Gambaran Keseluruhan Peperangan
Di penghujung tahun 656 Hijrah, bangsa Mongol atau Tartar telah melancarkan satu serangan mereka yang terbesar ke atas tanah Khilafah Muslimin yang mengakibatkan jatuhnya kota Baghdad, terbunuhnya Khalifah Al-Musta'shim Billah, dan terjajahnya tiga per-empat dari wilayahnya. Sewaktu dalam perjalanan menghala ke Mesir dan Maghribi, kubu akhir yang terkuat bagi kaum Muslimin, tentera Mongol telah menghantar sepucuk surat ancaman kepada Gabenor wilayah Mesir, Mahmoud Saifudeen Qutuz, yang menyatakan,
Di penghujung tahun 656 Hijrah, bangsa Mongol atau Tartar telah melancarkan satu serangan mereka yang terbesar ke atas tanah Khilafah Muslimin yang mengakibatkan jatuhnya kota Baghdad, terbunuhnya Khalifah Al-Musta'shim Billah, dan terjajahnya tiga per-empat dari wilayahnya. Sewaktu dalam perjalanan menghala ke Mesir dan Maghribi, kubu akhir yang terkuat bagi kaum Muslimin, tentera Mongol telah menghantar sepucuk surat ancaman kepada Gabenor wilayah Mesir, Mahmoud Saifudeen Qutuz, yang menyatakan,
"Kami telah menghancurkan tanah itu, menjadikan anak-anak mereka yatim-piatu, menyeksa dan membunuh mereka, mencabul kehormatan mereka dan menjadikan pemimpin mereka tawanan. Apakah anda fikir anda boleh melepaskan diri daripada kami? Anda akan tahu selepas ini apa yang akan datang kepada anda..."
Mereka menjangkakan, ugutan seperti itu sudah mampu untuk mematahkan rintangan kaum Muslimin terhadap kemaraan mereka lantaran kelemahan dan rendahnya moral dan semangat kaum Muslimin ketika itu. Qutuz bagaimanapun telah memberikan jawapan yang berbeza. Beliau telah membunuh semua delegasi tentera Mongol tersebut dan mayat mereka dibiarkan tergantung di dalam kotanya, sehingga tindakannya itu dilihat berjaya meningkatkan semangat tentera dan rakyatnya, dan dari satu sudut yang lain pula ia berjaya menyampaikan amaran keras terhadap pengintip yang dihantar serta pengikut setia musuhnya.
Ia telah berjaya menaikkan semangat kaum Muslimin ketika itu dan pada masa yang sama telah mengejutkan kaum Mongol kerana mereka sedar bahawa mereka sedang menghadapi seorang pemimpin yang lain daripada apa yang telah mereka jumpai sebelum ini.
Qutuz kemudiannya menghimpunkan kaum Muslimin untuk menghadapi pertempuran yang tidak dapat dielakkan tersebut. Di bawah kepimpinannya, kaum Muslimin telah bersatu atas dasar Iman, kesepakatan, dan senjata-senjata besi yang perlu telah disediakan untuk berhadapan dengan musuhnya. Dia turut memohon bantuan dari pegawai-pegawainya dan para ulama’ untuk bersama-sama dengannya menyeru kaum muslimin untuk berjuang mempertahankan Islam dan menumpukan usaha untuk membebaskan tanah-tanah mereka yang telah dijajah.
Tibalah masa untuk pertempuran yang kemudiannya berlaku di medan perang Ain Jalut bersamaan dengan hari Jumaat, 25 Ramadhan 658 hijrah. Qutuz sendiri yang mengetuai tentera kaum Muslimin ke medan perang telah memberikan goncangan pada jiwa tentera-tentera Mongol. Memerhatikan situasi ini, Qutuz kemudiannya memanjat naik atas seketul batu besar, mencampakkan topi perangnya, beliau melaungkan "Wa Islamah. Wa Islamah." (Demi Islam! Demi Islam!). Beliau menyeru tentera-tenteranya menetapkan hati berjuang menentang musuh-musuh Allah. Kemudian pemimpin tentera Muslimin beliau yang asalnya berasa goyah dan putus asa terhadap pertempuran ini berpaling apabila mendengar suara beliau yang garang bersama riak mukanya yang kemerahan marah menghayun dan menebas pedangnya dengan penuh keberanian untuk menewaskan musuh-musuhnya. Keberanian Qutuz ini telah memeranjatkan pemimpin-pemimpinnya yang pantas mengikuti langkah-langkahnya, dan akhirnya meningkatkan semangat tentera Islam keseluruhannya. Lama-kelamaan pertempuran itu telah mulai memihak kepada tentera Muslimin sehinggalah kemudiannya barisan tentera Mongol dihancurkan memaksa mereka melarikan diri dari medan pertempuran. Kemenangan berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Bagi tentera Mongol, apabila mereka menyedari serangan dan dominasi mereka ke atas wilayah Timur Islam semakin pudar dan umat Islam berjaya meningkatkan kembali kekuatannya, mereka telah melarikan diri pulang ke tanah air mereka, yang memudahkan usaha-usaha Qutuz untuk membebaskan kesemua wilayah Syam dalam masa beberapa minggu.
Ia telah berjaya menaikkan semangat kaum Muslimin ketika itu dan pada masa yang sama telah mengejutkan kaum Mongol kerana mereka sedar bahawa mereka sedang menghadapi seorang pemimpin yang lain daripada apa yang telah mereka jumpai sebelum ini.
Qutuz kemudiannya menghimpunkan kaum Muslimin untuk menghadapi pertempuran yang tidak dapat dielakkan tersebut. Di bawah kepimpinannya, kaum Muslimin telah bersatu atas dasar Iman, kesepakatan, dan senjata-senjata besi yang perlu telah disediakan untuk berhadapan dengan musuhnya. Dia turut memohon bantuan dari pegawai-pegawainya dan para ulama’ untuk bersama-sama dengannya menyeru kaum muslimin untuk berjuang mempertahankan Islam dan menumpukan usaha untuk membebaskan tanah-tanah mereka yang telah dijajah.
Tibalah masa untuk pertempuran yang kemudiannya berlaku di medan perang Ain Jalut bersamaan dengan hari Jumaat, 25 Ramadhan 658 hijrah. Qutuz sendiri yang mengetuai tentera kaum Muslimin ke medan perang telah memberikan goncangan pada jiwa tentera-tentera Mongol. Memerhatikan situasi ini, Qutuz kemudiannya memanjat naik atas seketul batu besar, mencampakkan topi perangnya, beliau melaungkan "Wa Islamah. Wa Islamah." (Demi Islam! Demi Islam!). Beliau menyeru tentera-tenteranya menetapkan hati berjuang menentang musuh-musuh Allah. Kemudian pemimpin tentera Muslimin beliau yang asalnya berasa goyah dan putus asa terhadap pertempuran ini berpaling apabila mendengar suara beliau yang garang bersama riak mukanya yang kemerahan marah menghayun dan menebas pedangnya dengan penuh keberanian untuk menewaskan musuh-musuhnya. Keberanian Qutuz ini telah memeranjatkan pemimpin-pemimpinnya yang pantas mengikuti langkah-langkahnya, dan akhirnya meningkatkan semangat tentera Islam keseluruhannya. Lama-kelamaan pertempuran itu telah mulai memihak kepada tentera Muslimin sehinggalah kemudiannya barisan tentera Mongol dihancurkan memaksa mereka melarikan diri dari medan pertempuran. Kemenangan berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Bagi tentera Mongol, apabila mereka menyedari serangan dan dominasi mereka ke atas wilayah Timur Islam semakin pudar dan umat Islam berjaya meningkatkan kembali kekuatannya, mereka telah melarikan diri pulang ke tanah air mereka, yang memudahkan usaha-usaha Qutuz untuk membebaskan kesemua wilayah Syam dalam masa beberapa minggu.
Pertempuran Ain Jalut
Tarikh: 3 September 1260M / 25 Ramadhan 658H
Pihak Bersengketa: Empayar Mongol dan Empayar Mamluk (Islam Mesir)
Komender:-
Mongol: Kitbuqa & Knight Of Tamplers
Mamlik Mesir: Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz, Baibars
Kekuatan:-
Mongol: Sekitar 20 000 Orang
Mamluk: Sekitar 18 000 Orang
Korban :-
Mongol: 19 000 termasuk Kitbuqa
Mamluk: 5 000
Keputusan: Kemenangan tentera Islam Mamluk Perubahan
wilayah Wilayah Palestin dikuasai semula oleh empayar Mamluk
wilayah Wilayah Palestin dikuasai semula oleh empayar Mamluk
Pergerakan pasukan Islam bermula pada bulan Sya’ban 658 H. Ia bersamaan bulan Julai 1260 M. Bulan Julai adalah musim panas. Mengarungi padang pasir di dalam musim panas bukanlah suatu yang mudah. Ditambah pula mereka akan menghampiri bulan Ramadhan. Tetapi Qutuz tidak menangguhkan langsung operasi tersebut.
Pasukan Islam dilatih di Kaherah (Cairo), Asyut, Iskandariah dan Dimyat. Pada kem-kem latihan tersebut mereka berkumpul di Shalahiah yang terletak di Syarqiah (Mesir hari ini). Dari situ mereka bergerak ke sebelah timur dan kemudian naik ke utara menuju ke Arisyh. Itulah Kota pertama mereka berteduh setelah mengarungi padang pasir dari Sholahiah.
Dari Arisyh mereka menuju ke Gaza yang berada di bawah penguasaan Mongol. Qutuz telah membagikan pasukannya kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama agak kecil jika dibandingkan dengan kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini diketuai oleh panglima Islam yang hebat, Ruknuddin Baibras/Baybars/Bibris. Kumpulan ini berjalan terpisah agak jauh dari kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini berjalan mennampakkan dirinya manakala kumpulan kedua berjalan dengan perlahan dan menyembunyikan diri. Ini adalah antara taktik perang yang dilakukan oleh Qutuz untuk mengelabui mata musuh agar musuh ceroboh di dalam menghitung kekuatan pasukan Islam.
Kemenangan Di Gaza
Pada 26 Julai 1260 M, Baibras sudah berjaya melepasi sempadan Mesir – Palestin. Dia berjayal melepasi Rafah, Khan Yunus dan Dir Balah. Kini dia berada terlalu hampir dengan Kota Gaza.
Pasukan Mongol mengetahui kehadiran pasukan Baibras. Mereka menyangka bahwa pasukan itu adalah keseluruhan pasukan Islam tanpa mengetahui tentang kewujudan pasukan kedua pasukan Islam yang berada jauh dari Gaza. Berita tersebut sampai kepada pasukan Mongol. Ketika itu pasukan utama Mongol di bawah pimpinan Katabgha masih jauh dari Gaza. Mereka berada di bumi Lubnan/Lebanon, 300 kilometer dari Gaza. Dengan itu mereka menyambut satu pasukan yang tidak begitu besar untuk menghadapi pasukan Islam.
Berlakulah pertempuran di antara dua pasukan tersebut. Kali pertama setelah puluhan tahun, pasukan Islam menang di dalam pertempuran melawan Mongol. Terbunuh di dalam peperangan tersebut sebagian pasukan Mongol. pasukan yang selamat melarikan diri menyampaikan berita tersebut kepada Katabgha.
Marah dan terkejut Katabgha dan pasukan Mongol ketika mendengar berita kekalahan mereka. Sebelum ini mereka sudah biasa membunuh dan berperang dengan orang Islam tanpa mendapat tentangan sengit. Mereka juga sudah terbiasa dengan beberapa Raja Islam yang menghinakan diri memohon perdamaian dari mereka. Di luar sangkaan mereka, masih ada lagi pasukan Islam yang berani melawan mereka dan mampu mengalahkan mereka. Ini adalah pengalaman baru bagi Mongol.
Di pihak pasukan Islam, kemenangan itu menaikkan semangat mereka untuk terus berjihad. Mereka tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya mereka akan terus ke hadapan sehingga ke kehancuran Mongol.
Pemilihan Lokasi Peperangan: Wadi Ain Jalut
Pasukan Tentera Islam terus bergerak dari Gaza melepasi Asqalan dan Yafa. Dari situ mereka singgah sebentar di Akka dan berjumpa dengan pimpinan pasukan Salib di Akka untuk memastikan perjanjian masih lagi dipatuhi oleh mereka.
Seterusnya Qutuz dan pasukan Islam bergerak meninggalkan Akka menuju ke Ain Jalut.
Seterusnya Qutuz dan pasukan Islam bergerak meninggalkan Akka menuju ke Ain Jalut.
Pergerakan Pasukan Mongol warna merah dan Pergerakan Pasukan Mamluk warna pink
Lokasi Ain Jalut
Ain Jalut terletak tidak jauh dari perkemahan Janin sekarang ini. Ia terletak di antara Kota Bisan dan Nablus. Ia terletak 65 kilometer dari Hittin/Hattin, medan peperangan Hittin yang terjadi pada tahun 583 H. Ia terletak 60 kilometer dari Yarmuk, medan peperangan Yarmuk, yang terjadi enam abad sebelumnya. Kedudukannya banyak mengembalikan memori pasukan Islam kepada kemenangan pasukan Islam sebelum itu.
Ia dipilih karena ia adalah kawasan lapang yang luas dan dikelilingi oleh bukit kecuali di bagian utaranya. Bukit-bukit tersebut dipenuhi pohon-pohon yang memudahkan pasukan Islam untuk bersembunyi. Satu pasukan kecil di bawah pimpinan Baibras diletakkan di bagian utara sementara pasukan yang lain bersembunyi di balik pepohonan.
Kedua belah pihak berkemah di tanah suci Palestina pada bulan Julai 1260 dan akhirnya berhadapan di Ain Jalut pada tanggal 3 September 1260/25 Ramadhan 658 H dengan kekuatan yang hampir seimbang iaitu ± 20 000 orang. Kesemuanya berada dalam keadaan siap sedia menanti kedatangan Katabgha dan pasukan Mongol.
Bertemunya 2 Pasukan di Sahil Zir’in atau Jezreel Valley(kuning). Medan tempur yang dikelilingi bukit kecuali di arah utara dan sedikit di Tenggara.
24 Ramadhan 658 H
Ketika Qutuz dan pasukan Islam sudah pun berada di bumi Ain Jalut, datang sejumlah sukarelawan dari Palestina. Sebelum ini mereka menyembunyikan diri dari medan peperangan. Kesungguhan Qutuz dan qudwah yang ditunjukkan oleh beliau telah menghilangkan ketakutan mereka.Di samping itu, medan Ain Jalut juga dipenuhi dengan petani-petani, kanak-kanak dan wanita. sebagiannya ada yang telah tua dan uzur. Kesemuanya keluar untuk memberikan bantuan dalam bentuk yang mereka mampu. Qutuz benar-benar berhasil menggerakkan umat Islam kembali ke medan jihad.
Di hari yang sama, datang seorang utusan kepada pasukan Islam dan memohon untuk bertemu dengan Qutuz. Dia memperkenalkan dirinya sebagai wakil Sorimuddin Aibak, seorang muslim yang dijadikan tawanan Mongol dan dipaksa mengabdi untuk pasukan Mongol. Wakil tersebut berkata bahwa dia membawa beberapa pesanan dari Sorimuddin Aibak untuk disampaikan kepada Qutuz.
Pesanan tersebut adalah beberapa pemberitahuan penting untuk pasukan Islam:
1. Pasukan Mongol tidak lagi sekuat sebelum ini. Hulaghu telah membawa sebagian pasukan dan panglima perangnya ke Tibriz, Iran karena kematian Ogadai Khan. Kekuatan mereka tidak lagi sekuat ketika mereka menakluk Syam.
2. Bagian kanan pasukan Mongol lebih kuat dari bagian kiri mereka. Dengan itu pasukan Islam hendaklah menguatkan bagian kiri mereka untuk menghadapi bagian kanan tersebut.
3. Asyraf al-Ayubi, Raja Hims yang sekarang ini bersama pasukan Mongol ingin kembali ke pangkuan pasukan Islam. Mereka akan melakukan tipu daya dalaman agar pasukan Mongol yang bersama mereka dapat dikalahkan.
Maklumat ini diterima oleh Qutuz dengan penuh hati-hati, bimbang sekiranya ia adalah sebagian dari taktik dan tipu helah Mongol. Peristiwa ini berlaku pada siang 24 Ramadhan 658 H di Ain Jalut.
Lembah yang sering menyaksikan peperangan dan pertempuran dahsyat…hingga nanti di akhir zaman
Pada malamnya Qutuz dan pasukan Islam melakukan tahajud dan memohon dari Allah demi kemenangan pasukan Islam dalam pertempuran esok hari. Malam itu adalah malam 25 Ramadhan dan kemungkinan ia adalah malam Lailatul Qadar. Mereka menghabiskan malam mereka dengan tahajud dan doa serta menyerahkan diri kepada Allah. Moga-moga Allah menerima mereka sebagai hamba-Nya dan memberikan kemuliaan kemenangan atau syahid di medan pertempuran esok hari.Moga-moga esok adalah hari di mana mereka boleh menebus semula kematian jutaan umat Islam di tangan Mongol.
-
Jumaat, 25 Ramadhan 658 H
Fajar menyingsing tiba. Hari yang dinantikan oleh pasukan Islam dan muslimin yang bersama dengan mereka sudah menjelma. Hari itu adalah hari Jum’at 25 Ramadhan 658 H.
Pasukan Mongol di bawah pimpinan Katabgha tiba dari arah utara. Pasukan Islam bersembunyi di sebalik pohon-pohon pokok. Pasukan kecil di bawah Baibras yang pada asalnya berjaga di sebelah utara dan menampakkan diri juga menyembunyikan diri mereka ketika pasukan Mongol tiba.
Qutuz memberikan arahan agar pasukan Islam keluar menampakkan diri secara bertahap, satu Katibah (satu pasukan militer dalam pasukan Mamluk) demi satu katibah.
Ilustrasi satu pasukan militer dalam pasukan Mamluk dengan panji-panjinya
Ketika katibah pertama turun dari bukit dan menghampiri pasukan Mongol, Katabgha dan pasukan Mongol terkejut ketakutan. Katibah ini turun dengan memakai pakaian berbelang putih dan merah. Keseluruhan peralatan senjata mereka dihias cantik. Mereka turun dalam keadaan tersusun. Pergerakan mereka sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Sanqar ar-Rumi.”
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Sanqar ar-Rumi.”
Kemudian turun pula katibah kedua. Katibah ini memakai pakaian berwarna kuning dan membawa senjata yang berhias indah. Mereka juga turun dalam keadaan tersusun, pergerakan yang sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Balban ar-Rasyidi.”
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Balban ar-Rasyidi.”
Kemudian turun pula katibah seterusnya dengan memakai pakaian berwarna lain. Setiap kali katibah baru turun, Katabgha akan bertanya kepada Sorimuddin: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin yang tidak mengetahui keseluruhan nama-nama katibah Mamalik mula mereka-reka nama tertentu untuk menambahkan ketakutan Katabgha.
Pasukan Mamalik terpecah kepada banyak katibah. Setiap katibah akan memakai warna tertentu yang membedakannya dengan katibah lain. Kuda mereka akan dihias dengan warna yang sama. Begitu dengan senjata, kemah dan bahkan rumah-rumah mereka di Mesir. Semuanya akan diwarnakan dengan warna katibah masing-masing.
Semua katibah ini adalah sebagian pasukan Islam yang dipimpin oleh Baibras. Induk pasukan yang masih banyak menyembunyikan diri bersama Qutuz.
Gendang mula dimainkan oleh pasukan gendang pasukan Islam. Sudah menjadi kebiasaan pasukan Mamalik, mereka akan meletakkan satu pasukan gendang di medan perang. Mereka memainkan irama yang akan memberikan isyarat tertentu kepada pasukan Mamalik. Isyarat tersebut hanya mampu difahami oleh pasukan Mamalik. Setiap pergerakan pasukan akan ditentukan oleh gendang tersebut.
Pasukan Baibras sudah berada dekat dengan pasukan Katabgha. Peperangan sudah semakin dimulai.
Serangan Pertama: Bermula Peperangan
Pertempuran pun akhirnya dimulai. Katabgha yang menyangka bahwa pasukan Baibras yang kecil itu adalah keseluruhan pasukan Islam telah mengarahkan keseluruhan pasukannya untuk masuk ke medan pertempuran. Mereka menyerbu masuk dengan jerit pekik yang kuat.
Baibras dan pasukannya berdiri tenang di tempat masing-masing menantikan serangan pasukan Mongol yang berjumlah berlipat ganda dari bilangan pasukan mereka. Apabila pasukan Mongol sudah dekat kepada mereka, Baibras memberikan isyarat kepada pasukannya untuk bergerak ke depan.
Pedang bertemu pedang, gendang dipukul bertambah kuat berselang seling memberikan kekuatan dengan takbir dari petani-petani yang berada di atas bukit. Darah mulai mengalir. Satu demi satu nyawa melayang. Walau pun begitu, Baibras dengan bilangan pasukan yang sedikit mampu bertahan hingga saat itu. Ketakutan mulai meresap masuk ke dalam diri pasukan Mongol. Belum pernah mereka menghadapi kekuatan sedemikian.
Pemilihan pasukan oleh Qutuz memang tepat. Panglima-panglima perang yang dipilih untuk berperang sejak awal dengan Mongol dan menghabiskan tenaga Mongol adalah panglima perang Mamalik terbaik. Mereka adalah panglima yang terlibat sekali di dalam mengukir kemenangan di dalam peperangan Mansurah menentang pasukan Salib pimpinan Louis IX. Mereka memiliki kemahiran perang yang tinggi.
Qutuz dan induk pasukan masih lagi menanti di sebalik tempat persembunyian mereka menyaksikan peperangan tersebut dan menunggu waktu yang tepat untuk masuk ke serangan kedua.
Serangan Kedua: Mengepung pasukan Mongol
Masanya sudah tiba untuk Qutuz memberikan instruksi baru. Komando seterusnya adalah agar Baibras dan pasukannya berundur secara seimbang dan berpura-pura lemah. Taktik ini adalah taktik yang sama digunakan oleh pasukan Islam di dalam peperangan Nahawand/Nehavend ketika pasukan Islam di zaman Khalifah Umar R.A menakluk Farsi. Taktik ini digunakan untuk menarik pasukan Mongol yang sudah keletihan masuk ke tengah-tengah medan peperangan dan mengepung mereka di situ. Sebagaimana yang kita ketahui medan Ain Jalut berbukit di seluruh kawasannya kecuali di bagian utara. Kepungan itu agak mudah untuk dilakukan jika sekiranya Baibras berhasil menarik pasukan Mongol ke tengah medan.
Taktik yang dipakai oleh Sultan Qutuz dan panglima Baibars adalah dengan memancing keluar pasukan berkuda Mongol yang terkenal hebat sekaligus kejam kearah lembah sempit sehingga terjebak baru kemudian pasukan kuda mereka melakukan serangan balik dengan kekuatan penuh yang sebelumnya memang sudah bersembunyi di dekat lembah tersebut.
Ia bukanlah taktik yang mudah. Ia memerlukan satu perkiraan yang tepat. Terlalu cepat akan menyebabkan musuh menyadari taktik tersebut. Terlalu lambat akan menyebabkan kematian pasukan Islam.
Qutuz memberikan isyarat kepada pasukan gendang untuk memberikan isyarat kepada Baibras. Baibras memahami irama gendang tersebut. Dengan cepat dia dan pasukannya mulai berundur ke belakang sedkiit demi sedikit dengan penuh hati-hati. Mereka berpura-pura mennampakkan keletihan dan kelemahan mereka.
Katabgha tertipu. Dia mengarahkan seluruh pasukannya untuk masuk ke dalam medan perang tanpa menyadari taktik tersebut. Ini adalah hal yang cukup pelik terjadi kepada beliau. Katabgha adalah panglima perang Mongol yang mahir. Menjadi panglima perang sejak zaman Genghis Khan. Ketika peperangan Ain Jalut, ia berusia lebih 60 tahun atau mungkin lebih 70 tahun. Satu usia yang memberikan pengalaman yang tidak sedikit berkenaan dengan taktik-taktik perang di zaman itu. Tetapi Allah mengatur segala-galanya.
Taktik ini berhasil. pasukan Mongol telah berada dalam kepungan. Ketika pasukan induk Islam muncul, Katabgha menyadari kesilapannya. Di sini tidak ada jalan lain bagi mereka kecuali terus berperang mati-matian. Mereka nampak kematian semakin menghampiri mereka.
Serangan Ketiga: Kekuatan bagian Kanan Mongol
Katabgha memberikan arahan agar semua pasukannya berjuang mati-matian. Mereka seolah-olah mengamuk dan menggasak pasukan Islam. Di sini terbukti kebenaran apa yang dikatakan oleh wakil Sorimuddin Aibak berkenaan kekuatan bagian kanan pasukan Mongol. bagian kiri pasukan Islam telah dihantam dengan dahsyat oleh mereka. Gugur di kalangan pasukan Islam seorang demi seorang sebagai syahid.
Qutuz yang melihat dari atas bukit merasakan kesulitan yang dihadapi oleh pasukan Islam. Langkah yang diambil oleh beliau amat menakjubkan. Beliau mencampakkan topi besinya lalu menggaungkan ˜wa Islaaamah”. Pekikan ini diucapkan oleh beliau sambil beliau turun ke medan perang dengan menunggang kudanya. Langkah ini diambil oleh Qutuz untuk menaikkan semangat pasukan Islam. Pasukan Islam bertambah semangat dengan turunnya Qutuz ke medan perang.
Pasukan Mongol terperanjat dengan kehadiran Qutuz di tengah-tengah medan perang. Qutuz memerangi mereka dengan penuh semangat seolah-olah beliau tidak sayang akan nyawanya. Beberapa libasan pedang dan tombak hampir menemui beliau. Kudanya berhasil ditikam mati oleh pasukan Mongol menyebabkan beliau terjatuh. Walaupun begitu beliau meneruskan jihadnya dengan berjalan kaki sehingga beliau berhasil mendapatkan kuda bantuan.
Seorang pembesar istana menjerit dan mencelanya karena lambat menaiki kuda. Beliau terpikir Qutuz terbunuh lalu dengan itu akan kalahlah pasukan Islam. Tetapi Qutuz menjawab:
“Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.”
Kematian Katabga
Dibunuh oleh Jamaludin Aqusy as-Syams. Beliau adalah salah seorang panglima perang Mamalik. Pernah berada di bawah Raja Nasir al-Ayyubi. Kemudian beliau meninggalkannya setelah melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Raja Nasir al-Ayyubi.
Beliau mengejar pasukan Mongol sehingga berhasil masuk ke tengah-tengah pasukan tersebut. Di situ beliau melihat Katabgha. Jamaluddin tidak menunggu lama. Beliau mengumpulkan seluruh tenaganya dan melibas pedangnya ke arah leher Katabgha. Kepala Katabgha berpisah dari badan dan tercampak ke tengah medan perang di hadapan pasukan Mongol.
Ketakutan makin meningkat melihat kematian Katabgha di hadapan mata mereka. pasukan Mongol mula melarikan diri melalui bagian utara Ain Jalut. pasukan Islam mengejar mereka.
Pertempuran Akhir Di Bisan Dan Berakhirnya Kekuatan Mongol
Pasukan Mongol berjaya memecahkan kepungan pasukan Islam. Mereka melarikan diri sejauh 20 kilometer dan berhenti di Bisan. pasukan Islam terus mengejar mereka.
Berlaku pertempuran yang lebih sengit. Kali ini pasukan Mongol benar-benar menggila untuk memastikan mereka terus hidup. Qutuz berada di tengah-tengah medan peperangan memberikan semangat kepada pasukan Islam. Beliau melaungkan:
“Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Mongol.”
Akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan Islam. Mereka berhasil mematahkan mitos bahwa Mongol tidak akan dikalahkan pada bila masa pun jua.
Medan peperangan kembali sunyi. Tidak ada lagi bunyi gendang. Tidak ada lagi jeritan Mongol. Tidak ada lagi takbir para petani. Tidak ada lagi bunyi libasan pedang. Mayat-mayat pasukan Mongol mati bergelimpangan dalam bentuk yang mengerikan. Qutuz berjalan di tengah medan perang yang sudah sunyi melihat hasil peperangan selama sehari di bulan Ramadhan.
Kesudahan Yang Baik Buat Raja Yang Hebat
Qutuz sujud ke bumi mensyukuri kemenangan dalam peperangan tersebut. Beliau dan pasukannya berhasil membunuh kesemua pasukan Mongol. Tidak ada seorang pun dari pasukan Mongol yang berhasil melepaskan diri mereka hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh oleh pasukan Islam dan oleh penduduk tempatan yang memang dendam pada Mongol.
Kehormatan umat Islam berhasil dikembalikan. Kematian jutaan umat Islam berhasil dibalas oleh Qutuz. Beliau seorang pemimpin hebat yang berjaya menciptakan satu sejarah untuk dibanggakan oleh umat Islam sepanjang zaman. 10 bulan sudah cukup bagi Qutuz untuk menjatuhkan Mongol yang merajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun.
Sekembalinya beliau dari medan perang Ain Jalut yaitu dalam perjalanannya kembali ke Mesir, beliau ditikam dan terbunuh oleh para Emir(gubernur) di Shalihiya oleh Emir Badruddin Baktut, Emir Ons, and Emir Bahadir al-Mu’izzi. Beliau Rahimahullah dimakamkan di Al Qusayr di Kaherah (Cairo). Sultan Qutuz memerintah Mesir hanya 1 tahun. Beliau dikenal sebagai sultan pemberani, soleh, rendah hati dan berbudi luhur seperti Sultan Shalahuddin Al Ayyubi yang hidup 2 abad sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan