Ahad, 17 Julai 2011

Umar Mukhtar, Singa Padang Pasir

menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Libya. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Beliau kemudiannya menjadi pejuang hebat yang menentang kafir.

Umar Mukhtar
 Umar Mukhtar  (عمرالمختار /Omar Al-Mukhtar), dilahirkan pada 1862 di kampung kecil Janzour,Daerah  Al Butnan, berhampiran Tobruk di timur Barqa (Cyrenaica) di Libya. Beliau merupakan putera kepada Mukhtar bin Umar dan Aiesha binti Muhareb. Dia berasal daripada suku Boray dan Al Manfah.

Bermula pada tahun 1912, beliau telah memimpin penentangan terhadap Itali yang menjajah Libya ketika itu. Selama hampir dua puluh  tahun dan akhirnya beliau ditangkap dan dihukum gantung pada16 September 1931.Ketika remaja ia mengamalkan tarikat Sanusiyah dan menjadi sufi. Tarikat Sanusiyah adalah tarikat yang unik. Tarekat ini tidak meninggalkan dunia akan tetapi sangat peduli pada persoalan dunia. Tarekat ini sering berperang melawan ketidakadilan. Tarekat ini juga memperkuatkan ekonomi anggotanya.

Tarikat ini diasaskan oleh Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi (bukan Muhammad Idris As Sanusi, Raja Libya yang Zalim). Tarikat ini tersebar luas sehingga ke Mesir, Sudan, Chad, Magribi, Aljazair, dan Tunisia. Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi inipun kemudian menjadi raja di Cyrenaica, salah satu wilayah di Libya (keturunannya kemudian menjadi raja di seluruh Libya di bawah Khilafah Turki Usmaniyah)

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah SWT.

Kehidupan Awal
Ketika berumur 16 tahun, bapanya meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Mekah dan telah diambil sebagai anak angkat oleh  Sharif El Gariani, anak saudara Hussein Ghariani, pemimpin politik agama di Cyrenaica. Beliau menerima pendidikan awal di masjid tempatan dan kemudian menyambung pelajaran  selama lapan tahun dalam bidang Sains Islam di Universiti Senussi, Al-Jaghbub, yang juga merupakan ibu pejabat Pergerakan Senussi.
 Kerana kewibawaan, kepimpinan dan kecemerlangannya dalam segala bidang, dia memperoleh pengiktirafan yang tinggi daripada syeikh dan pemimpin Sanusi. Pada tahun 1897, dia telah dilantik oleh Sidi Al Mahdi sebagai Syeikh Zaywat AlíAqour.  Pada tahun 1899, beliau telah dihantar dengan rakan seperjuangan  untuk membantu Rabih az-Zubayr menentang Perancis di Chad.

Perjuangan

Pada bulan Oktober tahun 1911, semasa Perang Itali-Turki, tentera laut Itali di bawah pimpinan Admiral Luigi Faravelli sampai ke pantai Libya dan menjadikan  wilayah itu untuk mengawal Turki Uthmaniyyah. Laksamana itu menuntut agar pentadbiran Turki dan garrison menyerahkan wilayah itu kepada Itali atau Tripoli  menanggung kemusnahan serta-merta.

 Turki dan sekutunya, Libya mereka berundur ke kawasan luar bandar dan bukan menyerahkan. Itali mengebom Tripoli, selama tiga hari tiga malam, kemudiannya mengarahkan rakyat Tripoli tunduk kepada Kuasa Itali.  Pada awal penjajahan itu, tentera Itali memberi tumpuan kepada bandar-bandar di tepi pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna.
Akibat kebencian dan kemarahan yang meluap-luap, rakyat Libya segera bangkit mempertahankan tanah air mereka. Umar Al Mukhtar diarahkan oleh Sidi Idris As-Sanusi mengetuai pertempuran. Beliau mengatur strategi dengan membentuk satu pasukan tentera yang digelar tentera Mujahidin dengan bersumberkan cukai yang meliputi cukai binatang ternakan dan bijirin. Rakyat Libya membantu pasukan Mujahidin dengan makanan, tentera dan bekalan senjata. Ini menandakan permulaan satu siri peperangan antara kuasa-kuasa penjajah Itali dan penentangan bersenjata rakyat tempatan di bawah Omar Mukhtar di Libya.

Umar Mukhtar menjadi komandan perang dan ahli strategi di kawasan kota Barga Ternyata, sebagai seorang guru Al-Quran, Mukhtar juga mahir dalam strategi dan taktik perang padang pasir. Dia tahu geografi tempatan dengan baik dan menggunakan pengetahuannya sebagai kelebihan dalam pertempuran menentang Itali, yang tidak biasa untuk perang di padang pasir. Mukhtar berulang kali memimpin kumpulan kecil, yang siap sedia dalam serangan menentang Itali. Selepas itu mereka akan berundur kembali ke padang pasir.

Pertempuran yang hebat berlangsung di Al-Hani berhampiran Tripoli  pada 23 Oktober 1911. Ar-Rmaila berhampiran Misrata, Al-Fwaihat dekat Benghazi (Mac 1912) dan Wadi Ash-Shwaer berhampiran Derna. Pertempuran-pertempuran yang lain berlaku di kampung, gunung dan padang pasir.


Pada 18 Oktber 1912 Sultan Turki menandatangani sebuah perjanjian damai yang sebenarnya menjadi tanda menyerahnya Turki kepada Itali. Sejak itu bermulalah pemerintahan kolonial Itali di Libya. Bagi banyak kaum muslimin, penyerahan Libya dari Turki kepada Itali adalah sebuah pengkhianatan terhadap kepentingan kaum muslimin. Kaum muslimin tidak boleh menerima penyerahan wilayah kerajaan Islam kepada orang-orang kafir.

Perjanjian itu dianggap angin lalu oleh rakyat Libya. Mereka tetap melanjutkan perang jihad melawan Itali. Di beberapa wilayah mereka juga dibantu oleh tentera Turki yang tidak mematuhi perintah dari Jenderal Turki di pusat Kekhalifahan, Istanbul.

Dimulai dari beberapa ribu pasukan kecil sahaja, pasukan Umar Mukhtar bertambah dan terus bertambah saja sehingga mencapai 6000 orang. Umar Mukhtar juga membentuk pasukan elit yang sangat sedikit anggotanya kerana harus melalui pemilihan yang teramat ketat. Pasukan ini mirip Brigade Izzuddin Al Qassam milik HAMAS di Palestin. Pasukan elit yang kecil ini mempunyai mobiliti yang tinggi, mempunyai kemahiran perang yang tinggi dan mereka adalah orang-orang yang paling berani mati (Syahid).
.
Pengikut Mukhtar mahir menyerang kota kara, menyerang hendap tentera, dan memotong talian bekalan dan komunikasi. Tentera Itali yang berada di sanal hairan dan malu dengan taktik gerila beliau.
Seluruh pasukan Umar Mukhtar biasanya menyerang pos-pos hadapan di banteng pertahanan Itali. Mereka juga menyerang hendap tentera-tentera Itali di mana-mana saja Apabila ada konvoi yang membekalkan logistik (makanan dan persenjataan), mereka juga sering menggagalkan penghantaran bekalan tersebut serta merampas bekalan logistic tersebut untuk dijadikan rampasan perang.

Mereka juga memutus kabel-kabel telegraf dan menyerang pos-pos komunikasi. Operasi-Operasi pasukan Umar Mukhtar sering berjaya. Perang jihad ini bergolak dari kota Zwara di bagian Barat Libya sehinggai ke kota Salloum di bahagian Timur Libya.

Perang Libya-Itali adalah seumpama Perang Daud melawan Goliath. Itali mempunyai jumlah pasukan yang jauh lebih banyak, kereta kebal tercanggih pada masa itu, dan pesawat-pesawat tempur. Mujahidin Libya hanya mempunyai senapang usang dan kuda-kuda. Tetapi, Mujahidin memiliki keberanian yang tiada tara dan keinginan kuat untuk memerdekakan negeri dari penjajahan.

Dalam beberapa pertempuran nisbah pasukan Libya dan Itali sering 1:50-100. Tetapi Itali sering kalah kerana pasukannya pengecut! Mereka sering lari tunggang langgang menghadapi Mujahidin Libya yang berperang dengan pekik, “Allahu Akbar”. Salah satu daripada pertempuran hebat yang berlaku di Ghertabiya berhampiran Sirt (April 1915) telah menyebabkan beribu-ribu tentera Itali terkorban.

Kerana pengkhianatan salah seorang pasukannya, Umar Mukhtar tertangkap pada tahun 1921. Tetapi kerana kemahiran berdiplomasi dalam bahasa Inggeris, Umar Mukhtarpun cepat dibebaskan oleh tentera Itali.
Pada tahun 1922, Itali mula tertakluk di bawah undang-undang fasis. Semua perjanjian yang telah ditandatangani dengan Sidi Idris As-Sanusi telah digantung dan polisi yang menindas dan zalim telah dikenakan terhadap Libya. As-Sanusi terbang ke Mesir pada tahun 1923 meninggalkan Umar Mukhtar yang bertanggungjawab untuk penentangan secara habis-habisan dalam keadaan serba kekurangan.

Pada awal tahun 1923 tentera Itali menduduki dan menyerang kota Benghazi. Kota Benghazi adalah pusat kegiatan tarekat Sanusiyah. Benghazi dahulu adalah ibu kota kerajaan Cyrenaica di bawah pimpinan Muhammad bin Ali As Sanusi Al Idrisi, pengasas tarekat Sanusi.
Kerana Itali semakin sombong dan kurang ajar, Umar Mukhtar mengangkat senjata lagi dan memimpin lagi pasukannya yang dulu. Pasukan Umar Mukhtarpun kembali meraih kemenangan-kemenangan seperti dulu. Tentera Itali semakin kalang kabut. Mereka menangkapi laki- laki, perempuan, dan anak-anak. Mereka memasukkannya ke kem-kem tahanan seperti milik Nazi. Ini tidak menghairankan, mereka sama-sama berfahaman fasis dan rasis. Kem-kem tahanan ini terletaj di tempat terpencil, jauh dari perkampungan-perkampungan rakyat Libya.
Tujuan kem-kem ini selain untuk melakukan pembunuhan, ada juga dua hal lain lagi, iaitu menyekat bantuan moral kepada Mujahidin dan yang lebih penting menyekat bantuan ekonomi kepada Mujahidin pimpinan Umar Mukhtar.

Sejak tahun 1921 Libya diperintah oleh Gubernor Jeneral Giuseppe Volvi, seorang ahli perniagaan yang beralih menjadi ahli  politik. Volvi mendeklarasikan bahawa ia akan “memperjuangkan hak- hak Itali dengan darah”. Lima belas ribu pasukan Itali pun disebar ke kampung-kampung untuk membunuhi penduduk awam. Angkatan Udara Itali pun menyerang penduduk-penduduk awam di perkampungan- perkampungan.

Ketua operasi ketenteraan ini adalah Pietro Badoglio dan Rudolfo Grasiani. Graziani terkenal sejak tahun 1915 dengan gelaran “Si Tukang Jagal”. Graziani tidak mengecualikan seorang pun dari pendukung-pendukung Umar Mukhtar yang tertangkap. Semuanya dibunuh dengan kejam. Bahkan rakyat yang tidak tahu apa-apa dan yang belum tentu menyokong Umar Mukhtar juga dibunuh. Selain menyerang kampung-kampung dengan pesawat, Grasiani juga membakar dan memusnahkan kampung-kampung dengan para penduduk di dalamnya! Sungguh pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam.
 Ghebel Akhdar
Pada tahun 1924, di pergunungan Ghebel Akhdar / Jabal Akhdar ("Gunung Hijau") , Gabenor Itali, Ernesto Bombelli membuat satu daya kaunter kepada gerila yang mengakibatkan kekalahan yang teruk kepada pasukan pemberontak pada bulan April 1925. Mukhtar kemudian dengan cepat mengubah taktik dan mengharapkan mendapat bantuan yang berterusan dari Mesir. Pada bulan Mac, 1927, walaupun usaha Giarabub dari bulan Februari 1926 dan peraturan semakin ketat di bawah Gabenor Attilio Teruzzi, Mukhtar mengejutkan tentera Itali di Raheiba. Antara 1927 dan 1928, Mukhtar sepenuhnya menyusun semula angkatan Senusite, yang sentiasa diburu oleh orang-orang Itali. Malah Teruzzi mengiktiraf kualiti Omar Mukhtar sebagai "ketabahan yang luar biasa dan kuasa yang kuat.”

Pietro Badoglio, Gabenor Libya dari Januari tahun 1929, selepas rundingan menyeluruh berkompromi dengan Mukhtar (yang digambarkan oleh orang-orang Itali sebagai permohonan lengkap) selaras Itali-Senusite sebelumnya. Pada akhir bulan Oktober, 1929, Mukhtar mengecam kompromi dan menubuhkan kembali pasukan pemberontak yang memberi tentangan kepada  kuasa-kuasa Libya, membentuk pasukan untuk konfrontasi muktamad dengan Jenderal Rodolfo.

Grasiani telah memencilkan Libya sepenuhnya dan menghalang sebarang hubungan secara langsung atau tidak langsung antara Mujahidin Libya dengan jiran-jiran mereka yang selama ini membekalkan mereka dengan senjata dan maklumat. Grasiani telah membina tembok berwayar yang panjangnya sejauh 300km, tingginya 2 meter dan 3 meter lebar, bermula dari Pelabuhan Bardiyat yang terletak di utara Libya hingga ke Al-Jaghoub di Tenggara Libya, Perancangan beliau yang kedua ialah membina kem tahanan berpuusat di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq dan Al-Abiyar.

Pada penghujung November 1929, semua rakyat Libya tinggal di khemah di Al-Jabar Al-Akdar, Mortaf-Aat Al-Thahair, dari Utara Beneena hingga ke Ash- Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera hingga ke selatan padang pasir Balt Abdul-Hafeeth. Semua penduduk daripada mana-mana kabilah, dipaksa meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk sama-sama tinggal di kem tahanan berpusat. Kehidupan yang sangat menyedihkan di dalam kem tahanan seperti kelaparan dan berpenyakit telah menyebabkan beribu-ribu rakyat Libya menemui ajal mereka. Mereka yang dipercayai membantu pasukan Mujahidin telah digantung dan ditembak. Lebih 100,000 orang telah dipaksa ke kem tahanan di kawasan Baraqa. Daripada jumlah itu hanya 35,000 orang yang berjaya meneruskan kehidupan.
Roodolfo Graziani
  Roodolfo Graziani juga mengetuai kempen ketenteraan dengan menawan kumpulan Oasis Al Kufra, yang merupakan tulang belakang penentang. Di luar kem iaitu di kawasan pergunungan, pasukan Mujahidin kembali berjuang menentang pendudukan Itali. Umar Mukhtar tetap teguh dengan pendiriannya. Beliau sekali-kali tidak akan menyerah atau berputus asa. Beliau meningkatkan penentangan di Gunung Akhdar. Suku kaum dari daerah yang berhampiran turut menyertai beliau dalam perjuangannya.

Tetapi pada tahun 1931, pihak Mujahidin kehabisan bekalan makanan, maklumat dan bekalan senjata. Umar Mukhtar yang pada ketika itu telah berumur 70 tahun telah jatuh sakit beberapa kali. Ramai pengikutnya meminta beliau menggantung senjata dan meninggalkan negara tersebut. Beliau begitu marah apabila dinasihatkan meninggalkan perjuangannya selama ini dek kerana usianya yang sudah lanjut. Tetapi dengan semangat yang teguh beliau terus meneruskan perjuangan membebaskan negaranya. Atas dasar itu beliau telah digelar "Singa Padang Pasir".

Pihak Itali yang menyangka bahawa Umar Mukhtar boleh dibeli telah menawarkan beliau elaun sebanyak 50,000 lira Itali sebagai pertukaran untuk beliau menandatangani perjanjian perdamaian. Namun beliau enggan dengan berkata bahawa pendiriannya tetap teguh dan jitu. "Kita mempunyai sunnah Nabi Muhammad yang boleh membimbing kita dalam jihad kita," kata beliau memberikan kata-kata semangat kepada pengikut-pengikutnya.

Perang berlangsung sangat panjang, 8 tahun. Dari tahun 1923 sampai tahun 1931. Selama perang yang dipimpin Umar Mukhtar, Itali mederita kerugian yang amat besar. Tentera Italipun kalah perang di mana-mana. Moral mereka jatuh. Mereka menjadi malas berperang.
Benito Mussolini
Dengan persetujuan penuh daripada Badoglio, Emilio De Bono (menteri-negara jajahan), dan Benito Mussolini, memulakan satu rancangan untuk membuat halangan kepada Cyrenian. Beratus ribu penduduk Gebel dipindahkan ke kem-kem tahanan di pantai dan sempadan Libya-Mesir dari pantai di Giarabub akan ditutup, menghalang sebarang bantuan asing kepada pejuang dan menafikan mereka sokongan dari penduduk asli. Langkah-langkah ini, dimulakan dimulakan pada tahun 1931. Para pemberontak itu tidak mendapat bantuan. Benito Musollini Diktator  Fasis di Itali menghantar 400 000 pasukan tenteranya ke Libya. Perang menjadi sangat tidak seimbang. Pasukan Umar Mukhtar paling banyak hanya 10.000 orang.  Itali juga membuat intipan udara, dan memburu di kawasan padang pasir dan pergunungan berdasarkan maklumat risikan atau pemberi maklumat tempatan. Mukhtar terus berjuang walaupun kesusahan dan risiko yang meningkat.

Dalam usaha memerangkap Mukhtar dan orang-orangnya yang terperangkap di Gunung Akhdar, kerajaan Itali telah mengarahkan sempadan Mesir, Chad dan Sudan ditutup. Peristiwa ini dipanggil Italy Holocaust di Libya. Pada 11 September 1931, dalam satu misi pengintipan tentera Itali, selepas satu pertempuran yang sengit, Umar Mukhtar dan pasukannya telah diserang dan ditangkap. Kira-kira 40 orang pengikutnya telah terbunuh. Hanya beliau yang terselamat dan telah diserahkan kepada Komandan tentera Itali. Umar Mukhtar telah ditawarkan pengampunan dalam usaha menukar pendirian beliau dan pengikut-pengikutnya agar menghentikan perjuangan. Tetapi tawaran itu telah ditolak oleh Umar Mukhtar dengan tegas. Beliau lebih bersedia untuk menghadapi perbicaraan yang berkemungkinan dijatuhkan hukuman mati.
Musuh terakhir Mukhtar itu,Rodolfo Grasiani , telah memberi penerangan tentang pemimpin Senusite itu. 

"Berketinggian sederhana, tegap, dengan rambut, misai  dan janggut putih, Umar telah dikurniakan dengan kecerdasan pantas dan hebat.  Dia berpengetahuan dalam hal-hal agama, dan mendedahkan satu watak yang bertenaga dan terburu-buru nafsu, mementingkan diri sendiri dan tidak berkompromi. Beliau sangat kuat agama dan miskin, walaupun dia telah salah satu orang yang paling penting Senusist " Mukhtar hari ini adalah seorang lelaki yang terkenal di Libya".

Perjuangan Mukhtar, selama hampir dua puluh tahun berakhir pada 11 September 1931, apabila beliau telah cedera dalam pertempuran berhampiran Slonta, kemudian ditangkap oleh tentera yang Itali. Daya tahan beliau mempunyai kesan ke atas banduan lain, yang berkata beliau cukup bersabar. Penyiasat menyatakan bahawa Mukhtar membaca ayat-ayat keamanan dari al-Quran.
Dalam masa tiga hari, Mukhtar telah dibicarakan dan cuba disabitkan kesalahan. Pada 14 September 1931, mahkamah menjatuhkan hukuman digantung secara terbuka (ahli sejarah dan ulama telah dipersoalkan sama ada perbicaraannya adalah adil atau berat sebelah). 
Tentera Itali khuatir jika Umar Mukhtar sampai terlepas.  Ia akan memimpin perang lagi. Hal ini sudah terbukti ketika Itali melepaskan Umar Mukhtar tahun 1921. Pada tahun itu ternyata Umar Mukhtar terlepas dan memimpin perang yang menyusahkan pemerintah kolonial Itali semula. Perbicaraan itu merupakan suatu perbicaraan yang tidak adil yang hanya mengambil masa selama 75 minit. Hukuman mati yang dikenakan terhadap Umar Mukhtar telah dilaksanakan tanpa menimbangkan usianya yang telah lanjut dan tanpa mengikut undang-undang antarabangsa dan perjanjian semasa peperangan.

Apabila ditanya sama ada beliau mahu berkata apa-apa perkataan yang terakhir, Mukhtar menjawab dengan satu ayat Al-Quran: "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" ("Untuk Tuhan kami adalah kepunyaan dan kepada-Nya kita akan kembali."). Pada16  September 1931, atas arahan mahkamah Itali dan dengan harapan pemberontakan rakyat  Libya kepada Itali akan mati bersama-samanya, Mukhtar telah digantung di hadapan pengikut-pengikutnya di kem Suluq pada usia 73 tahun. Sebelum ke tali gantung, beliau sempat solat sunat 2 rakaat.

Syahid





Ketika penyangga kaki Umar Mukhtar dilepaskan. Air muka Umar Mukhtar sangat tenang. Beliaupun tersenyum manis.  Tangan Umar Mukhtar yang menggenggam erat cermin matanya, mulai mengendur genggamannya. Kendur  dan semakin kendur dan akhirnya  jatuh dan pecahlah kacamata Umar Mukhtar. Beliau menemui ajalnya. Beliau syahid di tiang gantung pemerintah kolonial Itali yang zalim.
Ratusan ribu rakyat Libya tidak dapat menahan tangisnya. Mereka sedih pemimpin mereka telah meninggal dunia. Tetapi mereka juga terharu melihatkan pemimpin mereka tersenyum menemui Illahi. Meledaklah tangisan ratusan ribu rakyat Libya yang menyaksikan hukuman gantung itu. Umar Mukhtar yang dianggap simbol pembebasan dan jihad Libya dengan segera telah dikebumikan di Ben-Ghazi. Makamnya telah dikawal dengan rapi oleh tentera Itali.

Walaupun Umar Mukhtar telah meninggalkan mereka, tetapi beliau tetap hidup di hati rakyat Libya. Umar Mukhtar menjadi simbol penentengan terhadap ketidakadilan, penindasan dan penjajahan. Bukan hanya simbol bagi rakyat Libya saja, malahan bagi seluruh kaum muslimin di mana-manapun.

Gambar Umar Mukhtar pada mata wang Libya





1 ulasan:

  1. Boleh tuan bukti kan bahawa raja libya Muhammad idris itu zalim?

    BalasPadam