Ahad, 17 Julai 2011

Umar Mukhtar, Singa Padang Pasir

menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Libya. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Beliau kemudiannya menjadi pejuang hebat yang menentang kafir.

Umar Mukhtar
 Umar Mukhtar  (عمرالمختار /Omar Al-Mukhtar), dilahirkan pada 1862 di kampung kecil Janzour,Daerah  Al Butnan, berhampiran Tobruk di timur Barqa (Cyrenaica) di Libya. Beliau merupakan putera kepada Mukhtar bin Umar dan Aiesha binti Muhareb. Dia berasal daripada suku Boray dan Al Manfah.

Bermula pada tahun 1912, beliau telah memimpin penentangan terhadap Itali yang menjajah Libya ketika itu. Selama hampir dua puluh  tahun dan akhirnya beliau ditangkap dan dihukum gantung pada16 September 1931.Ketika remaja ia mengamalkan tarikat Sanusiyah dan menjadi sufi. Tarikat Sanusiyah adalah tarikat yang unik. Tarekat ini tidak meninggalkan dunia akan tetapi sangat peduli pada persoalan dunia. Tarekat ini sering berperang melawan ketidakadilan. Tarekat ini juga memperkuatkan ekonomi anggotanya.

Tarikat ini diasaskan oleh Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi (bukan Muhammad Idris As Sanusi, Raja Libya yang Zalim). Tarikat ini tersebar luas sehingga ke Mesir, Sudan, Chad, Magribi, Aljazair, dan Tunisia. Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi inipun kemudian menjadi raja di Cyrenaica, salah satu wilayah di Libya (keturunannya kemudian menjadi raja di seluruh Libya di bawah Khilafah Turki Usmaniyah)

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah SWT.

Kehidupan Awal
Ketika berumur 16 tahun, bapanya meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Mekah dan telah diambil sebagai anak angkat oleh  Sharif El Gariani, anak saudara Hussein Ghariani, pemimpin politik agama di Cyrenaica. Beliau menerima pendidikan awal di masjid tempatan dan kemudian menyambung pelajaran  selama lapan tahun dalam bidang Sains Islam di Universiti Senussi, Al-Jaghbub, yang juga merupakan ibu pejabat Pergerakan Senussi.
 Kerana kewibawaan, kepimpinan dan kecemerlangannya dalam segala bidang, dia memperoleh pengiktirafan yang tinggi daripada syeikh dan pemimpin Sanusi. Pada tahun 1897, dia telah dilantik oleh Sidi Al Mahdi sebagai Syeikh Zaywat AlíAqour.  Pada tahun 1899, beliau telah dihantar dengan rakan seperjuangan  untuk membantu Rabih az-Zubayr menentang Perancis di Chad.

Perjuangan

Pada bulan Oktober tahun 1911, semasa Perang Itali-Turki, tentera laut Itali di bawah pimpinan Admiral Luigi Faravelli sampai ke pantai Libya dan menjadikan  wilayah itu untuk mengawal Turki Uthmaniyyah. Laksamana itu menuntut agar pentadbiran Turki dan garrison menyerahkan wilayah itu kepada Itali atau Tripoli  menanggung kemusnahan serta-merta.

 Turki dan sekutunya, Libya mereka berundur ke kawasan luar bandar dan bukan menyerahkan. Itali mengebom Tripoli, selama tiga hari tiga malam, kemudiannya mengarahkan rakyat Tripoli tunduk kepada Kuasa Itali.  Pada awal penjajahan itu, tentera Itali memberi tumpuan kepada bandar-bandar di tepi pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna.
Akibat kebencian dan kemarahan yang meluap-luap, rakyat Libya segera bangkit mempertahankan tanah air mereka. Umar Al Mukhtar diarahkan oleh Sidi Idris As-Sanusi mengetuai pertempuran. Beliau mengatur strategi dengan membentuk satu pasukan tentera yang digelar tentera Mujahidin dengan bersumberkan cukai yang meliputi cukai binatang ternakan dan bijirin. Rakyat Libya membantu pasukan Mujahidin dengan makanan, tentera dan bekalan senjata. Ini menandakan permulaan satu siri peperangan antara kuasa-kuasa penjajah Itali dan penentangan bersenjata rakyat tempatan di bawah Omar Mukhtar di Libya.

Umar Mukhtar menjadi komandan perang dan ahli strategi di kawasan kota Barga Ternyata, sebagai seorang guru Al-Quran, Mukhtar juga mahir dalam strategi dan taktik perang padang pasir. Dia tahu geografi tempatan dengan baik dan menggunakan pengetahuannya sebagai kelebihan dalam pertempuran menentang Itali, yang tidak biasa untuk perang di padang pasir. Mukhtar berulang kali memimpin kumpulan kecil, yang siap sedia dalam serangan menentang Itali. Selepas itu mereka akan berundur kembali ke padang pasir.

Pertempuran yang hebat berlangsung di Al-Hani berhampiran Tripoli  pada 23 Oktober 1911. Ar-Rmaila berhampiran Misrata, Al-Fwaihat dekat Benghazi (Mac 1912) dan Wadi Ash-Shwaer berhampiran Derna. Pertempuran-pertempuran yang lain berlaku di kampung, gunung dan padang pasir.


Pada 18 Oktber 1912 Sultan Turki menandatangani sebuah perjanjian damai yang sebenarnya menjadi tanda menyerahnya Turki kepada Itali. Sejak itu bermulalah pemerintahan kolonial Itali di Libya. Bagi banyak kaum muslimin, penyerahan Libya dari Turki kepada Itali adalah sebuah pengkhianatan terhadap kepentingan kaum muslimin. Kaum muslimin tidak boleh menerima penyerahan wilayah kerajaan Islam kepada orang-orang kafir.

Perjanjian itu dianggap angin lalu oleh rakyat Libya. Mereka tetap melanjutkan perang jihad melawan Itali. Di beberapa wilayah mereka juga dibantu oleh tentera Turki yang tidak mematuhi perintah dari Jenderal Turki di pusat Kekhalifahan, Istanbul.

Dimulai dari beberapa ribu pasukan kecil sahaja, pasukan Umar Mukhtar bertambah dan terus bertambah saja sehingga mencapai 6000 orang. Umar Mukhtar juga membentuk pasukan elit yang sangat sedikit anggotanya kerana harus melalui pemilihan yang teramat ketat. Pasukan ini mirip Brigade Izzuddin Al Qassam milik HAMAS di Palestin. Pasukan elit yang kecil ini mempunyai mobiliti yang tinggi, mempunyai kemahiran perang yang tinggi dan mereka adalah orang-orang yang paling berani mati (Syahid).
.
Pengikut Mukhtar mahir menyerang kota kara, menyerang hendap tentera, dan memotong talian bekalan dan komunikasi. Tentera Itali yang berada di sanal hairan dan malu dengan taktik gerila beliau.
Seluruh pasukan Umar Mukhtar biasanya menyerang pos-pos hadapan di banteng pertahanan Itali. Mereka juga menyerang hendap tentera-tentera Itali di mana-mana saja Apabila ada konvoi yang membekalkan logistik (makanan dan persenjataan), mereka juga sering menggagalkan penghantaran bekalan tersebut serta merampas bekalan logistic tersebut untuk dijadikan rampasan perang.

Mereka juga memutus kabel-kabel telegraf dan menyerang pos-pos komunikasi. Operasi-Operasi pasukan Umar Mukhtar sering berjaya. Perang jihad ini bergolak dari kota Zwara di bagian Barat Libya sehinggai ke kota Salloum di bahagian Timur Libya.

Perang Libya-Itali adalah seumpama Perang Daud melawan Goliath. Itali mempunyai jumlah pasukan yang jauh lebih banyak, kereta kebal tercanggih pada masa itu, dan pesawat-pesawat tempur. Mujahidin Libya hanya mempunyai senapang usang dan kuda-kuda. Tetapi, Mujahidin memiliki keberanian yang tiada tara dan keinginan kuat untuk memerdekakan negeri dari penjajahan.

Dalam beberapa pertempuran nisbah pasukan Libya dan Itali sering 1:50-100. Tetapi Itali sering kalah kerana pasukannya pengecut! Mereka sering lari tunggang langgang menghadapi Mujahidin Libya yang berperang dengan pekik, “Allahu Akbar”. Salah satu daripada pertempuran hebat yang berlaku di Ghertabiya berhampiran Sirt (April 1915) telah menyebabkan beribu-ribu tentera Itali terkorban.

Kerana pengkhianatan salah seorang pasukannya, Umar Mukhtar tertangkap pada tahun 1921. Tetapi kerana kemahiran berdiplomasi dalam bahasa Inggeris, Umar Mukhtarpun cepat dibebaskan oleh tentera Itali.
Pada tahun 1922, Itali mula tertakluk di bawah undang-undang fasis. Semua perjanjian yang telah ditandatangani dengan Sidi Idris As-Sanusi telah digantung dan polisi yang menindas dan zalim telah dikenakan terhadap Libya. As-Sanusi terbang ke Mesir pada tahun 1923 meninggalkan Umar Mukhtar yang bertanggungjawab untuk penentangan secara habis-habisan dalam keadaan serba kekurangan.

Pada awal tahun 1923 tentera Itali menduduki dan menyerang kota Benghazi. Kota Benghazi adalah pusat kegiatan tarekat Sanusiyah. Benghazi dahulu adalah ibu kota kerajaan Cyrenaica di bawah pimpinan Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi, pengasas tarekat Sanusi.
Kerana Itali semakin sombong dan kurang ajar, Umar Mukhtar mengangkat senjata lagi dan memimpin lagi pasukannya yang dulu. Pasukan Umar Mukhtarpun kembali meraih kemenangan-kemenangan seperti dulu. Tentera Itali semakin kalang kabut. Mereka menangkapi laki- laki, perempuan, dan anak-anak. Mereka memasukkannya ke kem-kem tahanan seperti milik Nazi. Ini tidak menghairankan, mereka sama-sama berfahaman fasis dan rasis. Kem-kem tahanan ini terletaj di tempat terpencil, jauh dari perkampungan-perkampungan rakyat Libya.
Tujuan kem-kem ini selain untuk melakukan pembunuhan, ada juga dua hal lain lagi, iaitu menyekat bantuan moral kepada Mujahidin dan yang lebih penting menyekat bantuan ekonomi kepada Mujahidin pimpinan Umar Mukhtar.

Sejak tahun 1921 Libya diperintah oleh Gubernor Jeneral Giuseppe Volvi, seorang ahli perniagaan yang beralih menjadi ahli  politik. Volvi mendeklarasikan bahawa ia akan “memperjuangkan hak- hak Itali dengan darah”. Lima belas ribu pasukan Itali pun disebar ke kampung-kampung untuk membunuhi penduduk awam. Angkatan Udara Itali pun menyerang penduduk-penduduk awam di perkampungan- perkampungan.

Ketua operasi ketenteraan ini adalah Pietro Badoglio dan Rudolfo Grasiani. Graziani terkenal sejak tahun 1915 dengan gelaran “Si Tukang Jagal”. Graziani tidak mengecualikan seorang pun dari pendukung-pendukung Umar Mukhtar yang tertangkap. Semuanya dibunuh dengan kejam. Bahkan rakyat yang tidak tahu apa-apa dan yang belum tentu menyokong Umar Mukhtar juga dibunuh. Selain menyerang kampung-kampung dengan pesawat, Grasiani juga membakar dan memusnahkan kampung-kampung dengan para penduduk di dalamnya! Sungguh pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam.
 Ghebel Akhdar
Pada tahun 1924, di pergunungan Ghebel Akhdar / Jabal Akhdar ("Gunung Hijau") , Gabenor Itali, Ernesto Bombelli membuat satu daya kaunter kepada gerila yang mengakibatkan kekalahan yang teruk kepada pasukan pemberontak pada bulan April 1925. Mukhtar kemudian dengan cepat mengubah taktik dan mengharapkan mendapat bantuan yang berterusan dari Mesir. Pada bulan Mac, 1927, walaupun usaha Giarabub dari bulan Februari 1926 dan peraturan semakin ketat di bawah Gabenor Attilio Teruzzi, Mukhtar mengejutkan tentera Itali di Raheiba. Antara 1927 dan 1928, Mukhtar sepenuhnya menyusun semula angkatan Senusite, yang sentiasa diburu oleh orang-orang Itali. Malah Teruzzi mengiktiraf kualiti Omar Mukhtar sebagai "ketabahan yang luar biasa dan kuasa yang kuat.”

Pietro Badoglio, Gabenor Libya dari Januari tahun 1929, selepas rundingan menyeluruh berkompromi dengan Mukhtar (yang digambarkan oleh orang-orang Itali sebagai permohonan lengkap) selaras Itali-Senusite sebelumnya. Pada akhir bulan Oktober, 1929, Mukhtar mengecam kompromi dan menubuhkan kembali pasukan pemberontak yang memberi tentangan kepada  kuasa-kuasa Libya, membentuk pasukan untuk konfrontasi muktamad dengan Jenderal Rodolfo.

Grasiani telah memencilkan Libya sepenuhnya dan menghalang sebarang hubungan secara langsung atau tidak langsung antara Mujahidin Libya dengan jiran-jiran mereka yang selama ini membekalkan mereka dengan senjata dan maklumat. Grasiani telah membina tembok berwayar yang panjangnya sejauh 300km, tingginya 2 meter dan 3 meter lebar, bermula dari Pelabuhan Bardiyat yang terletak di utara Libya hingga ke Al-Jaghoub di Tenggara Libya, Perancangan beliau yang kedua ialah membina kem tahanan berpuusat di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq dan Al-Abiyar.

Pada penghujung November 1929, semua rakyat Libya tinggal di khemah di Al-Jabar Al-Akdar, Mortaf-Aat Al-Thahair, dari Utara Beneena hingga ke Ash- Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera hingga ke selatan padang pasir Balt Abdul-Hafeeth. Semua penduduk daripada mana-mana kabilah, dipaksa meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk sama-sama tinggal di kem tahanan berpusat. Kehidupan yang sangat menyedihkan di dalam kem tahanan seperti kelaparan dan berpenyakit telah menyebabkan beribu-ribu rakyat Libya menemui ajal mereka. Mereka yang dipercayai membantu pasukan Mujahidin telah digantung dan ditembak. Lebih 100,000 orang telah dipaksa ke kem tahanan di kawasan Baraqa. Daripada jumlah itu hanya 35,000 orang yang berjaya meneruskan kehidupan.
Roodolfo Graziani
  Roodolfo Graziani juga mengetuai kempen ketenteraan dengan menawan kumpulan Oasis Al Kufra, yang merupakan tulang belakang penentang. Di luar kem iaitu di kawasan pergunungan, pasukan Mujahidin kembali berjuang menentang pendudukan Itali. Umar Mukhtar tetap teguh dengan pendiriannya. Beliau sekali-kali tidak akan menyerah atau berputus asa. Beliau meningkatkan penentangan di Gunung Akhdar. Suku kaum dari daerah yang berhampiran turut menyertai beliau dalam perjuangannya.

Tetapi pada tahun 1931, pihak Mujahidin kehabisan bekalan makanan, maklumat dan bekalan senjata. Umar Mukhtar yang pada ketika itu telah berumur 70 tahun telah jatuh sakit beberapa kali. Ramai pengikutnya meminta beliau menggantung senjata dan meninggalkan negara tersebut. Beliau begitu marah apabila dinasihatkan meninggalkan perjuangannya selama ini dek kerana usianya yang sudah lanjut. Tetapi dengan semangat yang teguh beliau terus meneruskan perjuangan membebaskan negaranya. Atas dasar itu beliau telah digelar "Singa Padang Pasir".

Pihak Itali yang menyangka bahawa Umar Mukhtar boleh dibeli telah menawarkan beliau elaun sebanyak 50,000 lira Itali sebagai pertukaran untuk beliau menandatangani perjanjian perdamaian. Namun beliau enggan dengan berkata bahawa pendiriannya tetap teguh dan jitu. "Kita mempunyai sunnah Nabi Muhammad yang boleh membimbing kita dalam jihad kita," kata beliau memberikan kata-kata semangat kepada pengikut-pengikutnya.

Perang berlangsung sangat panjang, 8 tahun. Dari tahun 1923 sampai tahun 1931. Selama perang yang dipimpin Umar Mukhtar, Itali mederita kerugian yang amat besar. Tentera Italipun kalah perang di mana-mana. Moral mereka jatuh. Mereka menjadi malas berperang.
Benito Mussolini
Dengan persetujuan penuh daripada Badoglio, Emilio De Bono (menteri-negara jajahan), dan Benito Mussolini, memulakan satu rancangan untuk membuat halangan kepada Cyrenian. Beratus ribu penduduk Gebel dipindahkan ke kem-kem tahanan di pantai dan sempadan Libya-Mesir dari pantai di Giarabub akan ditutup, menghalang sebarang bantuan asing kepada pejuang dan menafikan mereka sokongan dari penduduk asli. Langkah-langkah ini, dimulakan dimulakan pada tahun 1931. Para pemberontak itu tidak mendapat bantuan. Benito Musollini Diktator  Fasis di Itali menghantar 400 000 pasukan tenteranya ke Libya. Perang menjadi sangat tidak seimbang. Pasukan Umar Mukhtar paling banyak hanya 10.000 orang.  Itali juga membuat intipan udara, dan memburu di kawasan padang pasir dan pergunungan berdasarkan maklumat risikan atau pemberi maklumat tempatan. Mukhtar terus berjuang walaupun kesusahan dan risiko yang meningkat.

Dalam usaha memerangkap Mukhtar dan orang-orangnya yang terperangkap di Gunung Akhdar, kerajaan Itali telah mengarahkan sempadan Mesir, Chad dan Sudan ditutup. Peristiwa ini dipanggil Italy Holocaust di Libya. Pada 11 September 1931, dalam satu misi pengintipan tentera Itali, selepas satu pertempuran yang sengit, Umar Mukhtar dan pasukannya telah diserang dan ditangkap. Kira-kira 40 orang pengikutnya telah terbunuh. Hanya beliau yang terselamat dan telah diserahkan kepada Komandan tentera Itali. Umar Mukhtar telah ditawarkan pengampunan dalam usaha menukar pendirian beliau dan pengikut-pengikutnya agar menghentikan perjuangan. Tetapi tawaran itu telah ditolak oleh Umar Mukhtar dengan tegas. Beliau lebih bersedia untuk menghadapi perbicaraan yang berkemungkinan dijatuhkan hukuman mati.
Musuh terakhir Mukhtar itu,Rodolfo Grasiani , telah memberi penerangan tentang pemimpin Senusite itu. 

"Berketinggian sederhana, tegap, dengan rambut, misai  dan janggut putih, Umar telah dikurniakan dengan kecerdasan pantas dan hebat.  Dia berpengetahuan dalam hal-hal agama, dan mendedahkan satu watak yang bertenaga dan terburu-buru nafsu, mementingkan diri sendiri dan tidak berkompromi. Beliau sangat kuat agama dan miskin, walaupun dia telah salah satu orang yang paling penting Senusist " Mukhtar hari ini adalah seorang lelaki yang terkenal di Libya".

Perjuangan Mukhtar, selama hampir dua puluh tahun berakhir pada 11 September 1931, apabila beliau telah cedera dalam pertempuran berhampiran Slonta, kemudian ditangkap oleh tentera yang Itali. Daya tahan beliau mempunyai kesan ke atas banduan lain, yang berkata beliau cukup bersabar. Penyiasat menyatakan bahawa Mukhtar membaca ayat-ayat keamanan dari al-Quran.
Dalam masa tiga hari, Mukhtar telah dibicarakan dan cuba disabitkan kesalahan. Pada 14 September 1931, mahkamah menjatuhkan hukuman digantung secara terbuka (ahli sejarah dan ulama telah dipersoalkan sama ada perbicaraannya adalah adil atau berat sebelah). 
Tentera Itali khuatir jika Umar Mukhtar sampai terlepas.  Ia akan memimpin perang lagi. Hal ini sudah terbukti ketika Itali melepaskan Umar Mukhtar tahun 1921. Pada tahun itu ternyata Umar Mukhtar terlepas dan memimpin perang yang menyusahkan pemerintah kolonial Itali semula. Perbicaraan itu merupakan suatu perbicaraan yang tidak adil yang hanya mengambil masa selama 75 minit. Hukuman mati yang dikenakan terhadap Umar Mukhtar telah dilaksanakan tanpa menimbangkan usianya yang telah lanjut dan tanpa mengikut undang-undang antarabangsa dan perjanjian semasa peperangan.

Apabila ditanya sama ada beliau mahu berkata apa-apa perkataan yang terakhir, Mukhtar menjawab dengan satu ayat Al-Quran: "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" ("Untuk Tuhan kami adalah kepunyaan dan kepada-Nya kita akan kembali."). Pada16  September 1931, atas arahan mahkamah Itali dan dengan harapan pemberontakan rakyat  Libya kepada Itali akan mati bersama-samanya, Mukhtar telah digantung di hadapan pengikut-pengikutnya di kem Suluq pada usia 73 tahun. Sebelum ke tali gantung, beliau sempat solat sunat 2 rakaat.

Syahid





Ketika penyangga kaki Umar Mukhtar dilepaskan. Air muka Umar Mukhtar sangat tenang. Beliaupun tersenyum manis.  Tangan Umar Mukhtar yang menggenggam erat cermin matanya, mulai mengendur genggamannya. Kendur  dan semakin kendur dan akhirnya  jatuh dan pecahlah kacamata Umar Mukhtar. Beliau menemui ajalnya. Beliau syahid di tiang gantung pemerintah kolonial Itali yang zalim.
Ratusan ribu rakyat Libya tidak dapat menahan tangisnya. Mereka sedih pemimpin mereka telah meninggal dunia. Tetapi mereka juga terharu melihatkan pemimpin mereka tersenyum menemui Illahi. Meledaklah tangisan ratusan ribu rakyat Libya yang menyaksikan hukuman gantung itu. Umar Mukhtar yang dianggap simbol pembebasan dan jihad Libya dengan segera telah dikebumikan di Ben-Ghazi. Makamnya telah dikawal dengan rapi oleh tentera Itali.

Walaupun Umar Mukhtar telah meninggalkan mereka, tetapi beliau tetap hidup di hati rakyat Libya. Umar Mukhtar menjadi simbol penentengan terhadap ketidakadilan, penindasan dan penjajahan. Bukan hanya simbol bagi rakyat Libya saja, malahan bagi seluruh kaum muslimin di mana-manapun.

Gambar Umar Mukhtar pada mata wang Libya





Khamis, 14 Julai 2011

Sejarah Bermulanya Turki Usmani

Sejarah Berdirinya Turki Usmani


 
Sejak zaman dulu disebelah barat gurun Gobi terdapat sebuah suku yang bernama Turki. Suku ini hidup secara nomad. 
 Pada saat perkembangan Islam, mereka dikalahkan oleh bangsa Tartar. Sehingga mereka pindah ke barat hingga di tepi Laut Mediterranean (kini dikenal dengan sebutan Anatolia). Di sebelah selatan daerah ini terdapat suku bangsa Arab. Mereka bersentuhan dengan masyarakat Arab yang telah beragama Islam. Dengan komunikasi tersebut mereka mulai memeluk agama Islam sekitar abad ke-9. Suku bangsa Turki tersebut ahli perang, pintar berdiplomasi, dan akhirnya dengan waktu yang singkat menjadi sebuah kekuatan politik yang besar.

Bangsa Turki terbagi dalam berbagai suku. Diantara suku-suku tersebut, terdapat sebuah suku yang bernama suku Oghuz. Suku ini terbagi menjadi 24 sub-suku. Dari salah satu sub-suku tersebut lahirlah sultan pertama dinasti Turki Usmani, yakni Usman. Pada saat bangsa Mongol dan Kristian ingin memberantas Islam, bangsa Turki muncul sebagai pelindung Islam, bahkan mereka membawa panji-panji Islam hingga ke tengah-tengah daratan Eropa.

Pada abad ke-13 M saat Gangis Khan mengusir orang-orang Turki dari Khurasan (Iran) dan sekitarnya, Sulaiman Syah (datuk kepada Usman) bersama pengikutnya kemudian bermukim di Asia Kecil. Sulaiman mempunyai empat orang putra, iaitu Shunkur, Gundogdur, Al-thugril , dan Dun Dar. Kemudian Sulaiman Syah dan pengikutnya berpindah lagi ke Syam (Asia kecil). Dalam perjalanan menuju Syam tersebut Sulaiman Syah meninggal karena tenggelam di Sungai Eufrat. Kerana kecelakaan tersebut rombongan itu terpecah menjadi dua. Sebagian kembali ke daerah asalnya yang dipimpin oleh dua putra Sulaiman yang pertama. Sementara rombongan yang kedua, yang di dalamnya terdapat dua putra Sulaiman yang terakhir, melanjutkan perjalanan ke Syam. Rombongan yang melanjutkan perjalanan ini dipimpin oleh Al-Thugril. Akhirnya mereka berjaya mendekati Sultan Saljuk yang bernama Sultan Alauddin II di Kunia.


 
Ketika Saljuk diserang Byzantium, Al-Thugril membantu Sultan Alauddin II sehingga berjaya mematahkan serangan Byzantium. Sebagai membalas jasa, Sultan Aluuddin memberikan daerah Iski Shahr dan sekitarnya (wilayah yang bersempadan dengan Byzantium) kepada Al-thugril. Mereka terus membina wilayah tersebut dan akhirnya memilih Syukud sebagai ibukota. 
Disanalah lahir putranya yang pertama iaitu Usman. Pada 1258 M Al-Thugril meninggal dunia. Selanjutnya Usman mengistiharkan dirinya sebagai Sultan, Maka berdirilah Dinasti Turki Usmani. Usman memindahkan Ibu kota ke Yeniy. Pada 1300 M Sultan Alaudin meninggal, maka Usman mengumumkan diri sebagai Sultan yang berdaulat penuh, ia mengkempenkan dirinya dengan mencetak mata wang dan pembacaan khutbah atas nama dirinya. Kekuatan militer yang dimiliki oleh Usman menjadi banteng pertahanan bagi kerajaan-kerajaan kecil dari serangan Mongol. Dengan demikian secara tidak langsung mereka mengakui Usman sebagai penguasa tertinggi.

Masa Pemerintahan Turki Usmani

a. Masa Pemerintahan Usman I (1290 – 1326 M)

Al-thugril meninggal dunia tahun 1289 M. Kepemimpinan dilanjutkan oleh puteranya, Usman. Putera Al-Thugril inilah yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Usmani. Sebagaimana ayahnya, ia banyak berjasa kepada Sultan Alauddin II dengan kejayaanya menguasaii kota-kota Bizantium yang berdekatan dengan kota Broessa. Pada tahun 1300 M, bangsa Mongol menyerang kerajaan Saljuk dan Sultan Alauddin terbunuh. Kerajaan Saljuk Rum ini kemudian terpecah-pecah dalam beberapa kerajaan kecil. Usman pun menyatakan kemerdekaan dan berkuasa penuh atas daerah yang didudukinya. Sejak itulah kerajaan Usmani bermula. Penguasa pertamanya adalah Usman yang sering disebut juga Usman I.



Setelah Usman I mengumumkan dirinya sebagai Padisyah Al-Usman (raja besar keluarga Usman) tahun 699 H (1300M) setapak demi setapak wilayah kerajaan dapat diperluasnya. Ia menyerang daerah perbatasan Byzantium dan menaklukkan kota Broessa tahun 1317 M, kemudian pada tahun 1326 M dijadikan sebagai ibu kota kerajaan.

b. Masa Pemerintahan Orkhan (726 H/1326M¬ – 761 H/1359M)


Pada masa pemerintahan Orkhan, Kerajaan Turki Usmani ini dapat menaklukkan Azmir (Smirna) tahun 1327 M, Thawasyanli (1330M), Uskandar (1338M), Ankara (1354M), dan Gallipoli (1356M). Daerah ini adalah bagian benua Eropah yang pertamakali diduduki kerajaan Usmani.
Faktor penting yang mendukung keberhasilan ekspansi adalah keberanian, keterampilan, ketangguhan dan kekuatan ketenteraanya yang sanggup bertempur pada bila-bila masa dan di mana saja.

Untuk pertama kali, kekuatan tentera kerajaan ini mulai diorganisasi dengan baik dan teratur ketika terjadi hubungan senjata dengan Eropah. Ketika itu, pasukan tempur yang besar sudah terorganisasi. Pengorganisasian yang baik, taktik dan strategi tempur ketenteraan Usmani berlangsung tanpa tentangan bererti. Namun, tidak lama setelah kemenangan tercapai, kekuatan militer yang besar ini dilanda kekeruhan. Kesedaran prajuritnya menurun. Mereka merasa dirinya sebagai pemimpin-pemimpin yang berhak menerima gaji. Akan tetapi keadaan tersebut segera dapat diatasi oleh Orkhan dengan cara mengadakan rombakan besar-besaran dalam ketenteraan.

Pembaruan dalam pembentukan organisasi tentera oleh Orkhan, tidak hanya dalam bentuk mutasi, pemimpin, tetapi juga diadakan rombakan dalam keanggotaan. Bangsa-bangsa non-Turki dimasukkan sebagai anggota, bahkan anak-anak Kristian yang masih kecil diasramakan dan dibimbing dalam suasana Islam untuk dijadikan prajurit. Program ini ternyata berjaya dengan terbentuknya kelompok tentera baru yang disebut pasukan Jenissari atau Inkisyariah. Pasukan inilah yang mengubah negara Usmani menjadi mesin perang yang paling kuat, dan memberikan dorongan yang amat besar dalam penaklukkan negeri-negeri non muslim.

Di samping Jenissari, ada lagi prajurit dari tentara kaum feudal yang dikirim kepada pemerintah pusat. Pasukan ini disebut tentara atau kumpulan tentera Thaujiah. Angkatan laut pun dibenihi, kerana ia mempunyai peranan yang besar dalam perjalanan Turki Usmani.

c. Masa Pemerintahan Murad I (761 H/1359 M –789 H/1389 M)

Ketika Murad I, pengganti Orkhan, berkuasa, selain memantapkan keamanan dalam negeri, ia melakukan perluasan daerah ke Benua Eropah. Ia dapat menaklukkan Adrianopel (yang kemudian dijadikannya sebagai ibu kota kerajaan yang baru), Macedonia, Sopia, Salonia, dan seluruh wilayah bahagian utara Yunani. Merasa cemas terhadap kemajuan ekspansi kerajaan ini ke Eropah, Paus mengobarkan semangat perang. Sejumlah besar pasukan sekutu Eropah disiapkan untuk menyerang Turki Usmani. Pasukan ini dipimpin oleh Sijisman, Raja Hongaria (Hungary).

d. Masa Pemerintahan Bayazid I (1389 - 1403 M)
 
Sultan Bayazid I, pengganti Murad I, dapat menghancurkan pasukan sekutu Kristian Eropa tersebut. Peristiwa ini merupakan catatan sejarah yang amat gemilang bagi umat Islam.

Ekspansi kerajaan Usmani telah terhenti beberapa lama. Ketika ekspansi diarahkan ke Constantinopel, tentara Mongol yang dipimpin Timur Lenk melakukan serangan ke Asia Kecil. Pertempuran hebat terjadi di Ankara tahun 1402 M. Tentara Turki Usmani mengalami kekalahan. Bayazid bersama puteranya Musa tertawan dan wafat dalam tawanan tahun 1403 M.

e. Masa Pemerintahan Muhammad I (1403 -1421 M)



 Kekalahan Bayazid di Ankara membawa akibat buruk bagi Turki Usmani. Penguasa-penguasa Saljuk di Asia Kecil melepaskan diri dari genggaman Turki Usmani. Wilayah-wilayah Serbia dan Bulgaria juga mengistiharkan kemerdekaan. Dalam pada itu putera-putera Bayazid saling berebut kekuasaan.

Suasana buruk ini berakhir setelah Sultan Muhammad I dapat mengatasinya. Sultan Muhammad berusaha keras menyatukan negaranya dan mengembalikan kekuatan dan kekuasaan seperti sediakala.

Setelah Timur Lenk meninggal dunia tahun 1405 M, kesultanan Mongol dipecah dan dibagi-bagi kepada putera-puteranya satu sama lain saling berselisih. Keadaan ini dimanfaatkan oleh penguasa Turki Usmani untuk melepaskan diri dari kekuasaan Mongol. Namun, pada saat seperti itu juga terjadi perselisihan antara putera-putera Bayazid (Muhammad, Isa, dan Sulaiman).

f. Masa Pemerintahan Murad II (1421 – 1451 M)


Setelah sepuluh tahun perebutan kekuasaan tedadi, akhirnya Muhammad berhasil mengalahkan saudara-saudaranya. Usaha Muhammad yang pertama kali ialah mengadakan perbaikan-perbaikan dan meletakkan dasar-dasar keamanan dalam negeri.

Usahanya ini diteruskan oleh Murad II, sehingga Turki Usmani mencapai puncak kemajuannya pada masa Muhammad II atau lebih terkenal sebutan Muhammad al-Fatih.

g. Masa Pemerintahan Muhammad al-Fatih (1451 – 1484 M)

 
Sultan Muhammad al-Fatih dapat mengalahkan Byzantium dan menaklukkan Konstantinopel tahun 1453 M. Dengan terbukanya Konstantinopel sebagai benteng pertahanan terkuat Kerajaan Byzantium, lebih mudahlah arus ekspansi Turki Usmani ke Benua Eropa.

h. Masa Pemerintahan Salim I (1512 – 1520 M)



Ketika Sultan Salim I naik tahta, ia mengalihkan perhatian ke arah timur dengan menaklukkan Persi, Syria dan dinasti Mamluk di Mesir.

i. Masa Pemerintahan Sulaiman al-Qanuni (1520 – 1566 M)

Usaha Sultan Salim I ini dikembangkan oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Ia tidak mengarahkan ekspansinya ke salah satu arah timur atau barat, tetapi seluruh wilayah yang berada di sekitar Turki Usmani merupakan objek yang menggoda hatinya. Sulaiman berhasil menundukkan Iraq, Belgrade, Pulau Rodhes, Tunis, Budapest, dan Yaman. Dengan demikian, luas wilayah Turki usmani pada masa Sultan Sulaiman al-Qanuni mencakup Asia Kecil, Armenia, Irak, Siria, Hejaz, dan Yaman di Asia; Mesir, Libia, Tunis, dan Aljazair di Afrika; Bulgaria, Yunani, Yugoslavia, Albania, Hongaria, dan Rumania di Eropah.

Pada abad ke-16 angkatan laut Turki Usmani mencapai puncak kejayaannya. Kekuatan tentera Turki Usmani yang gagah itu dengan cepat dapat menguasai wilayah yang amat luas, baik di Asia, Afrika, maupun Eropah. Faktor utama yang mendorong kemajuan di lapangan kemiliteran ini ialah tabiat bangsa Turki itu sendiri yang bersifat tentera, berdisiplin,dan patuh terhadap peraturan.Tabiat ini merupakan tabiat semulajadi yang mereka warisi dari nenek moyangnya di Asia Tengah.

Kejayaan ekspansi tersebut dikuatkan pula dengan terciptanya jaringan pemerintahan yang teratur. Dalam mengelola wilayah yang luas, sultan-sultan Turki Usmani sentiasa bertindak tegas. Dalam struktur pemerintahan, sultan sebagai penguasa tertinggi, dibantu oleh shadr al-A’zham (perdana menteri), diikuti Pasya (gubernur). Gubernur mengepalai daerah tingkat I. Di bawahnya terdapat beberapa orang al-zanaziq atau al-’alawiyah (bupati).

Untuk mengatur urusan pemerintahan negara, di masa Sultan Sulaiman I disusun sebuah kitab undang-undang (qanun). Kitab tersebut diberi nama Multaqa al-Abhur, yang menjadi undang-undang bagi kerajaan Turki Usmani sehingga datangnya reformasi pada abad ke-19. Kerana jasa Sultan Sulaiman I yang amat berharga ini, di ujung namanya ditambah gelar al-Qanuni.

Pada masa Sulaiman ini di kota-kota besar dan kota-kota lainnya banyak dibina masjid, sekolah, hospital, gedung, makam, jambatan, saluran air, villa, dan pemandian umum. Disebutkan bahawa buah dari bangunan itu dibangun di bawah kelolaan Sinan,seorang arkitek asal Anatolia.

Sebagai bangsa yang berdarah pejuang, Turki Usmani lebih banyak memfokuskan kegiatan mereka dalam bidang ketenteraan, sementara dalam bidang ilmu pengetahuan, mereka kelihatan tidak begitu menonjol.




 Bangsa Turki juga banyak mempengaruhi dalam pengembangan seni arkitektur Islam berupa bangunan-bangunan masjid yang indah, seperti Masjid Al-Muhammadi atau Masjid Jami’ Sultan Muhammad Al-fatih, Masjid Agung Sulaiman dan Masjid Abi Ayyub al-Anshari. Masjid-masjid tersebut dihiasi pula dengan kaligrafi yang indah. Salah satu mesjid yang terkenal dengan keindahan kaligrafinya adalah masjid yang asalnya gereja Aya Sopia. Hiasan kaligrafi itu, dijadikan penutup gambar-gambar Kristiani yang ada sebelumnya.



Pada masa Turki Usmani tarikat mengalami kemajuan. Tarikat yang paling berkembang ialah tarikat Bektasyi dan Tarikat Maulawi. Kedua tarikat ini banyak dianut oleh kalangan sivil dan tentera.

Di pihak lain, kajian-kajian ilmu keagamaan, Asy’ariyah mendapatkan tempatnya. Selain itu para ulama banyak menulis buku dalam bentuk syarah (penjelasan) dan hasyiyah (semacam catatan) terhadap karya-karya masa silam (klasik).

j. Masa Pemerintahan Salim II (1566 – 1573 M)

Setelah Sultan Sulaiman al-Qanuni meninggak dunia (1566 M), kerajaan Turki Usmani mulai memasuki fasa kemundurannya. Akan tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang sangat besar dan kuat, kemunduran itu tidak langsung terlihat. Sultan Sulaiman al-Qanuni diganti oleh Salim II. Di masa pemerintahannya terjadi pertempuran antara armada laut Kerajaan Usmani dengan armada laut Kristian yang terdiri dari angkatan laut Sepanyol, angkatan laut Bundukia, angkatan laut Sri Paus, dan sebahagian kapal para pederi Malta yang dipimpin Don Juan dari Sepanyol. Pertempuran itu terjadi di Selat Liponto (Yunani). Dalam pertempuran ini Turki Usmani mengalami kekalahan yang mengakibatkan Tunisia dapat direbut oleh musuh. Baru pada masa Sultan berikutnya, Sultan Murad III, pada tahun 1575 M Tunisia dapat direbut kembali.

k. Masa Pemerintahan Murad III (1574 – 1595 M)

Sultan Murad III berkeperibadian buruk dan suka memperturutkan hawa nafsunya, namun Kerajaan Usmani pada masanya berhasil menyerbu Kaukasus dan menguasai Tiflis di Laut Hitam (1577 M), merampas kembali Tabnz, ibu kota Safawi, menundukkan Georgia, mencampuri urusan dalam negeri Poland, dan mengalahkan Gabenor Bosnia pada tahun 1593 M. Namun kehidupan moral Sultan yang buruk menyebabkan timbulnya kekacauan dalam negeri.

l. Masa Pemerintahan Muhammad III (1595 – 1603 M)


Kekacauan semakin menjadi-jadi dengan tampilnya Sultan Muhammad III yang membunuh semua saudara laki-lakinya berjumlah 19 orang dan menenggelamkan janda-janda ayahnya sejumlah 10 orang demi kepentingan pribadi. Dalam situasi yang kurang baik itu, Austria berhasil mengalahkan Kerajaan Usmani.

m. Masa Pemerintahan Ahmad I (1603 – 1617 M)

 Sultan Ahmad I sempat bangkit untuk memperbaiki situasi dalam negeri, tetapi kejayaan Kerajaan Usmani di mata bangsa-bangsa Eropah sudah mulai memudar.

n. Masa Pemerintahan Mustafa I (1617 – 1623 M) dan Usman II (1618 – 1622 M)




Sesudah Sultan Ahmad I, situasi semakin memburuk dengan naiknya Mustafa I (masa pemerintahannya yang pertama (1617-1618 M) dan kedua, (1622-1623 M). Kerana gelodak politik dalam negeri tidak dapat diatasinya, Syaikh al-Islam mengeluarkan fatwa agar ia turun dari tahta dan diganti oleh Usman II. Namun yang tersebut terakhir ini juga tidak mampu memperbaiki keadaan. Dalam situasi demikian bangsa Persi bangkit menentang dan merebut wilayahnya kembali. Kerajaan Usmani sendiri tidak mampu berbuat apa-apa dan terpaksa melepaskan wilayah Persi tersebut.

o. Masa Pemerintahan Murad IV (1623 – 1640 M)

Langkah-langkah perbaikan kerajaan mulai diusahakan oleh Sultan Murad IV. Pertama sekali ia cuba menyusun dan menertibkan pemerintahan. Pasukan Jenissari’ yang pernah menumbangkan Usman II dapat dikuasainya. Akan tetapi, masa pemerintahannya berakhir sebelum ia berhasil menjernihkan situasi negara secara keseluruhan.

p. Masa Pemerintahan Ibrahim (1640 – 1648 M)

Situasi politik yang sudah mulai membaik itu kembali merosot pada masa pemerintahan Ibrahim, karena ia termasuk orang yang lemah. Pada masanya ini orang-orang Venice melakukan peperangan laut melawan dan berjaya mengusir orang-orang Turki Usmani dari Cyprus dan Crate tahun 1645 M. Kekalahan itu membawa Muhammad Koprulu (berasal dari Kopru dekat Amasia di Asia Kecil) ke kedudukan sebagai wazir atau shadr al-a’zham (perdana menteri) yang diberi kekuasaan absolut. Ia berhasil mengembalikan peraturan dan mengkonsolidasikan stabilitas kewangan negara. Setelah Koprulu meninggal (1661 M), jabatannya dipegang oleh anaknya, Ibrahim.

Ibrahim menyangka bahwa kekuatan tenteranya sudah pulih sama sekali. Kerana itu, ia menyerbu Hongaria (Hungary) dan mengancam Vienna. Namun, perhitungan Ibrahim meleset, ia kalah dalam pertempuran itu secara berturut-turut. Pada masa-masa selanjutnya wilayah Turki Usmani yang luas itu sedikit demi sedikit terlepas dari kekuasaannya, direbut oleh negara-negara Eropah yang baru mula bangun.

Pada tahun 1699M terjadi “Perjanjian Karlowith” yang memaksa Sultan untuk menyerahkan seluruh Hongaria, sebagian besar Slovenia dan Croasia kepada Hapsburg; dan Hemenietz, Padolia, Ukraina, Morea, dan sebagian Dalmatia kepada orang-orang Venetia.

q. Masa Pemerintahan Mustafa III (1757 – 1774 M)



  Pada tahun 1770M, tentara Rusia mengalahkan armada kerajaan Usmani di sepanjang pantai Asia Kecil. Akan tetapi, tentara Rusia ini dapat dikalahkan kembali oleh Sultan Mustafa III yang segera dapat memulihkan kekuatannya.


r. Masa Pemerintahan Abd al-Hamid (1774 – 1789 M)

Sultan Mustafa III diganti oleh saudaranya, Sultan Abd al-Hamid, seorang yang lemah. Tidak lama setelah naik tahta, di Kutchuk Kinarja ia mengadakan perjanjian yang dinamakan “Perjanjian Kinarja” dengan Catherine II dari Rusia. Isi perjanjian itu antara lain :

• Kerajaan Usmani harus menyerahkan benteng-benteng yang berada di Laut Hitam kepada Rusia dan memberi izin kepada armada Rusia untuk melintasi selat yang menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Putih.

• Kerajaan Usmani mengakui kemerdekaan Kirman (Crimea).

Demikianlah proses kemunduran yang terjadi di Kerajaan Usmani selama dua abad lebih setelah ditinggal Sultan Sulaiman al-Qanuni. Satu persatu negeri-negeri di Eropha yang pernah dikuasai kerajaan ini memerdekakan diri. Bukan hanya negeri-negeri di Eropha yang memang sedang mengalami kemajuan yang memberontak terhadap kekuasaan Kerajaan Usmani, tetapi juga beberapa daerah di Timur Tengah cuba bangkit memberontak.

Di Mesir, kelemahan-kelemanan Kerajaan Usmani membuat Mamluk bangkit kembali. Di bawah kepemimpinan Ali Bey, pada tahun 1770 M, Mamluk kembali berkuasa di Mesir, sehingga datangnya Napoleon Bonaparte dari Perancis tahun 1798 M.

Di Libanon dan Syria, Fakhral-Din, seorang pemimpin Dntze, berjaya menguasai Palestin, dan pada tahun 1610 M merampas Ba’albak dan mengancam Damaskus. Fakhr al-Din baru menyerah tahun 1635 M.

Di Persi, Kerajaan Safawi ketika masih jaya beberapa kali mengadakan peperangan terhadap Kerajaan Usmani dan beberapa kali pula ia keluar sebagai pemenang.

Sementara itu, di Tanah Arab bangkit kekuatan baru, iaitu antara pemimpin agama Muhammad ibn Abd al-Wahhab yang dikenal dengan gerakan Wahhabiyah dengan penguasa tempatan, Ibn Sa’ud. Mereka berjaya menguasai beberapa daerah di jazirah Arab dan sekitarnya di awal paruh kedua abad ke-18 M.

Pemberontakan-pemberontakan banyak terjadi di Kerajaan Usmani ketika sedang mengalami kemunduran. Gerakan-gerakan seperti itu terus berlanjutan hingga abad ke-19 dan ke-20 M. Kerajaan Usmani berakhir dengan berdirinya Republik Turki pada tahun 1924M.