Ketika menggali parit dalam persediaan Perang Khandak pada tahun 5H, Rasullullah S.A.W bersabda :
“Kamu akan pasti membebaskan Constantinople, sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”
(riwayat Imam Ahmad)
29 Mei 1453, tarikh bersamaan hari ini 558 tahun dahulu, jatuhlah Contantinople, Kota Agung Bayzantin itu setelah 53 hari dikepung di tangan “sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera”.
Setelah Contantinople ditawan, gereja besar Aya Sophia ditukar menjadi masjid. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul persoalan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. Itulah sebaik-baik pemimpin dan tentera. Kita kena berusaha mengikut contoh yang pernah ditunjukkan.
Contantinople
Contantinople asalnya didirikan oleh Koloni Yunani dari Megara pada tahun 667 SM masihi dan dinamakan Byzas atau Byzantas (Bahasa Yunani). Nama Byzantium (Bahasa Latin) adalah dari perkataan Byzantion. Pada masa kekuasaan Rome Timur ia dikenali dengan nama Contantinople. Contantinople merupakan tempat yang strategik di satu-satunya pintu masuk ke Laut Hitam, laluan perdagangan antara Asia dan Eropah, jalur sutera dan titik terbaik sebagai pusat kebudayaan dunia. Pada tahun 330M Maharaja Byzantium, Contantine I, yang berkuasa keatas kota iti menukar nama kepada Contantonople sempena namanya. Pada ketika kekuasaan Rome terpecah kepada dua, ibukota Rom Timur (Byzantium) yang menganut Kristian Orthodoks adalah Contantinople dan ibukota Rom adalan Vitican. Perpecahan tersebut adalah kerana konflik gereja.
Banyak kekuasaan atau bangsa yang cuba menakluki kota tersebut. Antaranya Gothik, Avars, Persia, Bulgar, Rusia, Khazar, Pasukan Salib (semasa misi menguasai Juruselam) dan Arab-Muslim.
Cubaan-cubaan menakluki Contantinople oleh Arab-Muslim.
Dorongan untuk menguasai Kota Contantinople bukan hanya kerana kedudukannya yang strategik tapi juga kerana hadith dari Rasulullah SAW seperti diatas. Percubaan pertama semasa kekuasaan Khalifah Umaiyah, oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada 668M. Pada masa zaman Khalifah Abbasiyyah beberapa cubaan diteruskan namun masih menemui kegagalan termasuk di zaman Harun Al-Rasyid pada 190H.
Setelah berakhirnya Kekhalifahan Abbasiyyah dan kejatuhan Baghdad pada 656H, usaha tersebut dibuat oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Timur (Anatolia) terutama Kerajaan Turki-Saljuk yang bersempadan. Pada masa pemerintahan Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) kekuasaan Rom dibawah Dimonos Berjaya dikalahkan dan sebahagian besar Wilayah Rom dapat ditakluki dibawah pengaruh Islam. Semasa pemerintahan Sultan Murad I, ketenteraan Turki Uthmani dibangun dan Turki Uthmani dapan mengusai kerajaan-kerajaan disekeliling Contantinople sehingga ke Balkhan. Walaubagaimanapun Contantinople belum dapat ditakluki.
Abu Ayub Al-Ansari
Abu Ayub al-Ansari RA adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Abu Ayub memiliki nama asalnya iaitu Khalid bin Zaid bin Khulaib. Digelarkan Abu Ayub adalah kerana bagi memuliakan keturunannya. ‘Abu Ayub’ membawa maksud ‘bapa kepada Ayub’. Beliau yang berasal daripada bani Najjar lahir pada 587M iaitu 16 tahun lewat daripada tahun kelahiran Rasulullah saw. Abu Ayub adalah seorang sahabat yang amat mulia. Beliau dan isterinya adalah sekelompok sahabat Rasulullah saw yang membela kemuliaan Saiyiditina Aisyah ra semasa berlakunya gelombang fitnah yang tercetus selepas peristiwa Peperangan al-Muraisi. Beliau membidas ketua munafik, Abdullah bin Ubai yang bertanggungjawab mengugat kemuliaan ummul mukminin yang dituduh berkhalwat dengan Safwan bin al-Muattol.
Rasulullah saw amat menyayangi Abu Ayub dan keluarganya. Rasulullah saw diriwayatkan tinggal di rumah Abu Ayub selepas berhijrah ke Madinah. Bergitu juga Abu Ayub dan keluarganya. Mereka menyayangi Rasulullah saw sepenuh hati sehingga tidak tersisa walau sedikitpun.
Abu Ayub al-Ansari tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang peperangan sejak zaman Rasulullah saw sehingga ke zaman Khulafa ar-Rashidin dan seterusnya menginjak ke zaman Kekhalifahan.
Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674M semasa pemerintahan Khalifah Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah.
Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Beliau tidak mampu untuk menggalas pedang bagi meneruskan perjuangan bersama-sama tentera-tentera Islam yang lain. Abu Yazid bin Muawiyyah datang kepadanya dan bertanya,
Adakah tuan mahu apa-apa wahai Abu Ayub?
Sahabat Rasulullah saw yang mulia ini menjawab,
Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople.
Kemudian apabila keadaan, cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:
Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.“
Wahai tuan yang saya muliakan, sekiranya ada apa-apa hajat di hati tuan, sila tuan katakana supaya saya dapat memenuhinya,” kata Yazid bin Muawwiyah.
Wahai tuan yang saya muliakan, sekiranya ada apa-apa hajat di hati tuan, sila tuan katakana supaya saya dapat memenuhinya,” kata Yazid bin Muawwiyah.
“Wahai Yazid, saya ada satu permintaan,” jawab Abu Ayub Al-Ansari sambil menanggung sakit sakaratul maut, “Seandainya ajal saya sampai di sini, kalian kuburkan saya di benteng Kota Constantinople.”
“Baiklah, kami lakukannya,” janji Yazid bin Muawwiyah.
Abu Ayub Al-Ansari kelihatan tersenyum lalu berkata,
“Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mati tidak mensyirikkan Allah taala dengan apapun pasti masuk syurga.”
Kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas mengucap kalimah syahadah. Suasana jadi hening seketika. Tidak lama kemudian kedengaran azan menandakan masuknya waktu subuh. Kemudian jenazah Abu Ayub Al-Ansari disembahyangkan dengan Abu Yazid sendiri menjadi imamnya.
Hari itu ketika pertempuran sedang meletus, sepasukan tentera Islam mengusung jenazah Abu Ayub Al-Ansari bagi dikebumikan di tepi tembok Kota Constantinople. Apabila melihat keadaan itu, tentera Rom menyuruh beberapa orang penduduk kampung yang tidak terlibat dengan peperangan itu pergi menyiasat.
“Kamu pergi tengok apa yang mereka tanam di tepi kota itu kemudian laporkan kepada aku,” kata Maharaja Constantinople.
Orang-orang kampung yang tidak bersenjata itu pergi bertanya kepada tentera Islam yang sedang mengebumikan jenazah Abu Ayub Al-Ansari.
“Apakah yang kamu tanam di tepi kota ini? Ia sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah berlaku sebelum ini,” tanya salah seorang daripada mereka.
“Seorang pahlawan yang amat kami hormati sudah meninggal dunia. Dia sahabat nabi yang paling tua dan mempunyai kedudukan tinggi di kalangan kami. Kami kebumikan jenazahnya di sini. Tetapi ingat amaran kami, sekiranya kamu mengganggu kubur ini, loceng gereja kamu tidak berbunyi lagi di bumi ini,” jawab Yazid bin Muawwiyah.
Tentera Islam terus mengepung Kota Constantinople selama berbulan-bulan. Namun belum ada tanda-tanda kota itu dapat ditawan. Akhirnya tentera Islam kehabisan bekalan makanan dan senjata. Bekalan dari Mekah yang diharapkan tidak bekunjung tiba. Akhirnya Yazid bin Muawwiyah menulis surat kepada Maharaja Constantinople.
“Kami berundur tetapi bukan bermakna kami kalah kerana kami pasti akan datang lagi dengan pasukan tentera yang lebih kuat. Sekali lagi kami memberi amaran. Sekiranya jenazah Abu Ayub Al-Ansari diganggu, kami musnahkan kamu sehingga loceng di gereja akmu tidak berbunyi lagi.”
Pada mulanya Maharaja Constantinople tidak mengendahkan amaran itu. Baginda menyuruh kubur itu digali semula. Tetapi baginda terkejut apabila mendapati mayat Abu Ayub Al-Ansari masih elok walaupun sudah dikuburkan berbulan-bulan. Kerana kagum, jenazah itu dikebumikan semula di kawasan kota Constantinople. Di atas kubur itu dibina sebuah batu tanda yang besar. Di atas batu itu mereka sangkutkan 4 buah kandil. Orang ramai menjadikan kubur itu tempat ziarah bagi meminta keberkatan.setiap kali ditimpa bencana ataupun sakit, mereka datang ke kubur memohon doa. Anehnya setiap permintaan mereka makbul. Ini menjadikan kubur Abu Ayub Al-Ansari semakin popular.
Tetapi selepas berpuluh-puluh tahun berlalu, keadaan dan suasana berubah. Maharaja Rom mengeluarkan arahan melarang orang ramai mengungjungi kubur Abu Ayub Al-Ansari. Akhirnya kubur itu terbiar dan dilupakan orang.
Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati. Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.
Penemuan makam Abu Ayub al-Ansari
Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.“
Berikut adalah ucapan wasiat terakhir daripada sahabat Rasulullah saw yang mulia, Abu Ayub al-Ansari. Abu Ayub al-Ansari telah ditunaikan wasiatnya untuk dikuburkan diluar tembok kukuh kota Constantinople.
Cerita makam Abu Ayub di luar kota Constantinople telah menarik minat Sultan Muhammad II. Ingin benar baginda menemui makam sahabat nabi itu. Untuk itu, Sultan Muhmmad II telah meminta nasihat daripada ulama baginda, Sheikh Agha Samsuddin Al-Wal.
Sheikh Agha Samsuddin adalah guru Sultan Muhammad II sejak daripada kecil dan beliau sering memberi nasihat berkaitan agama mahupun politik kepada baginda. Sheikh Agha Samsuddin diriwayatkan memiliki kekaramahan dan keberkatan doa. Ia sesuai dengan jalur keturunannya yang sampai kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Sheikh Agha Samsuddin telah berkata kepada Sultan Muhammad II selepas diminta untuk mengenalpasti makam Abu Ayub al-Ansari,
Bahawasanya aku lihat pada suatu tempat akan nur, mudah-mudahan kuburnya itu di situlah
Sheikh Agha Samsuddin dan Sultan Muhammad II pergi ke tempat itu dan sejurus dia bertawajjuh (memusatkan perhatian kepada Allah swt), lantas beliau berkata lagi,
Berhimpunlah dengna rohnya, maka bersyukur ia akan daku dengan pembukaan(pembukaan kota Istanbul) ini.
Kemudian Sultan Muhammad II maju ke hadapan kepada tuan gurunya dan berkata,
Wahai tuan guru, saya mahu tuan guru tunjukkan kepada hamba satu alamat yang boleh saya boleh lihat dengan mata dan hati saya.
Mendengar permintaan Sultan Muhammad II, Sheikh Agha Samsuddin kembali bertawajjuh. Setelah beberapa ketika, ia bangun dan berkata,
Gali kamu semua pada tempat ini, iaitu pada bahagian kepala sedalam dua hasta. Nescaya, akan timbullah batu nisan bertulisan dalam bahasa Ibrani.
Tentera Sultan Muhammad II terus bergegas menggali tempat yang ditunjuk oleh Sheikh Agha Samsuddin. Beberapa minit kemudian, tampak dengan jelas sebatang batu nisan bertulisan Ibrani. Beberapa tentera yang memahami bahasa Ibrani yakin bahawa ia adalah makam Abu Ayub al-Ansari.
Kemudian, datang Sultan Muhammad II ke tempat yang dikatakan kubur Abu Ayub al-Ansari. Baginda hampir rebah kerana terlampau takjub tetapi mujurlah pegawai baginda sempat memegang baginda. Sultan Muhammad II kemudian menitahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat Rasulullah SAW tersebut. Masjid tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Kisah penemuan kubur Abu Ayub al-Ansari menunjukkan pertemuan rohaniah antara dua tokoh yang berjuang semata-mata mahu mendapat keredhaan Allah swt. Kekaramahan sahabat Rasulullah saw tersebut jelas berlaku daripada peristiwa yang hebat ini. Sepertimana wasiat terakhir Abu Ayub al-Ansari yang menyatakan mahu ‘mendengar’ derapan kuda raja yang Rasulullah saw nyatakan sebagai sebaik-baik raja. Ia mungkin metafora kepada keterujaan Abu Ayub untuk menemui ajal di jalan Allah.
Namu bergitu, kita perlu sedar bahawa orang yang syahid di medan perang sentiasa ‘hidup’ seperti firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 169.
Dalam satu versi cerita, Sultan Muhammad II memerintahkan tentera-tenteranya beratur panjang dan masing-masing hendaklah mencium kaki Abu Ayub Al-Ansari. Namun apabila sampai saat Sultan Muhammad II, kaki telah ditarik dan Sultan Muhammad tidak dapat mencium kaki.
Makam Abu Ayub Al Ansari di Istanbul
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad II memerintahkan seluruh tenteranya mencium kaki Abu Ayyub Al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Ansari. Abu Ayyub Al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.Sultan Muhammad II Al- Fateh
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.Pendidikan Sultan Muhammad II
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Beliau juga telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama' terulung antaranya ialah As-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, Al-Hadith, fiqh, linguistik (Bahasa Arab, Parsi, dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiyyah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.
Keperibadian
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Sejak dari baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat rawatib dan solat tahajjud.
Itulah sebaik-baik pemimpin dalam hadith Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan