Rabu, 29 Jun 2011

Lagendaris China Muslim

Pada Zaman pemerintah Dinasti Tang ada rekod wujud hubungan diplomatik antara kerajaan China dengan pemerintahan Saidina Usman Affan, iaitu sekitar 618 Masihi (M). Mereka meletakkan batu asas untuk membolehkan Islam bertapak di China dan akhirnya Islam berkembang pesat di China.
Dikatakan pendakwah pertama datang ke China ialah Wahab bin Abi Kabsyah yang diutuskan oleh Rasulullah SAW, dan sesampainya di Canton beliau meninggal dunia dan dimakamkan disitu. Selain itu, pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Saad bin abi Waqas dikatakan telah pergi ke China dan telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton yang terkenal dengan nama Wai Shin-Zi ( Masjid Kenangan Nabi).




Menurut Lui Tahich, seorang penulis China-Islam, melaporkan bahawa selepas Saad bin Abi Waqas pulang ke Tanah Arab, beliau telah tinggal untuk sekian waktu di Canton dan Khalifah Utman sekali lagi mengutusnya ke sana. Beliau dikatakan telah meninggal dunia di Canton dan dikuburkan di sana. Pendapat beliau diragui oleh kebanyakan sejarawan, namun mereka mengakui bahawa Saad bin Abi Waqas ada melakukan lawatan dan dakwah di China.
 Pada tahun 713 M, panglima perang Islam, Qutaibah ibni Muslim telah pun sampai ke sempadan negeri China dan merancang untuk menyerang negeri tersebut. Niatnya terpaksa dibatalkan kerana Maharaja China, Hsuan Tsung (713 – 756 M) memulakan perhubungan persahabatan dengannya, dan tambahan pula peristiwa kemangkatan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik yang membuatkan beliau membatalkan hasratnya itu. Walau bagaimanapun, kesan daripada hubungan tersebut, Islam telah tersebar di Barat dab Barat Daya negeri tersebut.

Ketika pemerintahan dinasti Yuan pula, kerajaan itu mengamalkan dasar pemerintahan memihak kepada umat Islam. Seterusnya umat Islam juga membantu penubuhan dinasti Ming pada 1368, sebagai balasan Maharaja dinasti itu membina beberapa masjid dipercayai 100 masjid manakala Beijing empat masjid besar dan sekali gus Islam terus berkembang pesat .

Kini, natijahnya, misi dakwah itu berjaya melahirkan lebih 136 juta umat Islam dengan majoriti menetap di Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan.

Di China kini ada kira-kira 35,000 masjid dengan yang tertua adalah Masjid Nujie dibina di Beijing pada 996M. Masyarakat etnik Hui adalah kumpulan komuniti Islam terbesar di China iaitu meliputi 90 peratus daripada jumlah mereka yang beragama Islam. Mereka banyak membantu perkembangan tamadun di negara kuasa besar itu.

Masjid tidak saja dijadikan pusat ibadat tetapi juga aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan. Peranan masjid diperkukuhkan sebagai pusat kekuatan dan penyatuan tenaga umat Islam. Masjid juga merapatkan hubungan sesama umat Islam di China.

Kesan tamadun Islam di China melahirkan sejumlah alim ulama dan tokoh ilmuan Islam antaranya Wang Daisyu dan Yusuf Ma Zhu yang memberi sumbangan besar kepada pembinaan negara itu sendiri.

Secara keseluruhan jumlah umat Islam di China tidak dianggarkan dengan tepat. Bagaimanapun, ada pelbagai faktor dikemukakan untuk menyokong kenyataan itu, iaitu umat Islam bertapak di negara itu sejak 1400 tahun lalu, sebahagian wilayah China duduki oleh penduduk beragama Islam dengan penempatan bertebaran di kawasan cukup luas, sumbangan dan kesan tamadun Islam di peradaban China yang amat besar dan Islam terus bertahan sebagai sebuah agama terbesar di China dengan cara hidup sunnah masih mendominasi kehidupan penduduk di sana.

Sejarah umat Islam di China turut membantu perkembangan agama Allah itu di Asia termasuk Tanah Melayu. Secara langsung mengubah perkembangan politik dan ekonomi rantau Asia sehingga kini.
Ramai yang tahu bahwa tokoh bahari legendaris asal Cina, Sam Poo Kong alias Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun nampaknya masih banyak yang belum tahu bahwa masih banyak tokoh China legendaris yang ternyata beragama Islam. Dua di antaranya ialah Wong Fei Hung dan Judge Bao. Wallahualam.


Bao Zheng / Judge Bao (999-1062)


Bao Zheng (Hanzi: 包拯 sebutan: Pau Cheng) (999-1062) adalah seorang hakim dan negarawan terkenal pada zaman Dinasti Song (sebutan: Sung) (960-1279). Kerana kejujuran, ketegasan dan keberaniannya dia mendapat gelaran Bao Qingtian (包青天) yang beerti Bao si langit biru, sebuah nama pujian bagi pegawai bersih dan amanah. Musuh-musuhnya menjulukinya Bao Heizi (包黑子) yang ertinya si hitam Bao karena warna kulitnya yang gelap. Nama kehormatannya adalah Xiren (希仁).

Bao Heizi (包黑子) yang beerti si hitam Bao, menggambarkan yang Judge Bao ini adalah seorang yang berkulit hitam gelap seperti di dalam filem, tapi penggambaran kulit hitam adalah menyiratkan simbol kegelapan di dunia keadilan Imperial China pada masa itu.

Kehidupan


Bao dilahirkan dalam keluarga berpendidikan di Luzhou (sekarang Hefei, daerah Anhui). Kehidupan awalnya banyak mempengaruhi keperibadiannya. Ibubapanya walaupun hidup miskin tetapi masih sanggup menyekolahkannya dengan baik. Ketika sedang mengandungnya, ibunya sering turun naik gunung untuk mengutip kayu api. Di kampungnya dia banyak berkawan dengan rakyat biasa sehingga dia memahami beban hidup dan masalah mereka. Hal ini membuatnya membenci korupsi dan bertekad untuk menegakkan keadilan dan kejujuran. Orang yang berpengaruh besar pada kehidupannya adalah Liu Yun, seorang pegawai kehakiman di Luzhou, seorang pegawai yang mahir dalam puisi dan literatur serta adil dan membenci kejahatan. Dia juga seorang yang menghargai intelektual dan bakat Bao. Di bawah pengaruh Liu, Bao bertekad untuk memberikan kesetiaannya terhadap kerajaan dan cintanya pada negara dan rakyat.



Pada usia 29 tahun, dia lulus ujian kerajaan peringkat tertinggi dibawah pengujian langsung dari Maharaja hingga menyandang gelar Jinshi. Sesuai pada adat dan peraturan pada masa itu , seorang sarjana Jinshi dapat menduduki jawatan penting dalam pemerintahan, maka Bao dilantik menjadi pegawai kehakiman mengetuai Daerah Jianchang. Namun dia mengundurkan diri tak lama kemudian kerana sebagai anak berbakti dia memilih pulang kampung untuk merawat orang tuanya yang sudah tua dan lemah selama sepuluh tahun. Selepas kematian orang ibubapanya, dia kembali dilantik sebagai pegawai kerajaan, kali ini sebagai pegawai kehakiman Wilayah Tianchang. Ketika umurnya baru mencapai 40 tahun.

Sebagai pegawai kerajaan, Bao bekerja dengan adil, berani, dan berpegang pada kebenaran. Kecerdasan dan bakatnya membuat banyak orang kagum, termasuk Penguasa Song Renzong yang mempromosikannya dan memberikannya jawatan penting termasuk sebagai hakim di Bian (sekarang Kaifeng), ibukota Dinasti Song. Dia terkenal karena pendiriannya yang tidak berkompromi terhadap korupsi di antara pegawai pemerintahan pada ketika itu. Dia menegakkan keadilan bahkan menolak untuk tunduk pada kekuasaan yang lebih tinggi darinya bila bersalah termasuk pada Guru Besar Pang庞太师), bapa mertua Maharaja yang merangkap guru besar yang membimbing putra mahkota sehingga Pang sangat menganggap Bao sebagai musuhnya.
Sejarah mencatat bahawa selama kurang lebih 30 tahun sejak dia memegang jawatan pertama kalinya, sebanyak lebih dari 30 orang pegawai tinggi termasuk beberapa menteri telah dipecat atau diturunkan pangkatnya olehnya atas tuduhan korupsi, kolusi, melalaikan tugas, dan lain-lain. Dia sangat berpegang teguh pada pendiriannya dan tidak akan menyerah selama dianggapnya mengikut kebenaran. Enam kali dia melaporkan pada Maharaja dan memintanya agar memecat pejabat tinggi, Zhang Yaozhuo, bapa saudara dari pegawai kelas atas kerajaan, tujuh kali untuk memecat Wang Kui, pewagai tinggi lain yang kepercayaan Maharaja, bahkan dia pernah beberapa kali memujuk Maharaja untuk memecat perdana menteri Song Yang. Dalam tugasnya sebagai seorang yang peka dalam kerajaan, dia selalu berjaya meyakinkan Maharaja tanpa membawa kesulitan bagi dirinya, padahal dalam sejarah banyak pegawai yang peka telah mengalami nasib yang buruk, seperti misalnya Sima Qian, sejarawan dan filosufi Dinasti Han yang dikebiri karena Maharaja Han Wudi tidak menerima pendapatnya.

Dalam pemerintahan, teman dekatnya adalah bapa saudara Maharaja iaitu Zhao Defang yang lebih dikenal dengan nama Putera ke Lapan (八王, Ba Wang Ye). Di kalangan rakyat, Bao Zheng dikenal sebagai hakim yang adil dan berani memutuskan segala sesuatu berdasarkan keadilan tanpa rasa takut, juga mampu membezakan mana yang benar dan yang salah. Baginya siapapun termasuk kerabat dekat Maharaja sekalipun harus dihukum bila terbukti bersalah melakukan kesalahan. Bao meninggal tahun 1062 dan dimakamkan di makam keluarganya di Hefei, di kota itu juga dibangun kuil untuk mengenangnya (包公祠).

Bao Zheng Seorang Legenda

Kisah Bao Zheng banyak dikaryakan dalam sejarah China. Kisah hidupnya yang menjadi lagenda sering ditampilkan dalam opera dan drama, kebanyakan kisah-kisah ini didramakan.  Dalam opera biasanya dia digambarkan sebagai lelaki berjanggut dengan wajah hitam dan tanda lahir berbentuk bulan sabit di dahinya (beberapa versi menyebutkan tanda ini berasal dari luka ketika dia memberi hormat yang keterlaluan pada ibunya untuk menunjukkan baktinya).


gilotin
Diceritakankan juga bahwa Maharaja menganugerah Bao tiga gilotin (alat penggal) dalam tugasnya sebagai hakim. Ketiga gilotin itu mempunyai deklorasi yang berbeza dan digunakan untuk menghukum orang sesuai mengikut statusnya. Guilotine kepala anjing untuk menghukum rakyat jelata, kepala harimau untuk menghukum pegawai korupsi, dan kepala naga untuk menghukum bangsawan yang jahat.


(七侠五, qi xia wu yi) dalam filem
Dia juga dianugerahkan tongkat emas kerajaan oleh Maharaja sebelumnya untuk menghukum Maharaja sendiri jika bersalah dan pedang pusaka kerajaan sebagai tanda berhak untuk menghukum siapapun termasuk anggota kerajaan tanpa melapur atau mendapat persetujuan terlebih dahulu dari penguasa. Dalam tugasnya itu, dia dibantu oleh enam pembantunya iatu polis Zhan Zhao, setiausaha Gongsun Zhi, dan empat pengawal Wang Chao, Ma Han, Zhang Long, dan Zhao Hu. Selain itu juga lima pendekar dari dunia beladiri yang digelas Lima Pendekar Tikus. Keduabelas orang ini disebut “tujuh pendekar lima ksatria” (七侠五, qi xia wu yi).


Satu kisah mengenai sikap keadilan dirinya adalah ketika ia harus mengadili Chen Shimei, menantu raja dan seorang sarjana yang meninggalkan anak isterinya setelah lulus ujian kerajaan dan menikah dengan seorang puteri raja, Chen bahkan mencoba membunuh isterinya dengan menghantar pembunuh upahan. Chen Shimei di adili, atas aduan Qin Xianglian. Chen dan Qing sebeluminya adalah sepasang suami istri. Chen pergi ke ibu kota Kaifeng untuk mengikuti ujian negara. Setelah lulus, Chen bukannya kembali menjemput ibubapa, isteri dan anaknya, ia malah mengaku bujang dan berhasil memperoleh nama dan kedudukan dengan jalan menikahi puteri raja. Sementara itu, Qin terpaksa membanting tulang merawat mertua dan anaknya. Ketika bahaya kelaparan melanda desa sehingga kedua mertuanya menemui ajal, Qin lantas membawa anak-anaknya ke Kaifeng. Namun di sana, ia mendapati suaminya telah menikah lagi dan tidak mengakui kehadiran mereka.
Qin mengadukan nasib malangnya kepada Hakim Bao yang terkenal keadilannya. Hakim Bao lantas mengambil tindakan tegas untuk menghukum mati sang menantu raja, meski taruhannya adalah nyawa dan kedudukannya sendiri. Keputusan ini ditentang permaisuri yang melarangnya mencampuri urusan keluarga raja. Perintah tegas permaisuri ini pun disanggah dengan kata-kata dingin, “Keluarga raja dan rakyat jelata mempunyai kedudukan yang sama. Jadi, mesti tunduk pada undang-undang negara.” Manakala permaisuri mengancamnya dengan kekerasan, Bao malah memilih menanggalkan topi dan jubahnya. Hukuman mati bagi Chen tetap dilaksanakan. Itulah sikap tegas yang ditunjukkan Bao. Dia lebih rela kehilangan pekerjaan dari mengkhianati hukum yang dia yakininya.
Satu kisah lain, Bao membongkar konspirasi dalam istana, dimana bayi putra mahkota ditukar dengan anak kucing ketika baru dilahirkan. Dalam kasus ini Bao harus berhadapan dengan sida yang menjadi kawannya pada awal kerjayanya, Guo Huai sehingga Bao harus memilih antara perasaan pribadi sebagai teman dan kewajibannya menegakkan keadilan. Bao menyamar sebagai Dewa Yama, Raja Neraka untuk membongkar kejahatan Guo Huai. Guo pun akhirnya mengakui segalanya kerana dia menyangka telah berada di neraka







Laksamana Cheng Ho/ Mahmud Sham Po Kong (1371 - 1433)

Cheng Ho atau Zheng He (Hanzi tradisional:鄭和, Hanzi sederhana: 郑和 , Hanyu Pinyin: Zhèng Hé, Wade-Giles: Cheng Ho; nama asli: 马三宝 Hanyu Pinyin: Ma Sanbao; nama Arab: Mahmud Sham Po Kong) (1371 - 1433), adalah seorang pelaut dan penjelajah Cina terkenal yang melakukan beberapa penjelajahan antara tahun 1405 hingga 1433.
Cheng Ho adalah seorang Sida Muslim yang menjadi orang kepercayaan Maharaja Yung Lo (berkuasa tahun 1403-1424), Maharaja ketiga dari Dinasti Ming. Nama aslinya adalah Ma He, juga dikenal dengan sebutan Ma Sanbao ( 三保)/Sam Po Bo , berasal dari Yunnan, Barat Daya China. 
  Maharaja Yung Lo
Ketika pasukan Ming menaklukkan Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dikasi untuk menjadikan seorang Sida. Ia adalah seorang bersuku Hui, suku bangsa yang secara fizik mirip dengan suku Han, namun beragama Islam. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.


Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao ditawan oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing. Lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.


Laksamana Cheng Ho – Pelayar Tersohor di Zaman Silam

 Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Semasa itu Cheng Ho berusia 34 tahun dan Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. 



Siri Siri Pelayaran
 Pelayaran Pertama (1404-1407) Champa (Kemboja), Jawa, Palembang, Malaka, Aru, Sumatra, Lambri, Ceylon, Kollam, Cochin, Calicut.

Pelayaran Ke-2 (1407-1408) Champa (Kemboja), Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon (Sri Lanka)


Pelayaran Ke-3 (1409-1411) Champa (Kemboja), Pulau Jawa, Melaka, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore, Puttanpur


Pelayaran Ke-4 (1413-1415) Champa (Kemboja), Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan, Aru, Lambri, Hormuz, Maladewa, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden, Muscat, Dhufar
 
Pelayaran Ke-5 (1416-1419) Champa, Pahang, Java, Malacca, Sumatra, Lambri, Ceylon, Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden


Pelayaran Ke-6 (1421-1422) Hormuz, Afrika Timur, negara-negara di Jazirah Arab

Pelayaran Ke-7 (1430-1433) Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz.


Cheng Ho memimpin tujuh ekspedisi ke tempat yang disebut oleh orang China Samudera Barat (Samudera Indonesia). Catatan perjalanan Cheng Ho pada dua pelayaran terakhir, yang diyakini sebagai pelayaran yang terjauh, tapi sayangnya dihancurkan oleh Maharaja Dinasti Ching yang berkuasa kemudian. Dinasti Ching tidak tertarik dengan dasar luar.
 Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar.

Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih seribu tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.

Armada ini terdiri dari 27.000 anak buah kapal dan 307 (armada) kapal laut. Terdiri dari kapal besar dan kecil, dari kapal bertiang layar tiga hingga bertiang layar sembilan buah. Kapal terbesar mempunyai panjang sekitar 400 kaki atau 120 meter dan lebar 160 feet atau 50 meter. Rangka layar kapal terdiri dari buluh cina. Selama berlayar mereka membawa bekalan yang beragam termasuk binatang seperti lembu, ayam dan kambing yang kemudian dapat disembelih untuk para anak buah kapal selama di perjalanan. Selain itu, juga membawa begitu banyak buluh cina sebagai rangka tiang kapal.
Perbandingan dengan Kapal Santa Maria Columbus
Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. 

Pada tahun 1433, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Dalam ekspedisi ini, Cheng Ho membawa balik berbagai penghargaan dan utusan lebih dari 30 kerajaan  termasuk Raja Alagonakkara dari Sri Lanka, yang datang ke Cina untuk meminta maaf kepada Maharaja Cina. Pada saat pulang dari pelayaran, Cheng Ho membawa banyak barang-barang berharga diantaranya kulit dan getah pohon, kemenyan, batu permata (ruby, emerald dan lain-lain) bahkan beberapa orang Afrika, India dan Arab sebagai bukti perjalanannya. Selain itu juga membawa pulang beberapa binatang asli Afrika termasuk sepasang zirafah sebagai hadiah dari salah satu Raja Afrika, tetapi sayangnya satu zirafah mati dalam perjalanan pulang.

Perjalanan Cheng Ho ini menghasilkan Peta Navigasi Cheng Ho yang telah mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke 15. Dalam buku log Cheng Ho, terdapat 24 peta navigasi mengenai arah pelayaran, jarak di lautan, dan berbagai pelabuhan.
Cheng Ho adalah penjelajah dengan armada kapal terbanyak sepanjang sejarah dunia yang pernah tercatat. Juga memiliki kapal kayu terbesar dan terbanyak sepanjang masa sehingga kini. Selain itu beliau adalah pemimpin yang arif dan bijaksana, mengingat dengan armada yang begitu banyaknya beliau dan para anak buahnya tidak pernah menjajah negara atau wilayah dimanapun tempat para armadanya merapat.
Semasa di India termasuk ke Kalkuta, para anak buah juga mempelajari seni beladiri tempatan yang bernama Kallari Payat yang telah dikembangkan di negeri cina yang menjadi satu aliran seni beladiri Kungfu.

Dalam khazanah keislaman, kehadiran Cheng Ho di Indonesia telah memunculkan wacana baru studi keislaman Indonesia. Cheng Ho berperan besar dalam pergolakan politik kerajaan-kerajaan di Jawa. Setidaknya, Cheng Ho berperanan dalam membangun kerajaan Islam Demak pada tahun 1425, serta memiliki andil besar dalam keruntuhan Majapahit.
Laksamana Cheng Ho meninggal pada 1433 dalam perjalanan pulang dari Afrika Timur ke Cina. Ia dimakamkan di Niushou, Nanking (Nanjing). Ia kemudian menjadi peletak dasar orang-orang Cina ikut “bermain” dalam pemerintahan di kerajaan-kerajaan Jawa. Cheng Ho dipercaya mengunjungi Majapahit pada 1406, setahun setelah pelayarannya dari Cina.


 Laksamana Cheng Ho meninggal pada 1433 di Calikut, India semasa dalam perjalanan pulang dari Afrika Timur ke Cina. Ia dimakamkan di Niushou, Nanking (Nanjing). Ia kemudian menjadi batu asas pengaruh orang-orang Cina  dalam pemerintahan di kerajaan-kerajaan Jawa. Cheng Ho dipercaya mengunjungi Majapahit pada 1406, setahun setelah pelayarannya dari Cina.
Laksamana Cheng Ho Seorang Muslim
 Bagi Cheng Ho, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinantikan. Bahkan, pada 7 Desember 1411, sesudah pelayarannya yang ke-3, laksamana kepercayaan Maharaja Ming itu sempat  pulang ke kampungnya, Kunyang, untuk menziarahi ke makam almarhum ayahnya. Ketika Ramadhan tiba, ia memilih menjalankan ibadah puasa di kampung halamannya.


Cheng Ho dilahirkan tahun 1371 M di Yunan yang berada di sebelah barat daya Cina. Nama kecilnya adalah Ma Ho atau Ma He. Namun, ia juga dikenal dengan sebutan Sam Bo, Sam Po, atau Ma San Po dalam dialek Fujian. Kadang, ada pula yang memanggil namanya dengan Zheng He atau Cheung Ho dalam dialek Kantonis. Menurut beberapa riwayat, nama Muslimnya adalah Mahmud Syams.

Laksamana agung ini adalah seorang Muslim yang sangat taat. Ia merupakan keturunan Cina dari Suku Hui. Ia dilahirkan sebagai anak kedua dari pasangan Ma Hazhi dan Wen, ibunya. Sebagai orang Hui etnis Cina yang sebagian besar pemeluk Islam, Cheng Ho lahir sebagai Islam. Datuk dan ayahnya sudah menunaikan rukun haji. Mungkin, perkataan hazhi dalam dialek mandarin merupakan daripada perkataan haji.

 Dalam setiap kali melakukan pelayaran, para awak kapal yang beragama Islam juga senantiasa melaksanakan solat secara berjamaah. Tercatat, beberapa tokoh Muslim yang pernah ikut adalah Ma Huan, Guo Chongli, Fei Xin, Hassan, Sha'ban, dan Pu Heri. ''Kapal-kapalnya diisi dengan prajurit yang kebanyakan terdiri atas orang Islam.
Ma Huan dan Guo Chongli yang fasih berbahasa Arab dan Parsi bertugas sebagai penerjemah. Manakala, Hassan yang juga pemimpin Masjid Tang Shi di Xian (Daerah Shan Xi) berperanan mempererat hubungan diplomasi antara Cina dengan negeri-negeri Islam. Hassan juga bertugas memimpin kegiatan-kegiatan keagamaan dalam rombongan ekspedisi, misalnya dalam melaksanakan penguburan jenazah di laut atau memimpin solat hajat ketika armadanya diserang badai.

Cheng Ho juga dikenal sangat mengambil berat tentang kemakmuran masjid. Tahun 1413, dia merenovasi Masjid Qinging (timur laut daerah Xian). Tahun 1430, ia membaiki Masjid San San di Nanjing yang rusak karena terbakar. Pembaikan masjid mendapat bantuan terus dari maharaja Cina. Kononnya, pada ekspedisi terakhir (1431-1433),beliau sempat menunaikan ibadah haji sebagai pelengkap menjadi seorang Muslim sejati. Ada juga versi cerita yang mengatakan
Cheng Ho memang sering mengutarakan hasrat untuk pergi haji sebagaimana datuk dan ayahnya. Impian ini terbawa-bawa sampai menjelang ajalnya. Sehinggakan ia mengutus Ma Huan pergi ke Mekah agar melukiskan Ka'bah untuknya.
Sebagai seorang Muslim, ia juga selalu mengandalkan diplomasi damai dalam setiap pelayarannya. Muslim pemberani ini meninggal pada tahun 1433 di Calicut (India), dalam pelayaran terakhirnya semasa pelayaran pulang ke Cina.



Cheng Ho Dan Indonesia

Cheng Ho mengunjungi kepulauan di Indonesia selama tujuh kali. Ketika ke Samudera Pasai, ia memberi lonceng raksasa "Cakra Donya" kepada Sultan Aceh, yang kini tersimpan di museum Banda Aceh.

Tahun 1415, Cheng Ho berlabuh di Muara Jati (Cirebon), dan menghadiahi beberapa cindera mata khas Tiongkok kepada Sultan Cirebon. Salah satu peninggalannya, sebuah piring yang bertuliskan ayat Kursi masih tersimpan di Keraton Kasepuhan Cirebon.
Pernah dalam perjalanannya melalui Laut Jawa, Wang Jinghong (orang kedua dalam armada Cheng Ho) sakit kuat. Wang Jinghong akhirnya diturunkan ke pantai Simongan, Semarang, dan menetap di sana. Salah satu bukti peninggalannya antara lain Kelenteng Sam Po Kong (Gedung Batu) serta patung yang disebut Mbah Ledakar Juragan Dampo Awang Sam Po Kong.

Cheng Ho Dan Melaka

Kali pertama Cheng Ho berlayar ke Malaka pada abad ke-15. Saat itu, seorang puteri Cina, Hang Li Po (Hang Liu), dikirim oleh maharaja cina untuk menikah dengan Raja Malaka (Sultan Mansur Shah).


 
Wong Fei Hung / Faisal Hussein Wong (1847-1924)

Selama ini kita mengenal Wong Fei Hung (飞鸿) sebagai jaguh Kung Fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karaktor Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Sebelum itu Jackie Chan dalam Drunker Master dan beberapa actor lain juga pernah melakunkan watak Wong Fei Hong.
Wong Feihung atau Hwang Fei-hong (hanzi tradisional: 黃飛鴻; hanzi sederhana: 飞鸿; pinyin: Huáng Fēihóng; Cantonese: Wòhng Fēihùhng). Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara perkataan Hung juga merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di bahasa arab kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Dilahirkan pada 9 Julai 1847 di Foshan, Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim keturunan Hui yang taat dan meninggal dunia pada 25 Mac 1924 ketika berumur 76 tahun.
Beliau adalah seorang yang mempraktikkan  ilmu bela diri Hung Ga, mahaguru, tabib tradisional Cina dan juga revolusioner yang kemudian menjadi pahlawan rakyat Cina.


Wong Fei Hung juga adalah seorang Ulama. Namun Pemerintah China mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei Hung hanya digambarkan sebagai lagenda tabib perubatan dan ahli beladiri yang tiada tolok bandingnya.

Ayahnya, Wong Kay Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional China (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).


(Catatan: fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,fie, kumpulan Hai San di Perak. Dulu kerap juga terdengar orang china Kwantung adalah China Muslim).

Wong Kay Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Posisi Harimau Kwantung ini di kemudiannya diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Qing yang rasuah dan penindas.
Dinasti Qing ialah Dinasti yang merobuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Maharaja Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Jika anda peminat One Open On Time In China lakunan Jet Li, anda mesti tahu sebutan “tendangan tanpa bayang dari Foshan” sebelum Wong Fei Hung melakukan tendangan bertubi-tubinya.


Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemui, dikembangkan dan merupakan kehandalan dari Hung Hei Kwun, abang seperguruan Luk Ah Choi. Hung Hei Kwun adalah seorang pahlawan Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Qing pada 1734.Hung Hei Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Dinasti penjajah Qing yang datang dari Manchuria.

Jika saja pemerintah Qing tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata asing (Rusia, Inggeris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei Kwun itu mungkin akan berjaya menjatuhkan kekuasaan Dinasti Qing. Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat berkesan dan praktikal namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Wong seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang handalan di pelabuhan yang berbadan tegap dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras ugut. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan samseng Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sehinggalah ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus untuk perempuan di perguruan suaminya.Pada 25 Mac 1924 Wong Fei Hung meninggal dunia ketika berusia 77 tahun.


Liu Xuan as Mok Kwai-lan
Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Wallahualam.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan