apa makna.

Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz 

Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan keluarga beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada 24 Oktober 1260. Biarpun sejarah hidupnya tidak lama, namun kesannya amat bermakna kepada sejarah survival umat Islam.
Ketika ini, Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz baru saja memegang takhta kerajaan Mamluk sejak bulan Januari 1260M dan keadaan kerajaan Mamluk adalah berada di dalam tidak stabil akibat pergeseran yang berlaku di antara dua puak Mamluk yang bertelagah iaitu Mamluk Bahriah dan Mamluk Mu'izziah. Namun krisis politik ini dapat diselesaikan oleh beliau.
Baginda mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban demi permasalahan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa baginda sanggup menggadai barang-barang istana baginda termasuk harta para pembesar Mamluk tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut & terkorban syahid.
Semasa sedang berperang, kuda yang dinaiki oleh baginda terbunuh, baginda lekas menuruninya dan berlari menentang musuh. Tentera bawahannya menawarkan kuda kepada baginda lalu lantas baginda menjawab, 

“Saya tidak mahu menghalangimu untuk memberikan menfaat kepada orang Islam.” 

Semangat jihadnya yang tinggi memberikan perangsang motivasi kepada para tenteranya untuk memburu syahid yang sentiasa dilaungkan oleh baginda.

Qutbuddin Al-Yunaini didalam Al-Bidayah Wan Nihayah (658H) mengatakan Qutuz sebelum menjadi raja pernah bermimpi, Rasulullah SAW mengatakan kepadanya bahawa dia akan menguasai Mesir dan akan menang dalam perang melawan Monggol.

Antara jasa baginda yang tercatat di dalam sejarah Islam ialah pasukan Islam berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa didalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudahpun ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Keadaan Sebelum Peperangan Di Ain Jalut


Kejatuhan Kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad bukan puncak penderitaan bagi umat Islam. Umat Islam semakin menderita dengan sikap sebahagian raja dan ulama yang sanggup menggadaikan agama semata-mata mendapatkan jaminan kehidupan dari Mongol. Sebahagian pemerintah dan raja sanggup menghulurkan tangan persahabatan dengan Mongol sedangkan jutaan darah umat Islam belum kering. Raja Mosul Badruddin Lu’ lu’, Raja Anadol Kaikawis II, Raja Damsyik An-Nasir Yusuf dan Raja Aleppo telah membuka laluan kepada Mongol tanpa peperangan. Ulama-ulama pada masa itu mengeluarkan fatwa, mengharuskan perjanjian damai dengan hujah-hujah yang mengelirukan.

Hanya raja Miyafarqin (Timur Turki), Al-Kamil Muhammad Al-Ayubi dalam daerah tersebut yang menegakkan jihad. Tapi kegilaan Mongol menewaskan Miyafarqin. Miyafarqin dikepung dan akhirnya ditewaskan. Kemuncaknya Mongol mengusai bumi Palestin.

Ketika itu Mesir berada dalam pergolakkan politik. Kerajaan Mamluk Bahiriah menguasai Mesir selama 144 tahun. Dalam tempoh tersebut Mesir diperintah oleh 29 orang sultan. 10 diantaranya mati dibunuh dan 12 diantaranya digulingkan. Ini menunjukkan kekuatan dan kekerasan adalah asas dalam kerajaan Mumluk.

Setelah penguasaan Mamluk Bahiriah, bangkit pula Mumluk  Muizziah atau Burji. Pemerintah awalnya adalah Raja Izzuddin Aibak. Baginda berhasil mengembalikan kestabilan politik di Mesir. Tetapi hanya 7 tahun. Keadaan kembali kacau bilau apabila baginda dibunuh dan diikuti pembunuhan isteri baginda, Syajarah Ad-Dur. Setelah itu silih berganti pemerintah Mesir hinggalah akhirnya diperintah oleh Saifuddin Qutuz.

Muzaffar Saifuddin Qutuz Menaiki Tahta

Qutuz menaiki tahta pada 24 Zulkaedah 657H. Sebelum baginda menaiki tahta, serangan pertama (617H), serangan kedua (628H) dan kejatuhan Baghdad (656H) telahpun berlaku.

Langkah Awal.

Mengembalikan Kesetabilan Dalaman Mesir

Baginda memanggil golongan pembesar, ulama, menteri dan golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Baginda berkata kepada mereka,

Apa yang beta inginkan dalam jabatan ini hanyalah kita bersatu untuk melawan Mongol. Urusan ini tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Mongol, urusan ini terletak atas tangan kamu semua. Pilihlah siapa sahaja yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah kamu”

Ucapan itu meredakan ketamakan sebahagian pembesar yang berniat untuk merampas tahta dari tangan Qutuz. Baginda memecat menteri Ibnu Al-A’az dan digantikan dengan Zainuddin Ya’kub bin Abdul Rafi’ yang diyakini kesetiaannya. Baginda mengekalkan Farisuddin Aqtai As-Saghir sebagai panglima tentera walaupun beliau adalah dari Mamluk Bahriah.

Memberi Pengampunan kepada Mumluk Bahriah

Qutuz Memberi Pengampunan kepada Mumluk Bahriah. Perselisihan yang terjadi berpunca dari pembunuhan Raja Izzuddin Aibak segera dihentikan oleh Qutuz. Mamluk Bahriah mempunyai pengalaman luas dalam peperangan. Diantaranya dalam Peperangan Mansurah, salah satu siri peperangan salib (648H). Pengampunan ini Berjaya memujuk mereka yang telah meninggalkan Mesir, kembali ke Mesir.

Penyatuan Kembali Mesir Dan Syam.

Raja Syam Nasir Al-Ayubi telah melakukan perjanjian damai dengan Mongol. Lebih dari itu Nasir Al-Ayubi meminta bantuan Mongol untuk menjatuhkan Mesir. Qutuz mengutus surat kepada Nasir Al-Ayubi meminta penyatuan Mesir dengan Syam dan sanggup duduk dibawah Nasir Ai-Ayubi. Malangnya surat itu langsung tidak diendahkan.
Apabila Damsyik dan Halab ditawan oleh Mongol, Nasir Al-Ayubi melarikan diri ke Karak dan tentera Syam bergerak ke Mesir dan bergabung dengan tentera Mumluk. Ini menambahkan lagi kekuatan kepada Mesir  dan memberikan semangat yang cukup kuat untuk berhadapan dengan Mongol.

Langkah-langkah awal ini dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan sahaja selepas baginda menaiki tahta iaitu pada 658M.

Strategi Dan Perancangan Peperangan

Melalui risikan, Qutuz mendapat maklumat bahawa kekuatan tentera Mongol adalah berasaskan tentera berkuda ringkasnya yang mana mampu membuat serangan yang cepat dan pantas tanpa sempat memberi peluang kepada musuhnya untuk menyerang balas. Oleh itu, Sultan Qutuz memperlengkapkan tentera berkudanya dan dengan kelengkapan senjata-senjata berat (meriam genggam) yang mana fungsinya mampu menahan serangan pantas dan menyerap ketangkasan tentera berkuda Mongol.
Ketika peperangan di Ain Jalut, Sultan Qutuz menyembunyikan sebahagian besar tentera berkudanya di sebalik pokok-pokok di lembah Ain Jalut. Panglima Baibars ditugaskan mengetuai pasukan kecil untuk menahan gempuran tentera Mongol yang diketuai oleh Kitbuqa dan memancing kearah lembah sempit. Kemudiannya pasukan yang bersembunyi melakukan serangan balik dengan kekuatan penuh.

Motivasi Jihad dari dua tokoh ulama Al Az Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali yang menyumbangkan tenaga moral yang tinggi dalam bentuk pengukuhan aqidah. Kedua-dua ulama tersebut mengarahkan setiap perajurit membuat amal makruf dan meninggalkan kemungkaran, menggesa mereka bertaubat nasuha, membersihkan segala kekotoran jiwa dan menampakkanpahala syahid dijalan Allah serta meningkatkan moral dan keazaman tentera Mesir.

Menjelang Perang

Beberapa hari selepas kejatuhan Halap (Safar 658H), 4 orang utusan Hulagu Khan datang dan memberikan surat perutusan. Surat tersebut memperlekeh kekuatan tentera Islam dan memberikan kata dua, menyerah atau berperang.

Sebahagian dari pembesar merasa takut dan ingin menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika itu masih tidak seberapa jika dibandingkan dengan Mongol yang menguasai wilayah yang cukup luas (dari Korea hingga Poland hari ini). Qutuz mengumpul pembesar-pembesar dan panglima-panglima lalu berkata kepada mereka:

Wahai pemimpin Muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal, sedangkan kamu tidak mahu berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankanlah aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan Muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”

Jihad yang ketika itu adalah fardu. Kata-kata Qutuz member tamparan dan akhirnya mereka memilih untuk bersama Qutuz, Berjihad.

Belanjawan dan kewangan juga menjadi masalah pada ketika itu. Belanjawan yang besar diperlukan untuk memperbaiki banteng, jambatan, membeli senjata, peralatan perang dan bekalan makanan. Qutuz memanggil pembesar Negara lalu membuat mesyuarat. Pilihan yang ada adalah mengutip duit dari rakyat jelata dan perlu dilakukan dengan segera. Tetapi ia memerlukan satu fatwa. Tanpa fatwa Qutuz tidak akan melakukannya. Umat Islam di Mesir pada ketika itu tidak mengenal cukai selain Zakat. Syariat adalah batas segalanya. Diantara yang dipanggil ketika itu adalah seorang ulama yang bernama Al-Izz bin Abdis Salam. Al-Izz bin Abdis Salam yang berumur 81 tahun dan dikenali dengan ketegasan itu mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas:

“Apabila Negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus”

Fatwa yang cukup tegas ini disambut dengan ketegasan Qutuz. Baginda memerintahkan agar semua pembesar dan pimpinan perang menyerahkan semua yang mereka miliki mengikut fatwa tersebut. Hasilnya, Mesir menjadi Negara yang kaya. Penyerahan harta oleh pembesar dan pimpinan disambut oleh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Fatwa Al-Izz bin Abdis Salam menyelesaikan masalah dalam keadaan yang segera.

Ahad, 29 Mei 2011

29 Mei 1453, Runtuhnya Kota Contantinople

Contantinople Dan Benteng Pertahanan

 Contantinople memiliki lokasi yang sangat penting di mata dunia. Sejak didirikannya, pemerintahan Byzantium telah menjadikannya  sebagai ibukota pemerintahan Byzantium. 

 Constantinopel merupakan salah satu kota terbesar dan benteng terkuat di dunia ketika itu, dikelilingi lautan dari tiga sisi sekaligus, yaitu selat Bosphorus, Laut Marmarah dan Tanduk Emas (golden horn) yang dijaga dengan rantai yang sangat besar, hingga tiada kemungkinan kapal musuh untuk memasukinya. Di samping itu, dari daratan juga dijaga dengan tembok-tembok yang sangat kukuh yang terbentang dari laut Marmarah sampai Tanduk Emas. 

 Memiliki satu menara dengan ketinggian 60 kaki, tembok-tembok  tinggi yang bahagian luarnya sahaja berketinggian 25 kaki, selain menara-menara pemantau yang dipenuhi tentara pengawas. Dari segi kekuatan ketenteraan, kota ini dianggap sebagai kota yang paling kuat dan kebal, karena di dalamnya ada pagar-pagar penguatkuasa, tembok kota  yang kuat dan perlindungan secara semulajadi. Oleh yang demikian, maka sangat sukar  untuk diserang, ditembusi apatah lagi ditaklukki.

Sultan Muhammad Al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Konstantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855 Hijrah/1451 Masihi, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a.  dan lain-lain usaha penaklukkan.

 Taktik Dan Strategi
Turki Uthmani terlebih dahulu membina Kota di sebelah Asia
Sebelum serangan dilancarkan, Sultan Muhammad II telah mengadakan perjanjian dengan kerajaan yang bersempadan Constantinopel diantaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat difokuskan kepada satu musuh sahaja. Selain itu, dalam mempersiapkan penaklukan kota Konstantinopel, Sultan juga memperkuat armada laut Utsmani. Ini adalah kerana Constantinopel adalah sebuah kota laut, yang tidak mungkin dapat dikepung kecuali dengan menggunakan kekuatan armada laut. Dicatatkan bahwa kapal perang yang telah dipersiapkan berjumlah 400 unit. Meriam-meriam besar telah digerakkan dari Adrianopel menuju Constantinopel dalam jangka waktu dua bulan. Ketenteraan telah dimodenkan.
Meriam Urban
Mengunakan Ulama-ulama sebagai pembakar semangat para pejuang Islam. Ucapan yang membakar semangat pasukan Islam dan menimbulkan gelora jihad yang tinggi. Ucapan Muhammad Al-Fatih sebelum penyerangan umum memberikan pidato kepada pembesar pembesar tentara :

Jika penaklukan kota Konstantinopel berjaya, maka sabda Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti, maka kita akan mendapatkan bahagian dari apa yang telah menjadi janji dari hadits ini, yang berupa kemuliaan dan penghargaan. Oleh karena itu, sampaikanlah pada para pasukan satu persatu, bahwa kemenangan besar yang akan kita capai ini, akan menambah ketinggian dan kemuliaan Islam. Untuk itu, wajib bagi setiap pasukan, menjadikan syariat selalu didepan matanya dan jangan sampai ada diantara mereka yang melanggar syariat yang mulia ini. Hendaknya mereka tidak mengusik tempat-tempat peribadatan dan gereja-gereja. Hendaknya mereka jangan mengganggu para pendeta dan orang-orang lemah tak berdaya yang tidak ikut terjun dalam pertempuran”


Penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad Al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniyyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu.

Dan yang tiada ternilainya..... Ketua, raja dan tentera itu adalah penganut Islam yang berkualiti tinggi. Mereka tidak pernah meninggalkan Solat Waktu sejak baligh dan sebahagiannya tidak pernah meninggalkan Solat Sunat Rawatib. Dan mereka adalah orang yang mengerjakan Solat Malam.

Penaklukkan Kota Contantinople
Akhirnya pasukan yang dipimpin langsung sultan Muhammad II bergerak mendekati kota Constantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 H.(6 April 1453 M). bersama gurunya, Sheikh Aaq Syamsudin, dan Panglima Kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha. Mereka merancang penyerangan ke Constantinopel dari berbagai penjuru kota dengan berbekal 150 ribu tentera, meriam dan 400 kapal perang. Sultan Muhammad II terlebih dahulu mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam, menyerahkan penguasaan kota secara damai atau memilih perang. Constantine Paleologus bertegas untuk tetap mempertahankan kota. Ia dibantu oleh Cardinal Isidor, Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.

Kota dengan benteng tinggi 25 kaki tersebut memang sulit ditembus, selain itu di sisi luar tembok dilindungi oleh parit-parit dalam. Dari sebelah barat pasukan altileri harus menyerang benteng setebal dua lapis sedangkan dari arah selatan Laut Marmara, Armada LautTurki Uthmani harus berhadapan dengan kapal perang Genoa pimpinan Giustiniani dan di arah timur selat sempit tanduk emas sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak boleh melepasinya.

Constantine XI Paleologus telah menawarkan berbagai tawaran demi untuk menyelamatkan kedudukannya. Akan tetapi Sultan Muhammad II menolak semua tawaran itu justru sebaliknya ia membuat saranan supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Uthmani secara aman. Sultan muhammad II berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tidak ada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan.

Antara isi kandungan ucapannya, 
"... serahkan kekuasaanmu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahwa tentaraku tidak akan mengancam nyawa, harta dan kehormatan mereka. Mereka yang ingin terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan siapa yang ingin meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".
Keesokan harinya, Sultan Muhammad II telah menyusun dan membagi tentaranya menjadi tiga bagian. Pertama adalah ketumbukan utama yang bertugas mengepung benteng yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentara sokongan yang bertugas menyokong tentera utama. Meriam telah diarahkan ke pintu Topkopi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine. Armada laut Uthmani juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal tidak dapat memasuki perairan Tanduk Emas disebabkan rantai raksasa yang merentangi perairan itu..

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalangi tentara Islam merapat ke pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan tentera Islam telah berhasil mematahkan halangan itu, ditambah dengan serangan meriam dari berbagai sudut. Bunyi meriam saja telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menghilangkan semangat mereka untuk melawan.

Rantai yang digunakan merentasi selat
Armada laut Uthmani telah mencoba beberapa kali untuk melepas rantai besi di Tanduk Emas. Dan pada saat yang sama, mengarahkan serangan ke kapal-kapal Byzantine dan Eropa yang tiba untuk menyerang. Namun segala usaha ini tidak berhasil, kegagalan Armada Turki memberikan semangat kepada tentara Costantinople untuk terus bertempur. Pada saat yang sama para penderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya banyak bersabar serta terus berdoa kepada Tuhan supaya menyelamatkan Costantinople. Constantine XI Paleologus juga sering bolak-balik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.



Walaupun begitu, kepungan armada laut Turki Uthmani masih belum dapat menembusi Tanjung Emas disebabkan oleh rantai besi yang melindungi Tanduk Emas. Pada saat yang sama, para mujahidin tetap terus melancarkan serangan sehingga pada 18 April 1453M, pasukan penyerang berhasil meruntuhkan tembok Constantinopel di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota namun dengan cepat tentara Constantine berhasil membaiki runtuhan sehingga benteng kembali tertutup.

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal perang Uthmani mencoba melepasi rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan armada laut Byzantine dan Eropah dapat menghalanginya malahan banyak kapal perang Uthmani yang karam oleh serangan armada laut Eropah dan Byzantium.

Dua hari setelah serangan itu, terjadi sekali lagi perang laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad II sendiri mengawasi pertempuran dari tepi pantai. Saat itu juga, Sultan menunggang kudanya sehingga ke tepi laut sambil berteriak dengan sekuat tenaga untuk memberikan semangat. Kesungguhan Sultan Muhammad II berhasil menaikkan semangat tentaranya. Namun, gabungan armada Eropah dan Byzantine berhasil mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh-sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan mengganti Palta Oglu dengan Hamzah Pasha.

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kekhuatiran kepada tentara Uthmani. Khalil Pasha yang merupakan menteri ketika itu cuba memujuk Sultan supaya membatalkan serangan serta menerima saja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyah tanpa menaklukinya. Saranan itu ditolak mentah-mentah oleh Sultan. Kini tinggal memikirkan cara supaya armada laut Turki Uthmani dapat melepasi Tanduk Emas.

Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui Selat Golden Horn yang sudah dirantai. Hingga akhirnya sebuah idea yang seperti idea bodoh dicadangkan, namun akhirnya dilakukan. Idea tersebut adalah memindahkan kapal-kapal perang yang berada di perairan Selat Bosporus ditarik melalui jalan darat untuk mengelakkan rantai penghalang. Hanya dalam tempoh satu semalam 70 buah kapal telah memasuki wilayah perairan Golden Horn ( Tanduk Emas ) melalui jalan darat yang memiliki perbukitan yang tinggi dan berbatu.

Pada subuh pagi tanggal 22 April, penduduk kota yang lelap itu terbangun dengan suara pekik takbir tentara Islam yang menggema di perairan Tanduk Emas. Penduduk Constantinople gempar dan tak seorangpun yang percaya atas apa yang telah terjadi. Tidak ada yang dapat membayangkan bagaimana semua yang terjadi hanya dalam satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahwa tentara sultan mendapat bantuan jin dan syaitan.

Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan salah seorang ahli sejarah tentang Byzantium mengatakan:

“kami tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar sebelumnya, sesuatu yang sangat luar biasa seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah mengubah bumi menjadi lautan dan dia menyeberangkan kapal-kapalnya di puncak-puncak gunung sebagai pengganti gelombang-gelombang lautan. Sungguh kehebatannya jauh melebihi apa yang dilakukan oleh Alexander yang Agung,”

Dengan kedudukan tentara islam yang semakin kuat, Sultan Muhammad II melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Constantinopel. Tembakan meriam yang telah mengkaramkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentara Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui Kota Galata. Semenjak kapal dapat memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.

Takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang menggema di segala penjuru Costantinople telah memberikan serangan psikologi kepada penduduk kota itu. Semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman dari pekikan takbir tentera mujahiddin. Ketika ribut yang belum juga reda, penduduk Costantinople menyadari bahwa tentara Islam telah membuat terowong untuk masuk ke dalam pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Kalau-kalau tentara Turki keluar dari dalam bumi.

Sultan Muhammad II yakin bahwa kemenangan semakin tiba, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Constantine XI Paleologus menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah akibat gempuran meriam. Sekali lagi Sultan mengirim utusan meminta Constantine XI Paleologus agar menyerahkan Costantinople secara aman. Costantine telah berunding dengan para menterinya. Ada yang menyarankan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang ingin bertahan sampai akhir. Costantine akhirnya setuju dengan pandangan kedua lantas mengirimkan balasan ,

"... syukur kepada Tuhan karena Sultan memberikan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati dan dikuburkan di kota ini!"

Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tentaranya meluruskan niat dan membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulama pula memeriksa barisan tentara sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA.

"...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata inilah yang membakar semangat tentara islam hingga ke puncaknya.

 
Pada saat yang sama, penduduk Costantinopel berdoa dirumah dan gereja-gereja mereka dengan khidmat paderi berharap Tuhan menolong mereka.

Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453 M, serangan umum dilancarkan. Sulthan Muhammad Al-Fatih sebelum penyerangan umum sulthan memberikan pidato kepada tentara Islam :

Jika penaklukan kota Constantinople berjaya, maka sabda Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti, maka kita akan mendapatkan bagian dari apa yang telah menjadi janji dari hadits ini, yang berupa kemuliaan dan penghargaan. Oleh karena itu, sampaikanlah pada para pasukan satu persatu, bahwa kemenangan besar yang akan kita capai ini, akan menambah ketinggian dan kemuliaan Islam. Untuk itu, wajib bagi setiap pasukan, menjadikan syariat selalu didepan matanya dan jangan sampai ada diantara mereka yang melanggar syariat yang mulia ini. Hendaknya mereka tidak mengusik tempat-tempat peribadatan dan gereja-gereja. Hendaknya mereka jangan mengganggu para pederi dan orang-orang lemah tak berdaya yang tidak ikut terjun dalam pertempuran”



Diiringi hujan panah, Tentara Turki Islam maju dalam tiga lapis pasukan, Irregular di barisan pertama, Anatolian Army di barisan kedua dan terakhir pasukan khusus Yanissari. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di puncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang memang menginginkan mati syahid, begitu berani maju menyerbu tentara Constantinople.

Tentara Islam akhirnya berjaya menembus kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah berhasil mengibarkan bendera Daulah Uthmani di puncak kota. Constantine XI Paleologus yang melihat kejadian itu menanggal baju perang kerajaannya dan maju bertempur bersama pasukannya hingga terbunuh dan jasadnya tidak ditemui. Giustiniani melarikan diri meninggalkan kota dengan pasukan Genoanya. Cardinal Isidor melepaskan diri dengan menyamar sebagai hamba melalui Galata, dan Orkhan gugur di peperangan.

Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentara Islam untuk terus menyerang. Namun sebaliknya, bagaikan pohon tercabut akar, tentara Constantinople menjadi tercerai berai, bak anak kehilangan ibunya mendengar berita kematian Rajanya.

Tepat pada hari Selasa tanggal 20 Jumadil Ula 857 H bertepatan tanggal 29 Mei 1453 M, Constantinopel jatuh dan berjaya ditaklukki oleh para mujahiddin, Sultan Muhammad II kemudian turun dari kudanya dan memberi penghargaan pada pasukan dengan ucapannya:

 “MasyaAllah, kalian telah menjadi orang-orang yang mampu menaklukkan Constantinople yang telah Rasulullah khabarkan

 Kemudian baginda bersujud kepada Allah SWT di atas tanah, sebagai ungkapan syukur dan pujian serta bentuk kerendahan diri dihadapanNya.
Pada hari itu, kebanyakkan penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tentaranya supaya berbuat baik kepada penduduk Costantinople. Beliau kemudian menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota. Ketakutan jelas terbayang di wajah penduduk ketika beliau menghampiri pintu gereja. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Sultan meminta beliau supaya menenangkan penduduk.
Selepas itu, Sultan Muhammad II meminta supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti dapat dikerjakan Solat Jumaat di situ. Sementara gereja lainnya tetap seperti biasa. Para pekerja bertugas menanggalkan salib, patung dan menutup gambar-gambar untuk tujuan solat. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad II bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu disampaikan oleh As-Sheikh Agha Shamsuddin. Nama Costantinople kemudiannya diganti "Islam Bol / Islambul", yang berarti "Kota Islam" dan kemudian dijadikan sebagai ibu kota ketiga Khalifah Othmaniyyah setelah Bursa dan Edirne . Atas jasanya Sultan Muhammad II diberi gelar Al-Fatih ( Penakluk ), sehingga beliau sering dipanggil Sultan Muhammad Al-Fatih. Pertempuran merebutkan kota Constantinopel berlangsung 6 April hingga 29 Mei 1453, atau hampir 2 bulan lamanya.

 (Akan datang..... Pertempuran di Air Jalut. Musnahnya kesombongan Monggol

 Istanbul Hari Ini












Penaklukan Kota Contantinople (Pengenalan)



Ketika menggali parit dalam persediaan Perang Khandak pada tahun 5H, Rasullullah S.A.W bersabda :

“Kamu akan pasti membebaskan Constantinople, sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”
                                                                                                                         (riwayat Imam Ahmad)

29 Mei 1453, tarikh bersamaan hari ini 558 tahun dahulu, jatuhlah Contantinople, Kota Agung Bayzantin itu setelah 53 hari dikepung di tangan “sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera”. 

Sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik tentera.


Setelah Contantinople ditawan, gereja besar Aya Sophia ditukar menjadi masjid. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul persoalan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. Itulah sebaik-baik pemimpin dan tentera. Kita kena berusaha mengikut contoh yang pernah ditunjukkan.

Contantinople

Contantinople asalnya didirikan oleh Koloni Yunani dari Megara pada tahun 667 SM masihi dan dinamakan Byzas atau Byzantas (Bahasa Yunani). Nama Byzantium (Bahasa Latin) adalah dari perkataan Byzantion. Pada masa kekuasaan Rome Timur ia dikenali dengan nama Contantinople. Contantinople merupakan tempat yang strategik di satu-satunya pintu masuk ke Laut Hitam, laluan perdagangan antara Asia dan Eropah, jalur sutera dan titik terbaik sebagai pusat kebudayaan dunia. 

Pada tahun 330M Maharaja Byzantium, Contantine I, yang berkuasa keatas kota iti menukar nama kepada Contantonople sempena namanya. Pada ketika kekuasaan Rome terpecah kepada dua, ibukota Rom Timur (Byzantium) yang menganut Kristian Orthodoks adalah Contantinople dan ibukota Rom adalan Vitican. Perpecahan tersebut adalah kerana konflik gereja.
Banyak kekuasaan atau bangsa yang cuba menakluki kota tersebut. Antaranya Gothik, Avars, Persia, Bulgar, Rusia, Khazar, Pasukan Salib (semasa misi menguasai Juruselam) dan Arab-Muslim.


Cubaan-cubaan menakluki Contantinople oleh Arab-Muslim.


Dorongan untuk menguasai Kota Contantinople bukan hanya kerana kedudukannya yang strategik tapi juga kerana hadith dari Rasulullah SAW seperti diatas. Percubaan pertama semasa kekuasaan Khalifah Umaiyah, oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada 668M. Pada masa zaman Khalifah Abbasiyyah beberapa cubaan diteruskan namun masih menemui kegagalan termasuk di zaman Harun Al-Rasyid pada 190H. 

Setelah berakhirnya Kekhalifahan Abbasiyyah dan kejatuhan Baghdad pada 656H, usaha tersebut dibuat oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Timur (Anatolia) terutama Kerajaan Turki-Saljuk yang bersempadan. Pada masa pemerintahan Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) kekuasaan Rom dibawah Dimonos Berjaya dikalahkan dan sebahagian besar Wilayah Rom dapat ditakluki dibawah pengaruh Islam. Semasa pemerintahan Sultan Murad I, ketenteraan Turki Uthmani dibangun dan Turki Uthmani dapan mengusai kerajaan-kerajaan disekeliling Contantinople sehingga ke Balkhan. Walaubagaimanapun Contantinople belum dapat ditakluki.


Abu Ayub Al-Ansari

Abu Ayub al-Ansari RA adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Abu Ayub memiliki nama asalnya iaitu Khalid bin Zaid bin Khulaib. Digelarkan Abu Ayub adalah kerana bagi memuliakan keturunannya. ‘Abu Ayub’ membawa maksud ‘bapa kepada Ayub’. Beliau yang berasal daripada bani Najjar lahir pada 587M iaitu 16 tahun lewat daripada tahun kelahiran Rasulullah saw. Abu Ayub adalah seorang sahabat yang amat mulia. Beliau dan isterinya adalah sekelompok sahabat Rasulullah saw yang membela kemuliaan Saiyiditina Aisyah ra semasa berlakunya gelombang fitnah yang tercetus selepas peristiwa Peperangan al-Muraisi. Beliau membidas ketua munafik, Abdullah bin Ubai yang bertanggungjawab mengugat kemuliaan ummul mukminin yang dituduh berkhalwat dengan Safwan bin al-Muattol. 
Rasulullah saw amat menyayangi Abu Ayub dan keluarganya. Rasulullah saw diriwayatkan tinggal di rumah Abu Ayub selepas berhijrah ke Madinah. Bergitu juga Abu Ayub dan keluarganya. Mereka menyayangi Rasulullah saw sepenuh hati sehingga tidak tersisa walau sedikitpun.

Abu Ayub al-Ansari tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang peperangan sejak zaman Rasulullah saw sehingga ke zaman Khulafa ar-Rashidin dan seterusnya menginjak ke zaman Kekhalifahan.
Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674M semasa pemerintahan Khalifah Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah.
Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Beliau tidak mampu untuk menggalas pedang bagi meneruskan perjuangan bersama-sama tentera-tentera Islam yang lain. Abu Yazid bin Muawiyyah datang kepadanya dan bertanya,

Adakah tuan mahu apa-apa wahai Abu Ayub?

Sahabat Rasulullah saw yang mulia ini menjawab,

Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople.

Kemudian apabila keadaan, cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:

Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.


Wahai tuan yang saya muliakan, sekiranya ada apa-apa hajat di hati tuan, sila tuan katakana supaya saya dapat memenuhinya,” kata Yazid bin Muawwiyah.

“Wahai Yazid, saya ada satu permintaan,” jawab Abu Ayub Al-Ansari sambil menanggung sakit sakaratul maut, “Seandainya ajal saya sampai di sini, kalian kuburkan saya di benteng Kota Constantinople.”

“Baiklah, kami lakukannya,” janji Yazid bin Muawwiyah.

Abu Ayub Al-Ansari kelihatan tersenyum lalu berkata,  
“Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mati tidak mensyirikkan Allah taala dengan apapun pasti masuk syurga.”

Kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas mengucap kalimah syahadah.  Suasana jadi hening seketika. Tidak lama kemudian kedengaran azan menandakan masuknya waktu subuh. Kemudian jenazah Abu Ayub Al-Ansari disembahyangkan dengan Abu Yazid sendiri menjadi imamnya.

Hari itu ketika pertempuran sedang meletus, sepasukan tentera Islam mengusung  jenazah Abu Ayub Al-Ansari bagi dikebumikan di tepi tembok Kota Constantinople. Apabila melihat keadaan itu, tentera Rom menyuruh beberapa orang penduduk kampung yang tidak terlibat dengan peperangan itu pergi menyiasat.

“Kamu pergi tengok apa yang mereka tanam di tepi  kota itu kemudian laporkan kepada aku,” kata Maharaja Constantinople.

Orang-orang kampung yang tidak bersenjata itu pergi bertanya kepada tentera Islam yang sedang mengebumikan jenazah Abu Ayub Al-Ansari.

“Apakah yang kamu tanam di tepi kota ini? Ia sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah berlaku sebelum ini,” tanya salah seorang daripada mereka.

“Seorang pahlawan yang amat kami hormati sudah meninggal dunia. Dia sahabat nabi yang paling tua dan mempunyai kedudukan tinggi di kalangan kami. Kami kebumikan jenazahnya di sini. Tetapi ingat amaran kami, sekiranya kamu mengganggu kubur ini, loceng gereja kamu tidak berbunyi lagi di bumi ini,” jawab Yazid bin Muawwiyah.

Tentera Islam terus mengepung Kota Constantinople selama berbulan-bulan. Namun belum ada tanda-tanda kota itu dapat ditawan. Akhirnya tentera Islam kehabisan bekalan makanan dan senjata. Bekalan dari Mekah yang diharapkan tidak bekunjung tiba. Akhirnya Yazid bin Muawwiyah menulis surat kepada Maharaja Constantinople.

Kami berundur tetapi bukan bermakna kami kalah kerana kami pasti akan datang lagi dengan pasukan tentera yang lebih kuat. Sekali lagi kami memberi amaran. Sekiranya jenazah Abu Ayub Al-Ansari diganggu, kami musnahkan kamu sehingga loceng di gereja akmu tidak berbunyi lagi.”

Pada mulanya Maharaja Constantinople tidak mengendahkan amaran itu. Baginda menyuruh kubur itu digali semula. Tetapi baginda terkejut apabila mendapati mayat Abu Ayub Al-Ansari masih elok walaupun sudah dikuburkan berbulan-bulan. Kerana kagum, jenazah itu dikebumikan semula di kawasan kota Constantinople. Di atas kubur itu dibina sebuah batu tanda yang besar. Di atas batu itu mereka sangkutkan 4 buah kandil. Orang ramai menjadikan kubur itu tempat ziarah bagi meminta keberkatan.setiap kali ditimpa bencana ataupun sakit, mereka datang ke kubur memohon doa. Anehnya setiap permintaan mereka makbul. Ini menjadikan kubur Abu Ayub Al-Ansari semakin popular.

Tetapi selepas berpuluh-puluh tahun berlalu, keadaan dan suasana berubah. Maharaja Rom mengeluarkan arahan melarang orang ramai mengungjungi kubur Abu Ayub Al-Ansari. Akhirnya kubur itu terbiar dan dilupakan orang.

Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati. Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.

Penemuan makam Abu Ayub al-Ansari

Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.

Berikut adalah ucapan wasiat terakhir daripada sahabat Rasulullah saw yang mulia, Abu Ayub al-Ansari. Abu Ayub al-Ansari telah ditunaikan wasiatnya untuk dikuburkan diluar tembok kukuh kota Constantinople.
Cerita makam Abu Ayub di luar kota Constantinople telah menarik minat Sultan Muhammad II. Ingin benar baginda menemui makam sahabat nabi itu. Untuk itu, Sultan Muhmmad II telah meminta nasihat daripada ulama baginda, Sheikh Agha Samsuddin Al-Wal.
 Sheikh Agha Samsuddin adalah guru Sultan Muhammad II sejak daripada kecil dan beliau sering memberi nasihat berkaitan agama mahupun politik kepada baginda. Sheikh Agha Samsuddin diriwayatkan memiliki kekaramahan dan keberkatan doa. Ia sesuai dengan jalur keturunannya yang sampai kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Sheikh Agha Samsuddin telah berkata kepada Sultan Muhammad II selepas diminta untuk mengenalpasti makam Abu Ayub al-Ansari,
Bahawasanya aku lihat pada suatu  tempat akan nur, mudah-mudahan kuburnya itu di situlah
Sheikh Agha Samsuddin dan Sultan Muhammad II pergi ke tempat itu dan sejurus dia bertawajjuh (memusatkan perhatian kepada Allah swt), lantas beliau berkata lagi,
Berhimpunlah dengna rohnya, maka bersyukur ia akan daku dengan pembukaan(pembukaan kota Istanbul) ini.
Kemudian Sultan Muhammad II maju ke hadapan kepada tuan gurunya dan berkata,
Wahai tuan guru, saya mahu tuan guru tunjukkan kepada hamba satu alamat yang boleh saya boleh lihat dengan mata dan hati saya.
Mendengar permintaan Sultan Muhammad II, Sheikh Agha Samsuddin kembali bertawajjuh. Setelah beberapa ketika, ia bangun dan berkata,
Gali kamu semua pada tempat ini, iaitu pada bahagian kepala sedalam dua hasta. Nescaya, akan timbullah batu nisan bertulisan dalam bahasa Ibrani.
Tentera Sultan Muhammad II terus bergegas menggali tempat yang ditunjuk oleh Sheikh Agha Samsuddin. Beberapa minit kemudian, tampak dengan jelas sebatang batu nisan bertulisan Ibrani. Beberapa tentera yang memahami bahasa Ibrani yakin bahawa ia adalah makam Abu Ayub al-Ansari.
Kemudian, datang Sultan Muhammad II ke tempat yang dikatakan kubur Abu Ayub al-Ansari. Baginda hampir rebah kerana terlampau takjub tetapi mujurlah pegawai baginda sempat memegang baginda. Sultan Muhammad II kemudian menitahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat Rasulullah SAW tersebut. Masjid tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Kisah penemuan kubur Abu Ayub al-Ansari menunjukkan pertemuan rohaniah antara dua tokoh yang berjuang semata-mata mahu mendapat keredhaan Allah swt. Kekaramahan sahabat Rasulullah saw tersebut jelas berlaku daripada peristiwa yang hebat ini. Sepertimana wasiat terakhir Abu Ayub al-Ansari yang menyatakan mahu ‘mendengar’ derapan kuda raja yang Rasulullah saw nyatakan sebagai sebaik-baik raja. Ia mungkin metafora kepada keterujaan Abu Ayub untuk menemui ajal di jalan Allah.
Namu bergitu, kita perlu sedar bahawa orang yang syahid di medan perang sentiasa ‘hidup’ seperti firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 169.
Dalam satu versi cerita,  Sultan Muhammad II memerintahkan tentera-tenteranya beratur panjang dan masing-masing hendaklah mencium kaki Abu Ayub Al-Ansari. Namun apabila sampai saat Sultan Muhammad II, kaki telah ditarik dan Sultan Muhammad tidak dapat mencium kaki. 
 Makam Abu Ayub Al Ansari di Istanbul
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad II memerintahkan seluruh tenteranya mencium kaki Abu Ayyub Al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Ansari. Abu Ayyub Al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Sultan Muhammad II Al- Fateh
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.  Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Pendidikan Sultan Muhammad II


Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
Beliau juga telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama' terulung antaranya ialah As-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, Al-Hadith, fiqh, linguistik (Bahasa Arab, Parsi, dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiyyah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Sejak dari baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat rawatib dan solat tahajjud.
Itulah sebaik-baik pemimpin dalam hadith Rasulullah SAW yang berbunyi: 


Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”