Selasa, 28 Jun 2011

Andalusia - Hilangnya Sebutir Permata.


Keamiran Dan Kekhalifahan Kordova

 Pada 750, bani Abbasiyah menjatuhkan pemerintahan Umayyah di Damaskus, dan merebut kekuasaan atas daerah-daerah Arabia. Namun pada 756, Putera Keturunan Umayyah dalam pelarian Abdurrahman I (Ad-Dakhil) menggulingkan Yusuf Al-Fihri, dan menjadi Penguasa Kordoba dengan gelar Amir Kordoba. Abdurrahman menolak untuk tunduk kepada kekhalifahan Abbasiyah yang baru terbentuk, kerana pasukan Abbasiyah telah membunuh sebagian besar keluarganya. Ia memerintah selama 30 tahun, namun memiliki kekuasaan yang lemah di Al-Andalus dan ia berusaha menekan perlawanan dari penyokong Al-Fihri atauupun khalifah Abbasiyah.
Selama satu setengah abad berikutnya, keturunannya menggantikannya sebagai Amir Kordoba, yang memiliki kekuasaan tertulis atas seluruh Al-Andalus bahkan kadang-kadang meliputi Afrika Utara bahagian Barat. Pada kenyataannya, kekuasaan Amir Kordoba, terutama di daerah yang bersempadan dengan kaum Kristian, sering mengalami naik-turun bergantung kepada kecakapan Amir yang berkuasa. Amir Abdullah bin Muhammad contohnya, hanya berkuasa atas Kordoba sahaja.
Cucu Abdullah, Abdurrahman III, menggantikannya pada 912, dan dengan cepat mengembalikan kekuasaan Umayyah atas Al-Andalus sampai ke Afrika Utara bahagian barat. Pada 929 ia mengangkat dirinya sebagai Khalifah, sehingga keamiran itu memiliki kedudukan setaraf dengan kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad dan kekhalifahan Syi'ah di Tunis.
Kekhalifahan terpecah menjadi negara-negara kecil (taifa) pada 1031.
 Animasi Reconquista, yaitu penaklukkan kerajaan Kristen terhadap semenanjung Iberia dari tahun ke tahun.
Peringkat kekhalifahan ini dianggap sebagai masa keemasan Andalusia. Kordoba dibawah kekhalifahan ini memiliki populasi penduduk sekitar 500 000, mengalahkan Konstantinopel sebagai kota terbesar dalam hal jumlah ataupun kemakmuran penduduk di Eropah. Dalam dunia Islam, Kordoba merupakan salah satu pusat kebudayaan yang maju. Karya-karya ilmuwan dan filsuf Andalusia, seperti Abul Qasim dan Ibnu Rusyd memiliki pengaruh besar terhadap kehidupan intelektual di Eropah zaman pertengahan.
Orang-orang Muslim dan non-Muslim sering datang dari luar negeri untuk belajar di berbagai perpustakaan dan university terkenal di Andalusia. Yang paling terkenal adalah Michael Scot, yang menerjemahkan karya-karya Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, dan Al-Bitruji dan membawanya ke Itali (Rom). Karya-karya ini kemudian membawa perubahan penting dalam bermulanya Renaisans di Eropah. 
Peringkat Taifa  pertama

 Kekhalifahan Kordoba mengalami kejatuhan dalam perang saudara antara 1009 hingga 1013, dan akhirnya dihapuskan pada 1031. Andalusia terpecah menjadi banyak kerajaan kecil, yang disebut taifa. Taifa-taifa ini pada umumnya sangat lemah sehingga tidak dapat mempertahankan diri menghadapi serangan-serangan dan permintaan upti dari kerajaan-kerajaan Kristian di daerah utara dan barat seperti Kerajaan Navarre, León, Portugal, Kastilia dan Aragon, serta Barcelona. Akhirnya serangan-serangan ini berubah menjadi penaklukan, sehingga taifa-taifa di  Andalusia meminta bantuan dari dinasti Al-Murabitun (Almoravid) yang berhaluan Islam fundamental di Afrika Utara. Orang-orang Murabitun mengalahkan raja Kastilia Alfonso VI, dalam Pertempuran Zallāqah dan Pertempuran Uclés, dan akhirnya menguasai Al-Andalus.

Murabitun, Muwahidun, dan Banu Marin

Pada 1086, pemimipin Murabitun di Marocco Yusuf bin Tasyfin diundang oleh para bangsawan Muslim di Iberia untuk mempertahankan Iberia dari Alfonso VI, raja Kastilia dan León.
Pada tahun itu juga Yusuf menyeberangi selat Gibraltar menuju Algeciras, dan mengalahkan kaum Kristian dengan tewas dalam pertempuran Zallāqah. Pada 1094, Yusuf bin Tasyfin menghapuskan kekuasaan dari semua penguasa-penguasa kecil (Taifa) Islam di Iberia, dan mengambil alih semua daerah mereka, kecuali Zaragoza. Ia juga merebut Valencia dari tangan umat Kristian. 

Pada 1147, kekuasaan kaum Murabitun digantikan oleh kaum Muwahidun (Almohad), yang juga berasal dari suku Berber. Penguasa Muwahidun memindahkan ibukota Al-Andalus ke Sevilla pada 1170, dan mengalahkan raja Kastilia Alfonso VIII dalam Pertempuran Alarcos (1195). Namun pada 1212 gabungan Kerajaan Kristian Kastilia, Navarra, Aragon, dan Portugal mengalahkan kaum Muwahidun pada Pertempuran Las Navas de Tolosa, dan memaksa sultan Muwahidun meninggalkan Iberia. Umat Islam di Iberia kembali terpecah dalam taifa-taifa yang lemah, dan dengan cepat ditaklukkan oleh Portugal, Kastilia dan Aragon. Setelah jatuhnya Murcia (1243) dan Algarve (1249), hanya Granada pimpinan Banu Nasri-lah negara Islam yang tinggal  , namun hanya sebagai negara bawahan yang membayar upti kepada Kerajaan Kastilia. Upti ini berupa emas dari daerah yang sekarang bernama Mali dan Burkina Faso, yang dibawa melalui jalur perdagangan di gurun Sahara.

Pada abad ke-14, dinasti Islam Banu Marin (Marinid) di Marocco mengalami kemajuan dan mengancam kerajaan-kerajaan Kristian di Iberia. Banu Marin kemudian mengambil alih Granada dan menduduki kota-kotanya, seperti Algeciras. Namun, mereka gagal merebut Tarifa, yang bertahan dari serangan Banu Marin hingga kedatangan Tentara Kastilia pimpinan Raja Alfonso XI. Alfonso XI, dibantu Afonso IV dari Portugal dan Pedro IV dari Aragon, mengalahkan Banu Marin pada Pertempuran Rio Salado (1340) dan merebut Algeciras (1344). Alfonso XI juga mengepung Gibraltar, yang pada masa itu dikuasai Granada, selama 1349-1350, namun Alfonso XI dan sebagian besar pasukannya dibinasakan oleh wabah Kematian Hitam di tahun 1350. 

Penggantinya, Pedro dari Kastilia (Peter si Kejam), memutuskan berdamai dengan umat Islam dan berperang melawan kerajaan-kerajaan Kristian yang lain. Peristiwa ini bermulah 150 tahun pemberontakan dan perang saudara umat Kristian di Eropah, yang mengamankan kewujudan Granada.


Kejatuhan Granada Pada tahun 1491 




Pada akhir kurun ke-15, kerajaan Islam di Sepanyol tinggal hanya bandar Granada dan beberapa bandar lain serta beberapa pelabuhan. Kawasan-kawasan lain di Sepanyol telahpun ditawan oleh kerajaan Kristian. Apabila dua orang anak raja, iaitu Ferdinand V, putra raja Aragon berkahwin dengan Isabella putri raja Castille, kedua-dua kerajaan berpakat untuk menamatkan riwayat Islam di Sepanyol. 
Tentera bersekutu kedua-dua kerajaan kemudian datang menyerbu Granada yang pada masa itu dalam keadaan lemah akibat berbagai masalah dalaman. Granada pada waktu itu diperintah oleh Abu Abdullah Muhammad Ibni Sultan Abdul Hassan al-Nasrid. Orang Sepanyol lebih mengenalinya dengan nama Boabdil. 
Tentera bersekutu ini kemudiannya mengepung Granada. Kepungan ini berlangsung selama 7 bulan. Dalam masa ini tentera Islam cuba membuat perlawanan beberapa kali. Serangan-serangan ini dipimpin oleh seorang pahlawan Islam, Musa bin Abil Ghassa yang tidak menyerah sehinggalah saat- saat akhir. Tetapi Sultan Abu Abdullah Muhammad Alias Boabdil menyerah kepada tentera Kristian selepas tentera Kristian memberikan jaminan akan menghormati hak-hak orang Islam beragama, jiwa, harta dan kehormatan. Ini menyebabkan pahlawan-pahlawan Islam, termasuk Musa bin Abil Ghassan jatuh ketangan tentera Kristian. Akan tetapi mereka lebih rela mati secara terhormat daripada hidup sebagai tawanan. 
Granada telah menyerah pada bulan Disember 1491 bersamaan bulan Safar 897H. Kemudian tentera Kritian telah memasuki bandar itu pada 2 Januari 1942 bersamaan 2 Rabiul Awwal 897H. Mereka kemudiannya memasang sepanduk-sepanduk lambang Kristian di Alhambra. Maka berakhirlah kemasyhiran dan kekuasaan Islam di bumi Sepanyol. Serentak dengan ini kebudayaan agung Islam Andalusia hancur berkecai. Walau bagaimana pun Lembah Xenil dimana Granada terletak belum lagi menyaksikan nasib yang lebih buruk. 
Hanya selepas beberapa tahun kejatuhan kerajaan Islam di Granada, pemerintah Kristian telah melanggar janji mereka mengenai jaminan keselamatan dan kesejahteraan nyawa, harta, kehormatan serta kepercayaan ummat Islam. Masjid-masjid ditutup dan bahkan dirobohkan. Orang-orang Islam dipaksa menukar agama mereka. Jika enggan mereka akan dihukum dengan hukuman yang berat. Kerajaan Krisitan telah mengeluarkan undang-undang yang memestikan orang-orang Islam memeluk agama Kristian. Siapa yang enggan akan dihalau keluar dari Sepanyol. Orang-orang Islam yang lemah telah murtad. Ini berlaku pada tahun 1499. Sebahagian orang-orang Islam memberontak tetapi telah dipadamkan dengan kekerasan. Sebahagian besar daripada mereka terpaksa melarikan diri ke Maghribi, Mauritania, Algeria, Tunisia dan tempat-tempat lain yang selamat. 

Apabila Charles V ditabalkan sebagai raja baru, saki baki orang Islam coba menuntut keadilan dengan membawa kes mereka ke mahkamah. Tetapi mahkamah memutuskan undang-undang yang memaksa mereka menjadi Kristian adalah sah dan memerintahkan saki baki orang Islam ini segera masuk Kristian atau keluar dari bumi Sepanyol dengan serta merta. Jika enggan mereka akan dibakar hidup- hidup dalam upacara pembakaran yang diselenggarakan oleh mahkamah. Upacara pembakaran ini telah diciptakan oleh mahkamah kononnya untuk mengelakkan pertumpahan darah.. 
Kemudian Bishop Seville telah mengeluarkan arahan supaya orang-orang Moriscoes, (iaitu gelaran yang diberikan kepada orang-orang Islam yang telah dikristiankan), dalam tempoh sehari menukar cara mereka berpakaian, bahasa mereka, kebiasaan dan perangai mereka. Setiap orang Kristian Sepanyol diberikan kuasa untuk memerhatikan tindak tanduk orang-orang Moriscoes. Berikutan dari arahan ini tempat-tempat hukuman khas telah diadakan di merata tempat di Granada untuk menghukum sesiapa yang gagal mematuhi arahan Bishop ini. Ini telah mengakibatkan pembunuhan kejam dan penyiksaan berleluasa di Granada, Cordova, Seville dan Valencia. 
Semasa zaman pemerintahan Philip II, orang-orang Moriscoes yang amat tertekan itu bangun memberontak tetapi dengan tindakan yang kejam pemberontakan ini telah dipadamkan pada tahun 1569.
Philip III pula telah mengeluarkan dikri yang kejam, iaitu menghalau seluruh orang-orang Moriscoes yang kebanyakannya tinggal di Murcia dan Valencia, keluar dari Sepanyol pada tahun 1609. Natijahnya ialah mereka semuanya dikeluarkan dari bumi Sepanyol. Orang-orang Moriscoes yang duduk di bahagian selatan lari ke Afrika Utara manaka yang di utara lari ke Perancis dan menetap di Languedoc dan Guyenne. 

Andalusia- Kecemerlangan, Perpecahan Dan Kejatuhan

Kitaran inilah yang turut melanda Andalusia sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Apa yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalusia tidak berlaku sekelip mata, tetapi ia melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat Islam pada ketika itu yang berjaya mempertahankan ketuanan Andalusia. Bibit-bibit kejatuhan itu bermula apabila pemerintahan Andalusia dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Kewujudan Kerajaan Kecil  (Taifa) Andalusia Membawa Keruntuhan

Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di Andalusia terbentuk apabila kepimpinan utama mula lemah. Lebih tepat, ia rentetan daripada kelemahan pemimpin dikalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah al-Mustansar Billah (961 – 976M). Bermula dari itu, Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah yang membentuk lebih daripada 20 kerajaan-kerajaan kecil. 

Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini yang turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if wujud disebabkan oleh antaranya semangat puak, iaitu untuk mengangkat kaum sendiri. Mereka seolah secara tidak lansung berpegang kepada semangat kebangsaan dan seakan menjurus kepada perkauman sesama sendiri.

Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah. Secara tidak lansung, kerajaan – kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia, iaitu kira-kira sekitar tahun 403 H / 1012 M.

Namun bibit – bibit perpecahan awal telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah Hisham II memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah Al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392H/ 1002 M.18

Benteng Terakhir dan Kejatuhan Andalusia
Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian. Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620 – 897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk.

Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandantangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan penyerahannya kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella.
Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara. 

Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Kesan-kesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

Ketika Bani Nasri (Ahmar) memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra’ atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya, iaitu kepada saudaranya yang lain, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad.

Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan.

Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada ini kepada beliau, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella sebagai raja yang berjaya menumbangkan kerajaan terakhir Islam di Andalusia. Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. Selain itu, ia turut disebabkan beberapa faktor, iaitu:

i. Usaha agresif puak Kristian untuk menakluk kembali wilayah yang ditadbir oleh kaum Muslimin sehingga menyebabkan pertahanan mereka terus rapuh dan tidak mampu bertahan atas serangan fikri dan askari yang dilakukan tentera musuh. Gerakan ini lebih dikenali sebagai Reconquista. Tidak dinafikan ia mempunyai kaitan dengan usaha pihak Kristian untuk menakluk wilayah yang telah jatuh ke tangan umat Islam di seluruh dunia di mana ia seolah turut terkesan dengan pergerakan tentera Salib yang menumpukan perhatian di wilayah umat Islam di Asia Barat.

ii. Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalus, melainkan sokongan yang sering diterima hanyalah dari Afrika Utara sahaja.

iii. Tiada mekanisma dalam mencari pengganti yang layak (succession plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak beranak atau ahli keluarga.

iv. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu- wilayah dengan wilayah yang lain. Perbezaan fikrah yang wujud dikalangan mereka banyak membawa keruntuhan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

Kesan daripada kejatuhan inilah umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah dan seterunya runtuh. Penghinaan yang diterima sepertimana berdasarkan perintah yang dikeluarkan pada tahun 1492M iaitu setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan.

Dikuti pula perintah yang dikeluarkan 10 tahun selepas itu kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang Islam dari Seville dan sekitarnya.

Jelas, kejatuhan pemerintahan yang berlaku bukan sekadar peralihan kuasa politik, tetapi ia turut memberi kesan kehinaan kepada umat Islam, malah ada di antara mereka yang diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.

Iktibar Sejarah Andalusia: Teladan dan Sempadan

Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan di samping perkembangan industri dan pertanian.

Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir 8 abad itu kembali kepada Kristian.

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:

1. Perebutan kuasa dikalangan pemimpin yang mentadbir wilayah.
Ini dapat dilihat pada peringkat awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisih dalam hal ehwal pentadbiran. Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Di antara pergolakan itu berupa perselisihan di antara elite penguasa, terutama akibat perbezaan ras dan etnik. Disamping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Kairawan.

Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang paling berhak menguasai Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada dua puluh kali dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

2. Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah.
Akhirnya, anasir-anasir tidak puas hati itu membawa kepada perancangan untuk merampas kekuasaan dikalangan umat Islam, sedihnya dengan melibatkan kerjasama dengan pihak musuh.

3. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang inginbekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Manakala kejayaan mereka yang boleh dijadikan iktibar ialah:

1. Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya sekiranya kita ingin sentiasa maju kehadapan, kita harus bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran kreatif dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi kerana menggalakkan suasana intelek dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

2. kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan industri memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat, dan mengambil nikmat bioteknologi untuk dikembangkan dalam sektor ini agar pertanian tidak lagi dipandang enteng.

3. Lahirnya ilmuwan seperti Ibn Bajjah (1082 – 1138M), Ibn Zuhr (1091 – 1162M) dan lain-lain menuntut kita melahirkan cendikiawan Muslim yang versatile, mahir dari segi ilmu turath dan juga ilmu moden yang mampu untuk meninggalkan jejaknya yang tersendiri di dunia ini. Generasi ilmuwan moden ini harus dibina jati diri mantap agar memberi manfaat kepada pembangunan negara.

4. Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah yang pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan. Bandar Cordova di Andalusia dilihat sebagai Bandar yang terulung dikalangan Negara-negara Eropah yang lain dan mereka telah memajukan intelektualisme dari aspek falsafah, senibina, matematik, teologi, perubatan dan banyak lagi sehingga Islam gambarkan begitu kehadapan dalam soal ini. Mereka dapat me- asimilisasi-kan Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan Greek sehingga ia menyumbang kepada keseluruhan negara Barat yang didominasi kaum Kristian.

5. Kejayaan mereka membina tamadun dalam keadaan mereka mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama samawi juga sesuatu yang unik. Sudah pasti ia ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan dalam bentuk siyasi. Rujukan tentunya terhadap contoh-contoh awal yang ditunjukkan oleh Khalifah Islam dalam memberi dan menjamin hak asasi setiap penganut agama yang mana mereka boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam. Contoh-contoh jaminan ini terus dilaksanakan sehingga ke wilayah pemerintahan Andalusia. Oleh sebab itu kita dapat menyaksikan sejarah di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik terutama di Cordova. Ini kelihatan begitu relevan dengan negara kita sekarang yang mempunyai kepelbagaian latar bangsa dan penganut agama. Oleh itu, demi mencapai puncak kemajuan, kerjasama antara kaum ini harus diberi tumpuan yang wajar bagi meningkatkan kerjasama dan kefahaman dikalangan rakyat yang ada.

Penutup
Kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia berakhir tanpa dapat dipertahankan oleh umat Islam.
Ia jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Sepanyol dan kekal sehingga hari ini. Kesan peninggalan itu masih boleh dibanggakan walaupun hakikatnya tiada apa yang dapat diperolehi oleh umat Islam hasil peninggalan tersebut. Kejatuhan Andalusia kelihatan tidak memungkinkan ia kembali ditadbir oleh umat Islam.

Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini.

Walaubagaimanapun, kesediaan Eropah membuka kembali pintu pada abad moden ini dan memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain berada di wilayah mereka telah sedikit sebanyak menyaksikan kemunculan kembali umat Islam di Eropah, termasuk di Andalusia. Pada hari ini, bilangan umat Islam di Andalusia semakin bertambah.22 Walaupun pihak bukan Islam sedaya supaya seakan ingin mentalqinkan terus umat Islam di barat, tetapi nampaknya Islam semakin mendapat tempat dihati masyarakat Eropah.


Jelaslah maksud ayat al-Quran surah al-Saff bahawa:

mereka yakni orang-orang kafir berusaha untuk memadamkan cahaya Allah swt, namun Allah swt terus menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang kafir itu benci.”

Jatuhnya Granada, hilanglah permata yang pernah bersinar dalam peradapan. Peradapan yang membantu dan menjana peradapan Moden.

Pernah terdengar kata-kata,. “Yahudi memang layak menduduki Tanah Palestin kerana mereka penah berkerajaan di sana hampir 500 tahun. Saya belum kaji lagi Kerajaan King David (Nabi Daud a.s), King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) hinggalah terpecah kepada dua kerajaan dan musnah ditakluki Assyiria. Adakah benar 500 tahun?
(Akan Datang)

Islam pernah berkuasa di Andalusia atau sekurang-kurangnya Granada hampir 800 tahun. Tapi Granada tidak di serahkan kepada orang Islam, Moor atau Arab.

Tapi..... Andalusia digantikan dengan Contatantinople. Al Hambra digantikan dengan Huga Sophia.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan