Lepas aku siapkan kisah Peperangan Mamluk dan Mongol di Ain Jalut tu.... aku bercadang nak muatkan Khairuddin Barbarossa atau Panglima Awang (Henry The Black) pulak. Sebelum ni aku fikir nak muatkan kisah perang salib dari 1 dan seterusnya tapi panjang lebar. Lambat nak siap.
Tiba-tiba masuk satu email yang meminta aku menyusun mengikut zaman. Dakwanya, dia tak tau sesuatu kejadian itu berlaku di zaman, masa dan siapa atau kekhalifahan mana yang berkuasa. “Wah! Ini dah jadi teruk.” Sebelum ni aku fikir nak masukkan cerita yang zaman sekolah aku tiada dalam sistem pelajaran sahaja. Dia juga mempersoalkan alamat aku yang ada perkataan illusi.
Tak apa lah.... aku cuba menyusun semula mengikut apa yang beliau nak. Aku mulakan dari Khalifah ar-Rashidin, yang kemudian diikuti dengan Khalifah Umaiyah dan setarusnya bagi rujukan zaman. Disinilah yang aku takut untuk bincangkan dan ceritakan. Khuatir menjadi perbahasan hingga berlaku penghinaan kepada sahabat-sahabat Nabi. Tentang fitnah dan perbalahan yang berlaku di zaman sahabat. Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang berlaku diantara golongan sahabat.
Cuma sebagai jalan tengah kita pandang kedua-duanya benar... masing-masing berjuang kerana Allah. Masing-masing menegakkan kebenaran. Fitnah itu berada disetiap zaman.
Satu bab lagi, aku kena masukkan cerita Khawarij dan Syiah. Satu lagi bentuk Fitnah Zaman. Nasib baik sejarah. Kalau kena masukkan cerita pasal Muktazilah dan Jabariah, lagi pening aku. Siapa pulak nak percaya cakap dan tulisan orang Munafik macam aku ni. Tak kan sahabat nak percaya cakap Abdullah bin Ubay atau cakap Ubay bin Khalaf.
“Ya Allah jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat”
Aku ada satu blog tentang hadis yang berkeliaran yang aku tulis. Tapi aku sorokkan identiti aku. Macam aku kata tadi, siapalah nak percaya hadis yang keluar dari Munafik macam aku. Apabila kita duduk di tempat baru, orang bukannya tahu pendidikan kita. Yang tiada atau kurang pengatahuan dengan lantang akan menyalak menentang. Fakta (Nas) tak perlu kalau yang bercakap atau menulis itu munafik.
Jadi biarlah aku sorokkan identiti aku dan biarkan ia merayau. Cuma aku tuliskan blog atau kitab rujukan aku.
Pasal Illusi tu...aku memang kuat berillusi. Bukan setakat tu. Berhibernasi dan bermutasi pun boleh. Kih! Kih! Kih! Kerana kuat berillusi tu lah aku tak lupa nama-nama besar dalam sejarah yang aku minati.
Illusi itu yang jadikan aku manusia aneh. Aku sukakan perkara yang baru.
Apa yang aku tulis adalah berdasarkan kepercayaan aku. Mungkin ada pihak-pihak yang yang tidak setuju. Ada sejarah yang telah dirancang. Ada sejarah yang telah diputar belit. Satu fakta penting, Sejarah Ditulis Oleh Orang Yang Menang. Kita hanya mencari kebenaran berdasarkan fakta dan bukti, cerita lisan atau menuskrip-menuskrip yang baru dijumpai.
Apa yang aku tulis adalah berdasarkan kepercayaan aku. Mungkin ada pihak-pihak yang yang tidak setuju. Ada sejarah yang telah dirancang. Ada sejarah yang telah diputar belit. Satu fakta penting, Sejarah Ditulis Oleh Orang Yang Menang. Kita hanya mencari kebenaran berdasarkan fakta dan bukti, cerita lisan atau menuskrip-menuskrip yang baru dijumpai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan